Memaparkan catatan dengan label Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diri. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2015

Jadi Blogger Suka-suka Saja

Dah lama gambar ni dalam draf tapi tak tertulis pula ceritanya.Masa mengisi permohonan ke U memang minta kursus penulisan tapi pilihan pertama isi kursus guru untuk memenuhi permintaan arwah ayah.Masa ditawarkan ke USM,saya dapat kursus pendidikan.
Terfikir juga untuk menukar kursus tapi bila mengingat semula kata-kata pensyarah,"awak nak jadi wartawan?"... rasa-rasanya tak perlulah berbuat begitu.
Semasa sesi tutorial,pensyarah pendidikan ada bertanya, "ada atau tidak pelajar yang di dalam kelasnya tu tidak berminat menjadi guru."
Makanya,saya dengan jujur hati mengangkat tangan berserta beberapa pelajar yang lain.Pensyarah pun bertanya lagi sebabnya dan jawapan saya,saya nak menjadi wartawan.Jawapan pensyarah tu pun agak jujur kerana kerana masa tu saya masih nampak kekampungan tulen dan berbaju kurung.Secara luaran,memang tak sesuai dengan tugas wartawan yang perlu aktif,agresif dan lasak.
Makanya,saya hanya simpan minat menulis tu.Ada masa,saya akan menulis tapi simpan sendiri saja.Ada juga hantar tapi tak pula diterbitkan.Alang-alang dah mengambil subjek kesusasteraan,saya cuba untuk menulis novel.Memang sukar sebenarnya.Tak semestinya orang yang mempelajari sastera boleh menghasilkan novel.Novel yang cuba disiapkan tu belum 100% siap lagi sebenarnya.Dah lama tinggal,saya dah lupa jalan ceritanya.Nak menyudahkannya,kena baca semula dan agak ambil masa.
Apabila dah mendiami rumah sendiri,minat beralih untuk mendeko rumah pula.Minat ini memang menjadi kerana saya sendiri puas hati melihat hasilnya.
Blog yang ada ni pun sebenarnya sisa-sisa daripada minat menulis yang belum padam.

tak kenal pun penulis ni ...



Blog saya ni tak popular sangat pun tak mengapa tapi sekurang-kurangnya ada juga yang mengambil manfaat daripadanya

Nota kaki:Suka dengan dua minat ni yang sudah menjadi hobi sekarang.

Ahad, 21 Disember 2014

Dah Nak Mula Bekerja

Sekadar gambar hiasan

Selamat malam.Esok dah mula ke sekolah untuk penyerahan slip PT3.Khabarnya,keputusan agak teruk untuk tahun pertama ni.Lusa pula akan mula bermesyuarat untuk dua hari lagi.Maknanya,tiga hari sebelum Krismas ni akan ke sekolahlah sedangkan banyak lagi perkara yang nak dibuat belum dibuat lagi.Cepat betul masa berlalu.Apa-apapun,rutin akan berubah selepas ini tapi diharapkan tidak mengganggu hobi yang satu ni.

Jumaat, 5 Disember 2014

Perjalanan Peta Hidup...

Sambungan daripada entri mengemas rumah...

Sebelum tu nak menyelit gambar ni dulu.Maklumlah,semua perkara nak diceritakan.Bila dah kemas-kemas,terus mendeko untuk habiskan kertas dinding yang ada.
Satu ruang ini pun dah makan satu gulung.Hari ni kena keluar ke Mr Diy nampaknya kerana satu dinding lagi tak cukup.

Sambungan untuk tajuk entri ini
Banyak sangat fail poket yang disimpan,maka 
naklah melihat isi dalamnya kerana dah lama fail-fail tu tak dibuka hingga lupa isi dalamnya.Bila dibuka,patutlah isi dalamnya disimpan kerana banyak maklumat pelajar dalam tu.Tak berani nak buang.Nama pelajar yang berserta no. kad pengenalan pun saya tak berani nak membuang macam tu saja melainkan mengoyakkannya kecil-kecil dulu.Yang ini mesti dibakar tapi nak memulakan tu tak bermula lagi hingga bertahun-tahun simpan.Bimbang pula disebabkan kecuaian kita,orang lain pula mendapat susah.
Dalam fail tu juga ada kertas ni.Catatan Perjalanan Peta Hidup.Apa tu Perjalanan Peta Hidup ni?Catatan ni dibuat masa LADAP dulu.Kalau tak,manalah rajin nak buat ni.
Catatan sebegini mungkin boleh juga kita buat untuk setiap tahun bagi melihat penambahbaikan atau perkara yang dah dibuat setiap bulan dalam mencapai azam  tahunan.Kalau rajin dan memang berdisiplin memang boleh dibuat.


Khamis, 12 Jun 2014

Aktiviti Hari Ini:Tanda Kertas Peperiksaan,Main2 dgn Kucing & Berblog

Aktiviti hari ni,menyambung penandaan kertas sejarah 3 untuk tingkatan 4.Bosannya bila menghadap kertas peperiksaan.Walaupun pelajar dapat melihat buku untuk menulis jawapan,ada juga yang hanya menyalin soalan saja dalam masa 3 jam.Itulah realiti pelajar sekarang.Sangat kecewa dengan sikap mereka.
Sambil melayan kertas peperiksaan,sempat lagi melayan kucing-kucing di rumah ni untuk melepaskan bosan.
Sempat lagi berblog.Itu sudah semestinya jika cuti sekolah begini.


meja ni dah jadi tempat longgokan kertas peperiksaan pula.buat kerja di sini kerana senang nak memantau tiga beradik yang tak tahu nak diam tu...







Sabtu, 4 Januari 2014

Umur Makin Meningkat

Apa istimewanya hari ini?Hari lahir saya berdasarkan surat beranak.Menurut mak,saya dilahirkan pada penghujung tahun 1976, tapi  didaftarkan pada awal tahun 1977.Maknanya,umur saya makin tua berbanding yang tercatat dalam surat kelahiran.Itu kisahnya.Apa-apapun satu perkongsian yang menarik  tentang cara meraikan hari lahir  yang dibaca dalam blog.Saya hanya ambil sebahagiannya saja kerana itulah yang penting untuk peringatan diri sendiri.

sumber:

Ahad, 1 Disember 2013

Mudahnya Terpengaruh...

Salam hujung minggu...Semoga kehidupan lebih baik daripada semalam.Mudahkah nak pastikan kehidupan kita hati ini akan lebih baik daripada semalam dan lalu?Sejujurnya,pada saya amat sukar begitu kerana mood sentiasa berubah dan aktiviti harian juga tidak sama.Untuk pastikan hari ini lebih baik daripada hari-hari yang lalu,memang boleh

Berbalik kepada tajuk catatan ni,hari ini hidup saya semakin tersusun dan teratur gara-gara mudahnya terpengaruh dengan dua laman sosial ni.Pengaruh untuk kebaikan memang dialu-alukan,malah kita mesti ada perangsang untuk berubah.

Sejak saya terpengaruh dengan seni susun atur ni,nampaknya kehidupan kian teratur dan saya senang melakukan kerja-kerja  rumah.Sebelum ini,hidup bukan tidak teratur tapi kurang teratur kerana kurang ilmu untuk menyenangkan melalui rutin harian.

Untuk ibu-ibu terutamanya yang bekerja,bolehlah lihat idea susun atur di sini.
 http://susunatursioca.blogspot.com/




http://luahanhatikongsibicara.blogspot.com/2013/11/ruang-dapur-belakang.html





perubahan yang paling disukai kerana dapur yang jubin coklat tua ni dah jadi ceria sedikit.cerita lanjut,http://luahanhatikongsibicara.blogspot.com/2013/11/pelekat-dapur.html

@@Nota kaki:sementara cuti sekolah ni,masih mencari-cari idea untuk susun atur di bahagian-bahagian lain.moga dipermudahkan

Isnin, 4 November 2013

Tukar Nama Profil


Melalui tulisan ini,saya mula membuat perubahan pada nama di profil saya.Sebelum ini saya menggunakan nama Marzhani iaitu gabungan MARZUKI dan HANITA.Walaupun nama suami masih di depan tapi proses menggabungkan nama tetap ada,keliru juga jadinya.Maka,biarlah kekeliruan itu dibuang dengan penggunaan nama sebenar saya.Biarpun nama gabungan ini tidak dipanggil oleh sesiapa tapi di alam maya,saya dikenali dengan nama itulah.Sempena tahun baharu ni,saya telah membuat perubahan.

Pertanyaan :

Telah umum di sebagian negara, seorang wanita muslimah setelah menikah menisbatkan namanya dengan nama suaminya atau laqobnya.

Misalnya: Zainab menikah dengan Zaid, Apakah boleh baginya menuliskan namanya : Zainab Zaid? Ataukah hal tersebut merupakan budaya barat yang harus dijauhi dan berhati-hati dengannya?

Jawapan:

Hal itu tidak diperbolehkan, bernasab kepada selain ayahnya tidak boleh, haram dalam islam. Haram dalam Islam seorang muslim bernasab kepada selain ayahnya baik laki-laki atau wanita. Dan baginya ancaman yang keras dan laknat bagi yang melakukannya yaitu yang bernasab kepada selain ayahnya hal itu tidak boleh selamanya.

الحمد لله ربِّ العالمين، والصلاة والسلام على من أرسله الله رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين، أمَّا بعد

“Tidak boleh dari segi nasab seseorang bernasab kepada selain nasabnya yang asli atau mengaku keturunan dari yang bukan ayahnya sendiri.”

Sungguh Islam telah mengharamkan seorang ayah mengingkari nasab anaknya tanpa sebab yang benar secara ijma’. Maka sesungguhnya apa-apa yang berlaku dalam adat, itulah yang dipertimbangkan dalam syari’at.

Allahualam…

Sabtu, 2 November 2013

Hilangkan Stress

Gaya hidup sekarang ni banyak mengundang tekanan.Dalam keretapun boleh stress.Apa cara kita untuk mengelakkan tekanan?Setiap orang,berbeza caranya.

Sebenarnya,mereka yang bekerja sebagai cikgu merupakan golongan yang paling tinggi tertekan. Cikgu di Gombak lebih ramai yang stress berbanding dengan cikgu di daerah-daerah lain di Selangor.Teringat kata-kata pengetua sekolah,"cikgu buatlah sesuatu untuk diri cikgu supaya cikgu datang ke sekolah dengan fikiran yang lapang.Jangan bawa stress dari rumah ke sekolah.Jangan jadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa."

Bagi saya,saya lebih suka permudahkan kerja rumah supaya kita tak terfikir sangat soal rumah.Kalau suami berkira nak keluarkan bajet,redalah diri untuk membelanjakan wang sendiri.

Satu lagi,saya suka berblog.Menulis di blog sendiri atau melawat blog-blog yang ada.Walaupun masih tak mahir dan hanya tahu yang asas-asas saja,syukurlah.Dah ramai yang membacanya walaupun duit tak pun masuk dengan blog ni.

Isnin, 14 Oktober 2013

Skirt Kembang Garden Party

Seronoknya hari ni,kerja membuat catatan di blog saja tak pernah ditinggalkan tapi kerja sekolah belum diusik lagi.Malasnya nak memulakan kerja sekolah tu.Macam biasa,saya selalu bangun seawal 4 pagi kerana waktu tidurnya seawal jam 10 malam.Melampau-lampaulah kalau bangun lamabat sedangkan tidur awal.Biasanya saya akan buat kerja sekolah dan menyiapkan baju anak-anak ke tadika atau taska.Kerja-kerja mengemas kadangkala sempat tapi selalunya tak sempat buat semua.Bila dah cuti ni dan PMR pun dah habis,berblog,berFROG dan berFBlah kerjanya.
Pagi tadi,sempatlah baiki skrit untuk Hi Tea hujung minggu depan sebelum Akmal bangun.Tak sempat siap,dia dah bangun tapi nasib baiklah dia tak mengacau.Siap jahit, leganya.
Skirt ni murah saja.Pada mulanya nak membawanya ke kedai jahit untuk dibuat lapisan dalam kerana jarang.Dalam perjalanan,terfikir pula,macam mana tuan kedai tu nak nak buat?Nanti kena bayar dua kali ganda,dah jadi mahallah pula skirt ni.Makanya,tak jadi hantar ke kedai tapi saya singgah di kedai pakaian untuk mencari skrit yang sesuai untuk dijahit di dalamnya. 
jumpa skrit yang harga tak sampai RM16.kainnya lembut dan sesuai buat alas.skrit tu dijahit di bahagian bawah  pinggang

kebetulan skrit ni ada sambungan di bahagian pinggang.kain tu dilipat ke bawah sebelum dijahit supaya tak terlalu labuh..alhamdulillah ngam saja 




Jumaat, 11 Oktober 2013

Camera360

Baru pandai guna aplikasi camera360 semasa di sekolah tadi.Boleh dikatakan pengaruh kawan-kawan jugalah ni.Mula-mula nak belajar WhatsApp,terpandanglah aplikasi camera360 ni.Bersemangat nak tahu pasal camera ni sebab sebelum ini hanya tahu gambar yang diambil dengan menggunakan aplikasi ni boleh jadi cantik.Siapa tak nak gambar jadi cantik,kan?
Nak guna aplikasi ni, muat turun saja dari Play Store di telefon samsung.
Sekarang ni masih tak pandai untuk beberapa perkara.Layan sajalah gambar ni...

bibir seksi





Ahad, 26 Mei 2013

Gelagat Ibu & Anak


 ummi yang terover pose...

 dah mengantuk ke?hahaha...tak siap sedia lagi dah diambil gambar...Akmal kata JANGAN ...TAK READY LAGI!
 aktiviti di rumah,apa-apa yang dibuat nampak dek mata kepungan yang baik dah dibuat.(tangga dah dipasang pagar, pintu bilik sentiasa ditutup,benda-benda tajam mudah-mudahan sentiasa diletak tinggi)bila balik ke rumah neneknya,Ya Allah...penatnya ummi nak mengepung

Jumaat, 24 Mei 2013

Cuti Sekolah Lagi...

Hari ni seharian melayan Akmal yang masih kurang sihat kerana ulsernya belum baik.Gusinya bengkak-bengkak kerana gigi baru nak tumbuh.Lain macam sikit perkembangan si bongsu ni.Abang-abangnya tak pernah pula kena ulser dan mulut bengkak apabila ada gigi baru nak tumbuh.Nasib baiklah kertas pepeiksaan sudah habis ditanda.Satu kelegaan yang amat terasa apabila sudah selesai menanda kertas peperiksaan.

Nampaknya cuti dua minggu boleh diisi dengan aktiviti bebas tapi kerja sekolah belum selesai juga lagi.Folio sejarah belum disemak lagi.Fail ULBS dan PLBS juga belum disentuh.Markah lisan pelajar belum dimasukkan dalam fail.

Pelajar 3 E juga bersemangat nak mengecat kelas.Sudah habis satu semester sekolah baru nak mengecat kelas?Sebenarnya,awal-awal tahun lagi mereka nak mengecat tapi saya tidak izinkan tapi saya tak yakin mereka boleh uruskan sendiri.Apabila jamuan Hari Guru baru-baru ini mereka boleh uruskan,maka saya mesti yakin bahawa mereka boleh buat.Makanya,cuti ni kena ke sekolah kerana mereka nak mengecat kelas.

Sabtu, 23 Mac 2013

Selamat Bercuti

Alhamdulillah...Seronoknya hari ini kerana sudah empat minggu berturut-turut saya bekerja pada hari Sabtu dan pada hari ini cuti sekolah sudah bermula.Makin seronok apabila markah ujian 1 sudah dimasukkan dalam sistem SAPS.Ulasan untuk kelas 3E juga sudah dibuat,makanya cuti seminggu ni bolehlah tumpukan pada hobi yang dah lama ditinggalkan.Mencabar juga tahun 2013 ni. Semua kelas yang diajar merupakan kelas yang akan menduduki peperiksaan penting,iaitu PMR dan SPM.

Khamis, 14 Februari 2013

Cuti Pun Kerja

Hari ini sudah hari Khamis.Memang tidak terasa cepatnya masa berlalu.Apa yang dibuat dalam masa cuti itu?Banyak perkara sebenarnya yang telah selesai.Alhamdulillah,walaupun tak ke mana-mana,pengisiannya tetap ada cuma anak-anak saja agak kebosanan.Cuti yang ada digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang  tertangguh.

Cuti saja,saya akan menyiapkan kerja sekolah,macamlah tiada kerja lain yang nak dibuat.Memang itulah yang perlu dibuat.Melihat saya selalu menggunakan masa cuti untuk menyiapkan kerja sekolah,satu hari Ammar berkata:

Ammar:Ammar tak naklah jadi cikgu...
Ummi:Kenapa?
Ammar:Bila cuti saja,asyik je kena buat kerja sekolah...
Ummi:Tak terkata apa-apa tapi dalam hati berkata siapa suruh jadi cikgu...Antara serba salah,baru saja berniat nak mencari soalan ujian untuk BM pada malam nanti.Tanpa pedulikan kata-kata Ammar,pada malamnya saya mula membelek-belek buku BM tingkatan 3 untuk mencari soalan yang sesuai.
Ammar:Ammar dah kata dah....
Ummi:Tersenyum tanpa kata kerana itulah realitinya cikgu...hanya guru sahaja yang faham.

Tanggapan begitu sudah melekat dalam kepala Ammar sekarang kerana saya selalu membawa kerja sekolah ke rumah.


Ahad, 6 Januari 2013

Sudah Sibuk

Masa cuti sekolah yang lepas,banyak masa untuk buat catatan kerana tidak ke mana-mana.Bila sudah tahun baharu,agenda harian makin sibuk dengan persediaan untuk buka sekolah.Hari ini,saya belum berkesempatan lagi untuk menulis peristiwa semalam yang penuh bersejarah. Baru tiga hari bersekolah,saya sudah sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis dan kerja-kerja sekolah:kemaskini maklumat murid,menulis minit mesyuarat guru yang baru berlalu,menyiapkan buku rekod mengajar(tahun ni baru mula buat fail kerana rancangan mengajar ditaip sepenuhnya.buku yang tebal dah tak digunakan kerana tak cukuppun untuk setahun)

Apa-apapun moga tahun 2013 ini akan membuka lembaran baru buat kami sekeluarga.Paling penting, harap-harap Adib dapat bbercakap dengan fasih dan mula mengenal huruf kerana tahun depan dia akan ke sekolah rendah.Ya Allah,permudahkanlah usaha kami...

Ahad, 16 Disember 2012

Murahnya Mesin Jahit di Cosway

Setelah menjadi ahli Cosway,saya mulalah membelek-belek katalog yang diberikan untuk mencari barang-barang yang perlu dibeli untuk mengaktifkan keahlian.Biasanya tak ambil pedulipun untuk aktifkan keahlian apabila menjadi ahli bagi sesuatu produk.Baru-baru ini saya baru menjadi ahli Zhulian semata-mata kerana membeli kerongsang dengan jumlah yang banyak.RM 700 lebih berbelanja di Zhulian,saya hanya mendapat  belasan ringgit sahaja keuntungan.Nampaknya memang tidak menguntungkan jika menjadi ahli melalui orang tengah.Orang tengah yang mendapat durian runtuh sebenarnya.Maka,biarlah keahlian Zhulian ibarat hidup segan,mati tak mahu kerana saya tak rela menguntungkan orang lain.

Dalam berfikir panjang,saya perlu aktifkan keahlian Cosway kerana produknya banyak menawarkan barang keperluan di rumah.Apabila intai-intai katalog tersebut,saya terpandanglah mesin jahit Singer ni.Mahu menjerit rasanya kerana harganya sangat murah untuk ahli tetapi mesti menggunakan 244 kupon.Pada mulanya memang terasa sangat ralat tetapi, mampukah saya mengumpul kupon tersebut untuk mendapatkan mesin jahit tu?Persoalan itu berjaya  memujuk hati.

..harganya RM250 sahaja manakala model R4171 tu RM549..dengan duit yang dibayar tempoh hari sudah membolehkan saya memiliki mesin jahit yang mempunyai 80 jenis jahitan....sabar3..

Khamis, 13 Disember 2012

Agenda Hari Jumaat Lepas

Hari Jumaat lepas merupakan hari berbelanja.Entah macam mana boleh membeli-belah dengan begitu banyak padahal bukannya ke Jusco,Sogo atau mana-mana pusat beli-belah yang ada jualan murahpun tapi hanya di Pasar Kemboja,dan kedai pakaian biasa saja.

Memang dah lama nak ke Pasar Kemboja Kg.Kubu Gajah tapi tak berpeluang kerana pasarnya hanya beroperasi pada hari Isnin dan Jumaat saja.Memandangkan sekarang cuti sekolah,nampaknya tak boleh tangguh-tangguhkan lagi kerana makin ditangguh,makin tidak menjadi.Pagi tu kiranya nekadlah nak pergi sendiri walaupun tahu agak susah nak cari tempat letak kereta yang sesuai untuk orang yang kurang mahir seperti saya.

Masa tu pergi dengan Adib,nasib baik dia tak banyak kerenah kerana dia dah jumpa permainan yang disukainya(gasing) masa mula-mula nak masuk ke tapak pasar tu.Sempatlah beli tudung tiga helai,telekung dan baju bola untuknya dan abangnya.Rasa macam nak pergi lagi je sebab nampak murah saja kain pasang di situ.

Pesanan yang saya jumpa dalam internet tentang Pasar Kemboja Kg.Kubu Gajah ni mungkin mengiyakan bahawa tempat tu memang istimewa..
KEPADA SAHABAT2 YG DIINGATI, KAK AIDA NAK KONGSI CERITA TENTANG JUALAN MURAH >>BAJU KURUNG, TUDUNG DAN EKSESORI MANIK DAN BEG TANGAN. MINGGU LEPAS KAWAN KAK
>>AIDA MEMPERKENALKAN PADA AKAK SATU TEMPAT YG DINAMAKAN PASAR KEMBOJA YG >>TERLETAK DI KG. KUBU GAJAH SG. BULOH. DI SANA BAJU KURUNG DAN TUDUNG BOLEH >>DIDAPATI DGN HARGA MURAH YG JAUH BERBEZA DARI HARGA DI BAZAR  DAN BUTIK2 >>BAJU& TUDUNG. SALAH SATUNYA TUDUNG SITI NURHALIZA DIJUAL DGN HARGA RM10.00
>>TETAPI AKAK TENGOK DI BAZAR DAN BUTIK DIJUAL DGN HARGA RM35.00. BAJU KURUNG >>DAN KEBAYA YG SIAP DI JAHIT DI JUAL DGN HARGA RM45 - 50, KAIN YG DIGUNAKAN >>ADALAH DARI JENIS KAIN YG BAIK DI MANA DBUTIK2 DAN KEDAI DIJUAL DGN HARGA >>RM80.00. MANAKALA TUDUNG RAINBOW FESYEN TERKINI DIJUAL DGN HARGA RM15 UTK 2 >>HELAI. PASAR INI HANYA ADA PADA SETIAP PAGI ISNIN DAN JUMAAT BERMULA DARI >>7.00 PG HINGGA 12.00 TGHARI. AKAK BERITAHU NI SAJA NAK BERKONGSI PENGETAHUAN>>BUKAN NAK PROMOSI TEMPAT INI KERANA AKAK TAK ADA KEPENTINGAN DI SINI. BUAT SEMUA RAKAN2 SIM, AKAK NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,BERHATI2 DIPERJALANAN.


Apabila dah habis berbelanja,saya terus ke Desa Coalfields untuk bertanyakan mengenai sarung sofa.Sampai di sana,berbelanja lagi sebab tak pernah jumpa cadar saiz kelamin yang berharga RM 30 saja dengan kainnya yang betul-betul kapas di Kedai Pakaian Masnita milik seorang makcik yang membahasakan 'nenek' kepada Adib.Nasib baik tak beli dua.Lepas tu tinjau-tinjau pula kedai jahit di SU2.Rupa-rupanya ada 3 kedai jahit di situ.Kedai jahit untuk membaik pulih baju ada bersebelahan Sheeda Tomyan. Kedai jahit baju kurung dan sofa yang saya nak pergi tu selang beberapa lot kedai tapi kedainya dibuka pada waktu petang. Kedai jahit tudung ada di bangunan yang sebelah bersebelahan kedai gunting rambut.Label tidak ada di kedai tu.

Kemudian,setelah makan tengah hari di kedai makan dengan Adib,saya nak menempah baju di Butik Blackred(SU3), tapi kedainya tutup kerana masa tu masa makan tengah hari.Tak tahu nak ke mana,singgah ke Cosway sebab teringat ada terbaca dalam blog bahawa rak bertingkat tu ada jual di situ.Bila dah nampak,terujanya.Saya pun pilihlah beberapa barangan lain.Apabila tiba masa anak membayar,rak tersebut sebenarnya berharga RM 79.90 untuk bukan ahli.Saya bukannya ahli Cosway.Terpaksalah jadi ahli Cosway semata-mata nak beli rak bertingkat tu.Hingga hari ini rak tersebut belum dipasangpun lagi padahal teringin sangat nak membelinya.Alahai hati...banyak sangat keinginannya.

Ahad, 25 November 2012

Sulam Tampal

Tergodanya melihat jahit sulam tampal ni.Masa bula puasa dulu,saya membeli satu jubah di sekolah kerana sangat tertarik dengan sulam tampalnya.Masa tingkatan 3 dulu,saya mengambil KH aliran ERT.Jadi,memang pernah menjahit.Minat berubah mengikut peredaran masa.Mungkin aktiviti menjahit akan dilakukan apabila anak-anak sudah besar.



Kreatifnya.Sumber daripada orang yang sama.Jahit di baju kurung,menarik juga ni.


Sabtu, 10 November 2012

Cuti Hujung Tahun

Selamat bercuti.Mood bercuti belum dapat dirasai lagi sebab ada kerja yang belum siap lagi.Minggu depan kena ke sekolah lagi.Di samping itu,sepanjang cuti ni mesti siapkan modul BM untuk tingkatan 3 dan 5.Biarpun hanya dua bab bagi setiap tingkatan,tapi perlu luangkan masa juga menyiapkannya.Orang yang tak menjadi guru mesti fikir cuti sekolah ni guru-guru yang ada di Malaysia ni goyang kaki saja...Sangat salah pendapat tu.

Dalam pada itu,nak mengubah wajah ruang tamu biru ni.
                                        apa akan jadi nanti,tunggu dan lihat saja
boleh tahan juga deko sebegini...

Khamis, 30 Ogos 2012

Salam Kemerdekaan Merdekakan Diri...

Salam Kemerdekaan dan Lebaran...Cuti hujung minggu ni rasanya kena gigih mengemas rumah..