Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin, 2 Februari 2015

Cuka untuk Bersihkan Pinggan Mangkuk Seramik

Biasanya saya guna cara ini saja untuk bersihkan kole tapi kali ini menggunakan cuka.Agak mudah untuk bersihkannya berbanding cara saya sebelum ini yang kena menyental agak lama sikit.

Nota kaki;Masih mencari cara untuk bersihkan bekas air Tupperware yang dah kotor.

Sabtu, 17 Januari 2015

Sabun Mandi untuk Cuci Seragam Sekolah Putih

Pernah juga mendapat tahu sabun buku digunakan untuk mencuci baju seragam putih tapi belum praktikkan selalu.Kalau dah masa malas nak menyental,saya tuang klorok saja.Rendam dalam sejam,kemudian terus cuci.Kadang-kadang saja ada mood rajin nak menyental baju putih.
Baru minggu pertama persekolahan,maka baju anak-anak masih ok.Kebiasaannya bahagian leher dan hujung lengan yang perlu disental.Bila menggunakan sabun mandi,aktiviti menyental menjadi mudah.Biasanya,saya gunakan Vanish,pencuci Amway  dan pencuci Cosway serta peluntur.Tapi,dengan sabun mandi yang tak berapa mahal pun,kerja mencuci baju sangat mudah.Harap-harap,minggu yang seterusnya pun kerja menyental baju menjadi mudah sebegini.
Gambar,sumber google...

Sabtu, 10 Januari 2015

Cuci Periuk dengan Sabun Mandi

Periuk ni berjelaga sedikit kerana dapur bermasalah.Kotoran tak seberapa,bila menggunakan sabun mandi,kerja-kerja menyental taklah sukar sangat tapi kuali yang dah lama digunakan,
susah juga nak menyentalnya.Belum berjaya lagi menyental bontot kuali yang hitam kerana perlukan kekuatan mental untuk menyental seputih-putihnya.Nampak dalam fb agak mudah tapi apabila nak membuatnya,tak semudah yang kita lihat dalam gambar.

Isnin, 20 Oktober 2014

Cara Simpan Lengkuas



Dah lama petua lengkuas ada di internet tapi baru-baru ini saja saya mendapat petua ni melalui kumpulan susun atur.Puas hati bila tahu cara nak simpan ni kerana lengkuas yang ada boleh digunakan sehingga habis.Sebelum ini lengkuas yang dibeli hanya sekali dua saja dapat digunakan kerana sebahagiannya telah kering.

Nota kaki:tak pernah pula letak bekas plastik tu di luar...tak pasti pula lengkuas tu bertahan lama kerana air atau suhu sejuk...

Rabu, 8 Oktober 2014

Cara Tanggalkan Kertas Dinding Berpelekat


Lagi catatan untuk peminat kertas dinding berpelekat.Minggu depan,tiada masa untuk fikir pasal deko-deko rumah atau susun atur untuk memberi ruang menyelesaikan urusan sekolah...

Cara untuk tajuk di atas:
Sembur air dulu di kertas dinding berpelekat tu dan biarkan seketika supaya kertasnya kembang.Selepas tu kopeklah kertas dinding berpelekat tu sambil sembur lagi dengan air supaya gam tu betul-betul kembang.Bila dah tanggal semua,sembur lagi dengan air sambil menggunakan pengikis (yang macam kita buat burger tu),kikis sisa gam sampai habis.Lepas tu lap dengan kain lembap/basah dan biarkan kering.Dinding boleh dicat semula mcm biasa.Cara ni disalin daripada fb

Selasa, 7 Oktober 2014

Jika Benang Atas Tak Kemas


gambar sumber internet...

Pegang benang yang berada di skoci tu biar skoci tergantung, hentak skoci dengan perlahan seperti main yoyo. kalau skoci tidak bergerak maknanya ketat,kalo skoci jatuh terus maknanya terlalu longgar.Jadi, yang sepatutnya, bila hentak perlahan ke bawah skoci jatuh dengan lembut saja.Itu tandanya skoci tidak ketat dan tidak longgar...disalin daripada Kelas Menjahit dan Alatan Menjahit