Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2015

Jadi Blogger Suka-suka Saja

Dah lama gambar ni dalam draf tapi tak tertulis pula ceritanya.Masa mengisi permohonan ke U memang minta kursus penulisan tapi pilihan pertama isi kursus guru untuk memenuhi permintaan arwah ayah.Masa ditawarkan ke USM,saya dapat kursus pendidikan.
Terfikir juga untuk menukar kursus tapi bila mengingat semula kata-kata pensyarah,"awak nak jadi wartawan?"... rasa-rasanya tak perlulah berbuat begitu.
Semasa sesi tutorial,pensyarah pendidikan ada bertanya, "ada atau tidak pelajar yang di dalam kelasnya tu tidak berminat menjadi guru."
Makanya,saya dengan jujur hati mengangkat tangan berserta beberapa pelajar yang lain.Pensyarah pun bertanya lagi sebabnya dan jawapan saya,saya nak menjadi wartawan.Jawapan pensyarah tu pun agak jujur kerana kerana masa tu saya masih nampak kekampungan tulen dan berbaju kurung.Secara luaran,memang tak sesuai dengan tugas wartawan yang perlu aktif,agresif dan lasak.
Makanya,saya hanya simpan minat menulis tu.Ada masa,saya akan menulis tapi simpan sendiri saja.Ada juga hantar tapi tak pula diterbitkan.Alang-alang dah mengambil subjek kesusasteraan,saya cuba untuk menulis novel.Memang sukar sebenarnya.Tak semestinya orang yang mempelajari sastera boleh menghasilkan novel.Novel yang cuba disiapkan tu belum 100% siap lagi sebenarnya.Dah lama tinggal,saya dah lupa jalan ceritanya.Nak menyudahkannya,kena baca semula dan agak ambil masa.
Apabila dah mendiami rumah sendiri,minat beralih untuk mendeko rumah pula.Minat ini memang menjadi kerana saya sendiri puas hati melihat hasilnya.
Blog yang ada ni pun sebenarnya sisa-sisa daripada minat menulis yang belum padam.

tak kenal pun penulis ni ...



Blog saya ni tak popular sangat pun tak mengapa tapi sekurang-kurangnya ada juga yang mengambil manfaat daripadanya

Nota kaki:Suka dengan dua minat ni yang sudah menjadi hobi sekarang.

Isnin, 4 November 2013

Tukar Nama Profil


Melalui tulisan ini,saya mula membuat perubahan pada nama di profil saya.Sebelum ini saya menggunakan nama Marzhani iaitu gabungan MARZUKI dan HANITA.Walaupun nama suami masih di depan tapi proses menggabungkan nama tetap ada,keliru juga jadinya.Maka,biarlah kekeliruan itu dibuang dengan penggunaan nama sebenar saya.Biarpun nama gabungan ini tidak dipanggil oleh sesiapa tapi di alam maya,saya dikenali dengan nama itulah.Sempena tahun baharu ni,saya telah membuat perubahan.

Pertanyaan :

Telah umum di sebagian negara, seorang wanita muslimah setelah menikah menisbatkan namanya dengan nama suaminya atau laqobnya.

Misalnya: Zainab menikah dengan Zaid, Apakah boleh baginya menuliskan namanya : Zainab Zaid? Ataukah hal tersebut merupakan budaya barat yang harus dijauhi dan berhati-hati dengannya?

Jawapan:

Hal itu tidak diperbolehkan, bernasab kepada selain ayahnya tidak boleh, haram dalam islam. Haram dalam Islam seorang muslim bernasab kepada selain ayahnya baik laki-laki atau wanita. Dan baginya ancaman yang keras dan laknat bagi yang melakukannya yaitu yang bernasab kepada selain ayahnya hal itu tidak boleh selamanya.

الحمد لله ربِّ العالمين، والصلاة والسلام على من أرسله الله رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين، أمَّا بعد

“Tidak boleh dari segi nasab seseorang bernasab kepada selain nasabnya yang asli atau mengaku keturunan dari yang bukan ayahnya sendiri.”

Sungguh Islam telah mengharamkan seorang ayah mengingkari nasab anaknya tanpa sebab yang benar secara ijma’. Maka sesungguhnya apa-apa yang berlaku dalam adat, itulah yang dipertimbangkan dalam syari’at.

Allahualam…

Sabtu, 2 November 2013

Gara-gara Pautan E-Novel

Belajar berblog secara alam maya ni sememangnya sukar.Sudahlah tidak faham nama benda yang nak dibuat dan sukar  nak memahami cara kerjanya pula, ditambah pula sifat manusia memang cepat lupa akan menyebabkan kita tak akan ke mana-mana jika mudah putus asa.
Semalaman saya belajar untuk membuat pautan bagi e-novel.Tutorial dalam blog dah jumpa tapi tak menjadi juga.Dah bertanya dengan empunya blog tapi kesudahannya saya sendiri dah tak ingat blog siapa yang disinggah kerana saya bertanya di setiap blog yang disinggah.Macam mana nak tahu responsnya jika dah begitu.Alamat blog tak diambil.
Hahaha...gelak sendirilah jawabnya.Saya tak puas hati lagi,cuba lagi selepas balik dari sekolah tapi tak berjaya juga.
Kesibukan di Bilik SPBT menyebabkan badan kepenatan bila balik dari sekolah.Tiga hari tak dapat belajar walaupun dah faham cara nak buat,cuma tak tahu mana yang silap hingga tak menjadi-jadi lagi.
Sabar punya hati,alhamdulillah hari ni dah berjaya.Rupa-rupanya caranya sama saja dengan pautan yang telah dibuat,cuma sudah lupa disebabkan sudah lama membuatnya.
Terima kasih kepada blog yang disinggah ni...


catatan dalam blog ni membuka minda bahawasanya mesti ada 'catatan lain' untuk disimpan dan dibawa kemudian dengan pautan yang dibuat...dikongsikan di FB supaya mudah untuk proses belajar lagi...

blog ni membolehkan saya memahami cara membuatnya...

dengan blog yang sama juga,saya baru terperasan yang sebenarnya saya tidak tekan simpan pautan.itulah yang menyebabkan pautan tidak menjadi..



Hilangkan Stress

Gaya hidup sekarang ni banyak mengundang tekanan.Dalam keretapun boleh stress.Apa cara kita untuk mengelakkan tekanan?Setiap orang,berbeza caranya.

Sebenarnya,mereka yang bekerja sebagai cikgu merupakan golongan yang paling tinggi tertekan. Cikgu di Gombak lebih ramai yang stress berbanding dengan cikgu di daerah-daerah lain di Selangor.Teringat kata-kata pengetua sekolah,"cikgu buatlah sesuatu untuk diri cikgu supaya cikgu datang ke sekolah dengan fikiran yang lapang.Jangan bawa stress dari rumah ke sekolah.Jangan jadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa."

Bagi saya,saya lebih suka permudahkan kerja rumah supaya kita tak terfikir sangat soal rumah.Kalau suami berkira nak keluarkan bajet,redalah diri untuk membelanjakan wang sendiri.

Satu lagi,saya suka berblog.Menulis di blog sendiri atau melawat blog-blog yang ada.Walaupun masih tak mahir dan hanya tahu yang asas-asas saja,syukurlah.Dah ramai yang membacanya walaupun duit tak pun masuk dengan blog ni.

Rabu, 21 November 2012

FanBox..Realiti atau Fantasi

Saya masih dalam kesamaran tentang akaun fanbox.Walau bagaimanapun,sekarang saya masih mencari informasi tentang itu.Membaca forum di internet tentang fanbox menyebabkan saya terfikir panjang juga.Betulkah ini?Ada pendapat mengatakan fanbox ni hanya bohongan semata-mata!Sebabnya?Pertama kerana wang yang ada dalam akaun hanya nombor semata-mata dan kedua,jumlah rakan yang ramai juga tidak menjanjikan wang yang banyak.Tersentap juga membaca tulisan itu tatkala hati cuba untuk mempercayainya.

Kita pernah mendengar bahawa setiap klik dibuat di youtube,tuan punya youtube tersebut akan mendapat wang.Begitu juga dengan facebook dan iklan yang terdapat di blog.Macam mana pula blog saya yang bebas daripada iklan dapat menjana wang?Konsepnya lebih kurang sama pada fikirannya saya...setiap klik akan menghasilkan wang sekiranya blog tersebut berdaftar.Berdaftar dengan pihak mana?Kurang pastilah pula hal ini.Bagi blog yang ada iklan,mereka berpotensi untuk menjana wang lebih banyak.

Blog ini sebenarnya dibina atas penerokaan sendiri terhadap IT.Saya bergurupun hanya melalui tutorial dalam   alam maya.Maka,bersyukurlah apabila saya dapat membina blog yang seadanya ini.Pada mulanya,saya memang tidak terfikir,malah tidak bercadang untuk menambah wang melalui blog kerana ilmu pengetahuan saya terhadap IT agak terbatas walaupun sangat berminat.Boleh dikatakan saya tidak tahupun caranya.

Saya mula terjebak dengan fanbox ini apabila saya dijemput oleh rakan pada 12 Oktober yang lepas.Mulai 20 Oktober,saya menerima mesej daripada fanbox mengenai wang pungutan dalam akaun sebanyak $421.66.Mesej tersebut saya hanya abaikan saja.Mesej-mesej yang seterusnya pun saya abaikan saja dan tidak pernah membacanya sehinggalah 17 November lalu baru rasa tergerak hati untuk membacanya.Begitu mudah pihak lain ingin memberi wang kepada saya?Antara percaya atau tidak,tunggu dan lihat sajalah.

Kepada yang telah melalui pengalaman dengan FanBox ni,anda  bolehlah menulisnya di sini.

Isnin, 19 November 2012

$988 Dalam Akaun FanBox

Catatan sebelum ini saya ada menulis bahawa saya segan berkongsi blog ini dengan rakan-rakan kerana banyak cerita peribadi ditulis.Menyedari kehadiran akaun FanBox ini,sewajarnya saya membuang perasaan itu.Blog yang tak popular seperti inipun sudah mendapat angka sebanyak itu dalam masa tidak sampai sebulan.Jika dah dikenali,mungkin angkanya lebih banyak.Disebabkan wang,kita berubah?Terpulanglah kepada individu tetapi biarlah perubahan itu berlaku demi kebaikan...

Bagaimana saya boleh menjana wang dengan blog ini?Jika ada masa,saya akan tuliskan kerana ceritanya agak panjang..

Jumaat, 16 November 2012

Blog Bertukar Wajah

Sempena tahun baharu Hijrah,blogpun bertukar wajah.Ada beberapa kecacatan pada gambar dan maklumat yang ada kerana tidak dapat disesuaikan dengan wajah baru.Nak diubah,mengambil masa juga. Biarkanlah dulu.

Selasa, 13 November 2012

Catatan Hati



Sejujurnya saya amat segan apabila rakan-rakan terdekat mengikuti blog saya.Disebabkan itu,saya tidak mempromosipun blog saya kepada kawan-kawan?Mengapa?Sukar untuk menjawabnya.Yang pasti,blog ini untuk bacaan saya dan anak-anak kelak.Seronoknya jika catatan ini dibukukan.

Selasa, 6 Mac 2012

Blog ... Diriku

Blog ini tentang diri saya.Semua perkara yang saya suka ada di sini.Memang banyak kegemaran saya,cuma masa tidak mengizinkan untuk komited dengan minat tersebut.Jika sesiapa yang baru singgah ke blog ini,pasti tertanya-tanya,kenapa ada blog beberapa orang penulis tanah air yang cukup dikenali masyarakat.Rapat sangatkah saya dengan mereka?Sekadar ingin mengetahui perkembangan mereka dan mengutip semangat untuk menulis.Kononnya nak jadi penulis tapi disiplin untuk menulis tak ada,hanya layak jadi penulis blog sajalah.Blog agama untuk panduan hidup.Blog hiasan dalam ala Inggeris sekadar untuk mencuci mata.Blog jahitan manik,kononnya jika rajin nak jahit manik,contoh dah ada dan tak perlu susa-susah google lagi untuk mencari maklumat.Blog bahasa untuk menambah pengetahuan dalam bidang bahasa

Ahad, 29 Januari 2012

Pasang Tarikh Lahir

Ntahlah betul atau tidak tajuknya.Yang pastinya nak memberitahu tarikh lahir anak-anak saya seperti yang ada di sebelah kanan tu.Terima kasih kepada Cute Mum.Baca catatan pada blog tersebut barulah terbuka minda untuk membuatnya.

JAm 4 pagi saya mengodek laptop setelah tidak mengantuk gara-gara si kecil Akmal berjaga dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.2 pagi dia dah lena,umminya pula yang tidak dapat tidur.Apa lagi,sambung kerja tadi yang terbengkalai sebab Adib suka kacau.NAmpak laptop dipasang,dia mesti nak tengok Ultraman padahal dah berlambak cd Ultraman yang ada,di You Tube juga dia nak tengok.

Info tentang ini dalam http://mamiuyun.blogspot.com/2011/01/cara-meletak-kod-heartbeat.NAk buat link,tak pandai lagi.Ambil masa lain untuk belajar,sekarang dah mengantuk.

Khamis, 16 Disember 2010

Mengapa Saya Menjadi Blogger?

Sehingga kini,sudah 260-an bahan telah berjaya memenuhi di laman blog saya.Tak pasti pula blog saya ini ada peminatnya atau tidak,namun itu bukanlah penghalang untuk saya terus menulis di sini kerana saya ada beberapa sebab blog peribadi yang sunyi sepi ini terus hidup dalam aura tersendiri.
1.Minat menulis mendorong saya menjadi penulis bebas.Biarpun bahasa saya hanya bahasa biasa dan kata-kata yang disusun tidak seindah bahasa-bahasa orang lain,namun untuk menyusun bahasa yang biasa itupun kebiasaannya menjadi kelu.Berhadapan dengan netbok menyebabkan minda berfikir panjang untuk memulakan ayat dan menyusun kata-kata.Apatah lagi untuk menyusun kata-kata yang luar biasa.
2.Minat untuk mempunyai catatan sendiri mendorong saya untuk mewujudkan blog peribadi.Walaupun blog ini kurang dikunjungi oleh blogger lain,namun keinginan untuk merakam catatan sendiri tentang kehidupan seharian supaya tulisan saya dapat ditatap pada masa akan datang tidak mematahkan semangat saya untuk menghidupkan rumah alam maya ini.
3.Tulisan saya ini bukanlah untuk mendapat pujian daripada orang ramai,namun cukuplah sekiranya saya dapat berkongsi sesuatu dengan orang lain terutamnya tentang agama kerana sampaikanlah walaupun sepatah kata.Berdakwah melalui tulisan cuba saya terapkan dalam blog ini walaupun tidak banyak.
4.Minat dalam IT membolehkan saya memahirkan diri dalam IT walupun pengetahuan masih cetek.
5.Menambah kenalan melalui alam maya.Mengeratkan silaturrahim dituntut dalam agama.Saya memang suka berkawan.Zaman persekolahan dulu,ramai penpall.Kini dua antaranya masih berhubungan lagi...


berpandukan buku ini,saya berjaya membina blog sendiri...

Sabtu, 29 Ogos 2009

Blog oh blog ...

Sejak dapat bina blog sendiri, saya makin seronok menerokai laman blog. Malang tak berbau apabila anak kecil saya pun seronok nak belajar sama. Tiba-tiba bahagian untuk buat editing menjadi kecil sekecilnya. Alamak, tak dapat nak bacalah pula. Kesannya nak buat editing pun tak boleh disebabkan tulisan tak dapat nak dibaca. Terbantut semangat nak belajar buat blog. Puas mencuba tapi tak berjaya sebab buta mata bab teknikal, akhirnya saya cuba untuk layari blog dengan windows internet explorer pula. Sebelum ni guna Mozilla Firefox. Alhamdulillah tak terjejas pun blog pada windows.Rupa2nya tak sama antara dua ni...Keadaan ini menyebabkan masa saya habis menghadap blog dan bukannya menyiapkan cerita yang tertangguh sekian lama. Apa2pun yang pasti saya bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu perkara yang baharu.Itulah saya.Kini, saya belum pandai nak masukkan gambar.Puas mencuba tapi masih tak menjadi.Mesti cuba lagi. Cuba lagi...

Selasa, 25 Ogos 2009

Sekadar catatan diri

Keinginan untuk menghasilkan blog sendiri bermula apabila saya dapat bertukar sekolah.Pada minggu terakhir persekolahan di sekolah lama, saya mula bertukar-tukar alamat dengan murid kelas saya.Maka, salah seorang daripadanya iaitu ketua kelas yang agak becok mulutnya memberi alamat emelnya dan berserta blog kelas yang telah dibuatnya.Saya agak terkejut kerana murid yang baru berusia 13 tahun sudah pandai memanfaatkan teknologi. Murid2 sekarang lebih cepat meneroka bidang ini berbanding dengan gurunya.Apabila saya memberikan alamat emel, dia berkata,"dah maju cikgu sekarang". (Walaupun pada ketika itu saya menulis alamat emel di papan tulis,tapi dia seorang saja yang bersuara sebab dia memang banyak mulut.) Sememangnya saya agak maju kerana saya meminati IT dan cuba untuk menguasainya walaupun dengan inisiatif sendiri.

Pada mulanya saya minta dia yang ajar saya, tapi mungkin disebabkan dia sibuk kerana di sekolah, dia terlibat dengan perbagai aktiviti. Maklumlah murid2 kelas saya ni harapan sekolah. Mereka merupakan lepasan UPSR yang dapat 5A tapi tak nak ke mana-mana sekolah asrama.Saya faham keadaan mereka, jadi berpandukan buku, saya cuba sendiri.Kepada murid2 1 Gemilang SMK S19, jangan lupa diri.