Khamis, 11 Disember 2014

Kita Jadi Hamba Telefon Pintar?

Agak-agaknya berapa kali kita membaca mesej dalam WhatsApp dan melayari facebook dalam sehari?Jika sebelum ni,mungkin tidak kerap kerana terpaksa membuka laptop,tapi sekarang bila dah ada telefon pintar ni mungkin berkali-kali dalam sehari.Memang diakui,saya juga leka dengan telefon pintar.Sebelum ini,telefon Samsung agak kecil,hendak melihat fb pun tak selesa tapi bila dah bertukar dengan Lenovo,lekanya makin menjadi-jadi.Terfikir juga,alangkah ruginya jika selalu leka melayari fb dan WhatsApp di telefon pintar.Mengapa tidak melayari Quran digital?Agak-agaknya jika kekerapan kita membelek Quran digital sekerap kita membelek fb dan WhatsApp,mungkin dalam setahun kita dah boleh khatam Quran melebihi sekali.Tetapi,itulah hakikatnya kita mudah dilalaikan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Mungkin itulah antara sebab saya mula memadam WhatsApp di telefon saya pada hari raya lepas.WhatsApp yang saya sertai agak aktif.Selalu saja ada mesej di telefon.Saya pula jenis yang cepat bertindak,memang akan selalu membaca mesej tersebut sedangkan mesej tersebut hanya sembang-sembang kosong.Itulah kelemahannya.Dahlah begitu,gambar yang entah apa-apa pun selalu dihantar dan masuk dalam galeri telefon dan akaun blogger sewenang-wenangnya.Disebabkan saya blogger tegar sekarang,akaun blogger saya mesti diselamatkan.Janggalnya jika entri saya tiada gambar.Makanya,gambar perlu disimpan di dalam telefon saya.Saya juga tidak suka menyimpan gambar yang tiada kaitan dengan diri dalam telefon terutamanya gambar orang,makanya telefon mesti dibelek selalu untuk dibersihkan.Pernah satu ketika,semasa membelek telefon suami,terlihat gambar  perempuan lain dalam galeri telefonnya.Nasib baiklah saya ni bukan yang cepat melatah.
Sekarang,sangat kurang gangguan kerana aplikasi Telegram tidak popular dalam kalangan mereka tapi seakan-akan saya tidak tahu dunia sekeliling.Mungkin mereka akan menganggap saya orang yang tidak suka bergaul.Hal-hal jiran,rakan-rakan lama dan keluarga pihak suami sudah lama saya tidak ketahui perkembangannya kerana saya sudah meninggalkan dunia WhatsApp.Walaupun begitu,saya aktif berblog dan berfb semata-mata minat.Rasa-rasanya cukuplah masa saya dihabiskan dengan berblog dan berfb kerana di situ saya boleh menerjah cara mengurus rumah tangga dan mencantikkan rumah.Itu yang lebih seronok daripada bergosip.Bergosip?Bergosip tu kata-kata kakak rakan sekerja.


Nota kaki:Nekad dengan kata hati walaupun kadangkala tersepit antara kehendak dan prinsip hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan