Isnin, 8 Disember 2014

Jalan-jalan ke Jakel

Di Kuala Terengganu,masa saya masuk ke Jakel (Saleem Aziz)tempoh hari,kedai tersebut mengadakan promosi kerana pengosongan kedai.Kedai tersebut akan berpindah ke tempat lain.Bila masuk ke Jakel Shah Alam,sama juga keadaannya menyebabkan bulat mata seketika.Kain langsir untuk sliding dilelong dengan harga RM 20 sehelai dalam masa 5 minit saja.Orang ramai berkerumun longgokan langsir,saya pun ikut sama tapi tak jumpa pasangannya menyebabkan saya tak jadi beli.Lagipun saya baru beli langsir di Mr Diy.Langsirnya pun lebih kurang sama dengan yang di Diy tu.Sarung bantal berserta bantal empat segi untuk hiasan kerusi pun dilelong juga dengan harga RM25 satu.Jika dibandingkan sarung bantal yang ada di Desa Murni Batik tempoh hari,memang cantik yang ada di DMB.Hingga sekarang ternampak-nampak lagi kain rendanya tu.
Sebebarnya,saya nak cari kain langsir(bahagian dalam) yang berenda.Bila lihat yang berenda cantik tapi agak mahal lagi walaupun dah didiskaun,langsung tak jadi nak beli.Intai punya intai,jumpalah langsir ni,RM8.80 semeter.Cantik sangat dah ni.Kain lycra yang murah pun ada.Beli juga yang berharga RM 7.90 untuk dijahit skirt kembang tapi dah tersalah potong.Ralatnya,skirt jadi pendek.Cadar patchwork saiz queen dijual dengan harga RM 99.Geram juga tapi bila memikirkan dah banyak karpet dan cadar jenis tu,tak jadi beli.
Bila dibuka,cantiknya.Macam nak beli lagilah langsir ni yang dah reput belum diganti lagi
Hari minggu memang ramai orang.Berehat seketika di Restoran Upin & Upin dulu sebelum balik.

Masa di KT hari tu,saya dah beli 3 helai skirt kembang warna hitam.Yang ni dibeli di DMB dengan harga RM35 saja setelah mendapat didiskaun.Agak murahlah tu tapi semangat nak belajar jahit skirt masih ada.Yang dijahit sendiri boleh dipakai di rumah.Taklah berkain batik saja.Sebenarnya tak suka pun pakai kain batik sebab nampak macam mak cik-mak cik yang berumur pulak.

1 ulasan:

  1. salam singgah..

    Jemput follow blog saya ye..tq

    BalasPadam