Jumaat, 29 November 2013

Pelekat Dinding Dapur

Orang tampal pelekat dinding di dapur,saya pun nak buat juga.Mana taknya,masuk saja dapur tempat memasak tu,asyik nampak dinding coklat tua saja.Bosannya dah lima tahun menghadap warna tu.Nak ubah suai jubin,tak ada kerjalah pula.Banyak masalah yang timbul.Satu caranya ialah tampal pelekat tu.
Malam tadi terfikir-fikir kedai yang dirasakan ada menjual pelekat di dapur ni hinggakan tak tahu nak ke mana  tempatnya.Akhirnya,pagi tadi buat keputusan untuk ke kedai yang berhampiran di kawasan perumahan saja dulu kerana saya membawa ketiga-tiga hero.Jika tidak ada di situ barulah ke Bandar Baru Sungai Buloh.Di sana lebih banyak pilihan kedai. 
Sebenarnya tak tahu juga bahagian yang nak diterjah di pasar raya yang paling besar di SU ni.Terpaksalah melilau kesemua bahagian.Akhir sekali barulah berjumpa.Tersenyum lebar saya apabila melihat perkataan KITCHEN SHEET ni di depan mata.
pelekat yang dimaksudkan.tak tahupun anak sebut apa.gambar ehsan daripada rakan fb
Tak banyakpun yang ada dan hanya ada dua corak.Tak pasti pula pelekat ni ada banyak saiz tapi yang ada hanya saiz ini saja.Kedua-dua corak saya membelinya kerana nak lekat di dapur kering dan dapur basah. 
cara melekatkannya...

Setelah sampai di rumah,dengan tidak sabarnya saya terus memasang ketiga-tiga pelekat tu.Susah juga sebenarnya. Nak buka pelekat bahagian belakang pun dah makin masa,inikan pula nak melekatkannya.Dengan kesabaran,akhirnya siap juga.
masuk saja ke dapur,dapat lihat secawan air teh.
gambar dari dekat
dari pintu saja dah dapat lihat bunga tulip tu,ceria sikit dapur yang selama gelap saja
 



Nota kaki:sekarang dah minimakan perkakas untuk disangkut supaya tak tertutup pelakat tu...kuranglah serabut kalau macam tu

4 ulasan:

  1. terima kasih...macam2 idea boleh dapat melalui laman sosial ni, tp praktiknya yang bersesuaian sajalah...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. sy suka ceria2...baru tak bosan

      Padam