Cuti sekolah ni seronoknya mendeko sehingga banyak dah habis duit.Tak apa,yang penting kita selesa dan barang yang dibeli nampak dek mata.Ruang dapur masih tak habis-habis nak dideko berbanding dengan ruang-ruang yang lain.Tak tahu sebabnya tapi ada-ada saja idea yang nak dibuat di dapur.
Projek ni saya buat masa hari Isnin yang lalu.Selepas selesai temujanji dengan doktor pada jam 3 petang,sempat lagi saya merewang-rewang di kedai perabot untuk mencari penghadang dan kedai biasa untuk mencari rak bertingkat dan pelekat di dapur.Jumpapun rak bertingkat tu tapi pelekat dapur tak pula jumpa.Seronok merewang-rewang,jam 5 petang baru sampai di rumah.Walaupun badan penat,tetap nak juga pasang rak tu.Memang tak susahpun,letak saja di jeriji yang ada.Siap.Cawan yang tak ada tempat nak diletak tu dah ada rumahnya.
![]() |
saiz kecil ni RM 6.90 setiap satu.yang besar ada,tapi bimbang tak praktikal pula.kalau tak cukup,boleh beli lagi.dah tak ada kuali digantung di sini |
Selepas ni projek di dapur lagi.Nak tampal pelekat di jubin dapur.Esok,misi jenjalan dengan anak-anak untuk mencari pelekat tu.
comelnya..good idea
BalasPadamtq...ceduk idea daripada laman fb rumahku syurgaku...
BalasPadam