Khamis, 29 Disember 2011

Tahun Baharu Di PPUM

Temujanji dengan doktor yang terakhir hari ni.Lambatlah pula bertolak dari rumah,lebih kurang 9.30 pagi.Nasib baiklah jalan nak keluar dari taman perumahan tak sesak.Semalam sesak saja jalan semasa keuar pada jam 8 pagi.Perjalanan agak lancar,lebih kurang setengah jam dah sampai ke PPUM.Dahlah jauh,jalan sesak pula tu nak ke PPUM dan terpaksa menunggu lama untuk berjumpa doktor,mengapalah PPUM juga yang menjadi pilihannya?Kalau nak dikira keistimewaannya,rasanya taklah istimewa sangat kerana setiap kali berjumpa doktor,pasti saja asyik berjumpa dengan doktor yang berlainan hingga kita terpaksa menunggu dulu dia membawa laporan yang lepas.Soaan-soalan yang sama juga yang ditanya hingga bosan juga nak menjawabnya.Apabila berjumpa dengan doktor jantungpun,begitu juga.Dua kali jumpa,dua orang doktorlah jawabnya kita akan berhadapan.Cuma satu saja alasan saya untuk memilih PPUM iaitu disebabkan kedua-dua anak saya dilahirkan di sini,jadi semua rekod ada di sini kerana saya mempunyai banyak masalah dalaman.Jadi,hal-hal lain terpaksa ditolak ke tepi.

Bila dah dapat nombor giliran,jam dah hampir 10.30 pagi.Ramainya orang yang sedang menunggu.Biasanya kalau hari Khamis,taklah ramai orang tapi kali berlainan pula.Tunggu punya tunggu,giliran saya yang terakhir hari ni padahal nombor giliran bukanlah yang terakhir.Hampir jam 1.30 baru dapat jumpa dengan doktor.Nasib baiklah jumpa dengan doktor yang dah pernah saya jumpa.Dia pun dah kenal saya.Oklah tu. Perbincangan lebih bertumpu kepada proses nak masuk wad minggu depan.Jika diikutkan,saya kena masuk wad esok sebab pada hari Isnin cuti umum sempena Tahun Baharu.Alamak,pakaian belum habis dikemas lagi.Barang-barang keperluan pun belum sempurna lagi.Masih ada yang tercicir.Atas perbincangan dengan doktor,saya dikehendaki masuk wad pada hari Isnin iaitu pada 2 hb walaupun pembedahannya akan dijalankan pada 4hb.Hal ini untuk menyenangkan kerja doktor maklumlah saya ni banyak kes walaupun sihat saja sepanjang tempoh mengandung.Alhamdulillah,Allah itu Maha Adil dan setiap masalah ada hikmahnya juga.

Memandangkan 4hb tu merupakan hari pertama persekolahan Tahun Satu bagi anak sulung dan Tadika bagi anak kedua,saya cuba berbincang supaya masanya dilambatkan jika boleh kerana suami pasti bermasalah nak berkejar ke sana ke sini.Dahlah jaraknya agak jauh.Nampaknya memang tak boleh dilambatkan proses pembedahan tu kerana kes saya merupakan kes yang kritikal.Macam manapun mesti kes yang pertama pada hari itu.Begitulah pula.Nampaknya terpaksalah guna alternatif lain seperti cadangan kawan-kawan iaitu merehatkan dulu anak saya pada hari Rabu tu.Hari Khamis baru pergi ke sekolah tetapi kena maklumlah dulu kepada guru kelasnya semasa orentasi nanti.
Nampaknya itu saja caranya.Ada juga rakan-rakan bertanya,mengapa pula ambil tarikh 4hb dan bukan tarikh lain.Jawapannya,sangatlah istimewa tarikh tu sebab hari itu ialah hari lahir saya.Dah lama saya nak manfaatkan tarikh tu tapi tak kesampaian saja.Harap-harap saya boleh berkongsi tarikh tu dengan anak yang bakal dilahirkan nanti.Saya selalu menepuk-nepuk perut dan bercakap dengan bayi dalam perut supaya duduk baik-baik dalam perut agar proses bersalin dapat dilakukan pada tarikh tu.Jika ditakdirkan bayi ini nak keluar awal,harap-harap biarlah pada tahun baharu.Tapi minta dijauhkan hal itu.

Nampaknya minggu ini agak sibuk sikit kerana semua persiapan perlu dilakukan pada minggu ni saja.Dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi.

Selasa, 27 Disember 2011

Tugas dan Gaji Baharu

Mesyuarat pertama bermula hari ini dan akan berlanjutan hingga esok kerana taklimat daripada HEM,KOKU dan penggubalan AJK Kelab Guru belum dibuat lagi.Mula-mula sampai di Dewan Mestika,saya dimaklumkan bahawa salah seorang rakan mengatakan saya telah bersalin dan PK sudah mencari pengganti untuk mencatat minit pada hari ni.Rupa-rupanya saya merupakan seorang daripada pencatat minit mesyuarat guru.Dengan kehadiran saya pada pagi tadi,nampaknya sayalah yang menjadi pencatat minitnya.Baru saja sampai,sudah ada kerja nampaknya.

Sambil mencatat minit,sempat lagi saya meninjau tugas untuk tahun depan.
1.AJK Perkembangan Staf
2.Guru Kelas 3N-kelas belakang lagi ni
3.Pencatat minit msyuarat guru
4.AJK SPBT
5.Guru Penasihat Kelab Setia
6.Guru Penasihat Rumah Nadim-masih dalam rumah yang sama.Tak perlu beli baju baharu

AJK Unit Penilaian dan Peperiksaan telah digugurkan.Alhamdulillah.Menjelang saja akhir tahun,kerja-kerja dalam unit peperiksaan selalu saja bertindih dengan kerja-kerja SPBT.

Lepas tu kami diminta menandatangani borang SPBA.Penerangan ringkas diberikan tetapi cara pelarasan gaji tidak pula saya faham.Macam mana ia boleh berganjak sebegitu.Apa-apapun,saya tetap memilih untuk pencen apabila berumur 56 tahun.Apabila dapat borang,saya dapati borang saya masih dalam kategori DG41 sedangkan sejak bulan 9 yang lalu saya telah mendapat kenaikan DG44 setelah 10 tahun berkhidmat.Apabila ditanya dengan KPT,kenaikan gaji saya belum diluluskan lagi.Walaubagaimanapun,kenaikan gaji akan bermula pada bulan Jan.Sebelum ini pada bulan Julai.Setelah kew 8 diluluskan,baru saya akan mendapat kenaikan DG44.
Harap-harap DG44 yang baru diperoleh akan memberi banyak kenaikan nanti sebab dah ternampak-nampak kereta baharu nyang akan dibeli nanti.

Ahad, 25 Disember 2011

Pengalaman Bersalin Kali Pertama-Pembedahan


Membaca pengalaman bersalin pembaca lain dalam blog mengingatkan saya pengalaman yang ditempuhi enam tahun lalu. Inilah satu-satunya pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang hayat ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa susah atau senang proses bersalin seseorang bergantung kepada rezeki masing-masing. Yang pastinya ada hikmah di sebalik pengalaman tersebut.
Pertama kali saya disahkan mengandung 6 minggu, hati melonjak gembira. Itulah berita gembira yang kami nanti-nantikan sejak setahun berkahwin. Sepanjang tempoh mengandung, saya tidak mengalami masalah, malahan selera makin bertambah. Saya dijangkakan bersalin pada 1 April 2005.
Setelah balik dari sekolah pada hari Isnin 21.03.2005, saya dapati ada lendir yang agak banyak keluar dari faraj. Saya panik dan mula menanyakan kepada emak yang berada di kampung untuk mengesahkannya. Bagi saya, ibulah sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat selain daripada membaca buku dan majalah yang ada di pasaran. Saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, namun disebabkan saya telah ‘tersalah’ klinik, pemeriksaan tidak dapat dijalankan. Akibatnya, keesokannya saya terpaksa pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan keadaan kandungan.
Pada mulanya saya bercadang untuk bersalin di PPUM. Awal pagi lagi saya dan suami ke PPUM. Dalam perjalanan ke hospital, perut sudah terasa sakit. Setelah sampai di sana, saya dimaklumkan bahawa di sana tidak ada ‘first class’ seperti di hospital kerajaan yang lain. Gara-gara inginkan keselesaan, saya bergegas pula ke Hospital Klang dengan menahan kesakitan yang dialami. Di Hospital Klang nanti saya berharap akan mendapat tempat yang ‘baik’ di sana. Setelah doktor memeriksa, doktor mengesahkan pintu rahim baru terbuka 1 cm.
Disebabkan itu, saya ditahan di hospital. Di sana saya hanya ditempatkan di wad biasa memandangkan wad ‘first class’ sudah penuh. Saya ialah pesakit keempat yang menunggu. Tidak ada rezeki, getus saya. Tiga hari saya berada di hospital, namun tanda-tanda sakit yang saya alami sebelum ini sudah hilang walaupun lendir masih lagi keluar. Mengenangkan orang di sebelah katil silih bertukar ganti kerana masing-masing sudah selamat melahirkan bayi mereka, saya menjadi semakin tertekan dan tidak selesa berada lama di hospital dengan keadaan sihat walafiat.
Pada petang Khamis, saya telah dibenarkan pulang setelah diberi tarikh baru untuk pemeriksaan lanjut dua minggu kemudian. Saya gembira kerana selepas ini bolehlah saya pulang ke kampung untuk bersalin di sana. Atas nasihat abang, pada malam keesokannya saya terlebih dahulu ke klinik swasta untuk mendapat kepastian sama ada saya selamat atau tidak untuk balik ke kampung pada keesokan paginya.
“Saya tak jamin awak selamat balik ke Terengganu ni. Jalan awak dah buka ni.” Kata-kata doktor menyebabkan saya terdiam.
“Tak apalah, saya akan buat surat…kalau awak rasa sakit, awak singgah je mana-mana hospital.” Jaminan doktor itu sedikit melegakan saya.
Selepas balik dari klinik, saya mula mengemas pakaian untuk balik ke Terengganu walaupun agak berbelah bahagi. Belumpun siap mengemas pakaian, air ketuban mula pecah menyebabkan kerja-kerja mengemas beg pakaian tergendala. Itu petanda bahawa saya terpaksa bersalin di sini. Selepas itu perut mula terasa sakit lagi buat kali keduanya, namun saya cuba bertenang kerana masih lagi dapat bertahan.
Pukul 3.30 pagi hari Sabtu, barulah saya bergegas ke hospital setelah sakit kian terasa. Kali ini saya memang akan bersalin di PPUM. Setelah mendaftar, saya menjalani pemeriksaan faraj. Pintu rahim masih lagi 1 cm. Menurut doktor, sekiranya saya tidak bersalin dalam masa satu hari, saya akan ‘diindius’ bagi mempercepat proses kelahiran. Selepas pemeriksaan tersebut, jam 7.00 pagi barulah di tempatkan di wad. Pada malamnya, sakit perut makin menjadi-jadi. Bagi menahan rasa sakit, saya terpaksa berjalan-jalan menyebabkan saya tidak dapat tidur pada malam itu. Ternyata Allah betul-betul mahu menguji. Dalam masa satu hari saya menahan kesakitan, pintu rahim hanya terbuka 3 cm. Seingat saya,saya sememangnya tidak memanjakan diri agar tidak bermasalah apabila hendak bersalin. Setiap hari kerja, saya akan panjat tangga dua atau kali untuk ke tingkat 3 kerana hampir semua kelas saya mengajar berada di tingkat 3. Namun apakan daya, apa yang berlaku sebaliknya.
Pada pagi Ahad iaitu seawall jam 8 pagi, saya telah dibawa ke bilik bersalin. Masa itu pintu rahim baru terbuka 4 cm. Air ketuban dipecahkan. Jam di dinding selalu dipandang tetapi tanda-tanda untuk bersalin tak juga muncul. Mengenangkan pengalaman semasa di bilik bersalin, saya sebenarnya sukar menggambarkan keperitan yang dialami dalam tempoh 10 jam itu. Pukul 6 petang barulah pintu rahim saya terbuka 9 cm. Namun, disebabkan dua hari saya tidak dapat tidur dengan sempurna dan ditambah pula paginya itu saya hanya minum air milo sahaja, saya sudah tidak ada tenaga untuk meneran dengan baik.
Empat puluh minit saya cuka meneran tetapi bayi tetap tidak keluar sedangkan kesakitan kian terasa. Sekali lagi saya diuji. Memang sukar proses kelahiran bayi saya. Disebabkan kontraksi agak perlahan, bayi saya hampir lemas. Demi bayi yang dikandung 9 bulan, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Saya akur dengan keputusan itu kerana bimbang akan keselamatan bayi saya. Jam 7.30 malam pada 27 Mac, saya selamat melahirkan bayi yang comel seberat 2.93 kg setelah hampir dua hari bertarung dengan kesakitan. Semasa pembedahan dijalankan,saya dapat rasakan sesuatu telah dilakukan terhadap perut saya kerana pada masa itu saya telah dibius separuh badan. Selepas itu,saya tidak dapat rasa apa-apa lagi dan tersedar apabila semuanya telah selamat tetapi belum lagi ditempatkan di wad kerana kesan bius masih ada.Tengah malam barulah saya ditempatkan di wad. Saya agak beruntung kerana dapat berehat dengan lama.Paginya, saya ditegur oleh doktor,”tak nak bangun ke?” Sememangnya saya amat takut untuk bangun kerana terasa amat perit di bahagian perut. Patutlah ada tali di katil.Rupa-rupanya tali tersebut digunakan untuk bangun dari katil. Bayi lelaki itu saya namakan Muhammad Ammar Fathi.

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung

Suami mula bising apabila dia melihat kurma yang dibeli tidak berkurangan.Itu maksudnya saya tak makan kurma tu.Manalah dia tak bising,bila berpantang nanti,dialah yang menjadi bidan di rumah ni.Masa berpantang anak yang kedua dulu,dia cuti dua minggu mengurus anak-anak.Rasanya,berkat saya makan kurma sebelum bersalinlah maka bayi yang dilahirkan tidak mendapat penyakit kuning.Tingga seminggu lagi,nampaknya saya kena perbanyakkan makan kurma.

Bagi ibu yang sedang hamil, buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa A.S.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah S.A.W. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis-manis yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa A.S.


Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan terhadap kandungan.

Sabtu, 24 Disember 2011

Senarai Semak:Sebulan Berlalu

1.Mula-mula sekali pastilah nak persiapkan kelengkapan bayi.Hingga sekarang,apa-apa pun belum dibuat lagi
2.Mengemas rumah.Rutin harian yang kadangkala diketepikan bagi beberapa sudut rumah.Kali ini nak memberi semangat baru bagi ruang keluarga di tingkat atas setelah rak novel telah dibelikan.
3.Kemaskan bilik Ammar.Ini bergantung kepada bapanya.Jika bapanya nak mengecat warna hijau seperti yang dikehendaki,barulah boleh masukkan perabot di dalamnya.
4.Kumpul manuskrip lama.Taipkan dan murnikan supaya cerpen tersebut lebih panjang. Sebelum ini hanya tulis tangan.
5.Kumpul keratan majalah/akhbar yang berkisar tentang dekorasi rumah,agama, penulisan dan resipi.


Cuti sekolah hampir berlalu namun senarai semak yang dibuat masa mula-mula cuti dulu ada lagi yang belum terbuat.Catatan nombor 3 dan 4 nampaknya belum dibuat lagi.Kerja mengemas bilik bawah yang akan menjadi tempat persinggahan masa berpantang pun baru saja selesai hari Khamis lalu setelah sebulan berlalu.Itupun disebabkan kedatangan kakak dari Terengganu.Bilik itulah yang menjadi tempat rehatnya.Buat sikit-sikit dan tukang buatnya seorang saja,sedang sarat pula tu,itulah jadinya.Banyak benda yang ditransitkan di dalam bilik tu termasuklah peralatan bertukang,buku,majalah,bantal,pakaian,kelengkapan bayi dan kotak-kotak.Petang Khamis tu selesai mengeluarkan benda-benda tu setelah kesemua warga rumah ni seramai tiga orang lagi dikerah untuk bergotong-royong.Si Adib yang selalu ikut mood nak mengemaspun kena kerah juga.Terhegeh-hegeh dia memanjat tangga sambil membawa tilam bayi.Nampaknya hari ni kerja-kerja mengemas kabinet dapur pula perlu dibuat.Stok makanan sudah banyak yang berselerak dan tak diisi ke dalam bekas.Tabble top pun dah tak nampak rupa.Sabar ye baby,banyak perkara lagi yang nak dibuat menjelang 4.1.

Novel Berita Dari Hati



Pertama kali melihat novel ni semasa berkunjung ke kedai buku di The Store pada penghujung bulan November lalu,saya terus terpanggil untuk membelinya kerana nama penulisnya sering saya lihat dalam majalah kerana banyak cerpennya disiarkan dalam majalah.Patutlah saya perasan namanya popular dalam penghasilan cerpen kerana sudah 200 buah cerpen telah disiarkan dalam beberapa majalah di pasaran.Bila buka novel ni,bahagian yang menjadi sasaran utama ialah pada bahagian belakang novel untuk mengetahui siapa penulis ni sebenarnya.Tak disangka,rupa-rupanya penulisnya ialah seorang lelaki.Selama ini saya memang terbayangkan dia seorang perempuan.Apa-apapun semangatnya untuk menulis memang boleh dipuji kerana masa tidak menghalang untuk berkarya.

Pada 20.12 yang lalu saya telah membaca novel ni.Novel yang memaparkan keluarga yang amat mementingkan kedudukan dan pangkat menjadi penghalang kepada cinta yang tidak setaraf.Tidaklah membosankan walaupun antiklimaksnya terlalu cepat bergerak.Kerana cinta,seseorang itu boleh bertindak melulu.Itulah yang banyak dipaparkan dalam novel ini.Cinta Zaqyah terhadap Hazali mendorong Zaqyah untuk lari bersama kekasihnya walaupun telah bertunang.

Mengenai Penulis
TEKS novel Berita dari Hati saya taip terlebih dahulu di dalam telefon bimbit pada waktu-waktu emas seperti menunggu seseorang, ruang-ruang bersendiri, menghayun buaian anak dan sebagainya kerana idea datang tanpa dijangka, melimpah-ruah tidak mengira masa.

Kemudian baru saya masukkan ke dalam laptop maka jadilah novel ini. Mungkin ada kelemahan di mana-mana, kepincangan yang amat ketara melalui novel ini tetapi saya berjanji akan mengatasinya pada novel-novel yang akan datang (insya-Allah) .


Saya seorang lelaki jadi saya bukan Zaqyah Zulayqa. Zaqyah Zulayqa hanya imaginasi penulis yang diadun dengan pengalaman, cerita benar dari kawan-kawan dan orang sekeliling melalui pengamatan dan pemerhatian serta kisah-kisah rekaan
penulis semata-mata.

Akhir kata, dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin-NYA tertunai impian termanis ini. Teristimewa didedikasikan novel ini buat isteri tercinta, Fauziah binti Mohd Ismail yang sudi meminjamkan telinga dan berkongsi rasa yang sama serta pengertian yang tulus. Buat putera-puteri mahkota hati - Putri Ainfarisya, Muhammad Arieffarhan, Muhammad Aqiilfaeiz dan Muhammad Airielfirdaus.

Tanpa kalian hidup ini tidak mungkin bererti. Tidak lupa, Bonda tersayang – Nek bt Salleh. Kau tiada duanya di dunia ini dan terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini.


SINOPSIS NOVEL:
Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.

Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

Isnin, 19 Disember 2011

Kaki Bengkak Masa Hamil

Mengapa kaki bengkak semasa hamil?
Hal ini disebabkan cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda dan ia dipanggil edema. Rahim yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga kehamilan.


Untuk mengawal penyakit oedema:
1.Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.

2.Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.

3.Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.

4.Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.

5.Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.

Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit edema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin.

Perut Mengeras Semasa Hamil


Kadang-kadang kita berasa perut mengeras. Hal ini disebut sebagai Braxton Hicks Contraction. Kontraksinya akan terjadi sekitar 40-60 saat tetapi tidak terjadi secara terus menerus dan tanpa disertai rasa sakit.

Kontraksi ini bukanlah tanda sudah waktunya bersalin, melainkan keadaan kontraksi yang timbul kerana menegangnya rahim. Memang Braxton Hicks Contraction ini merupakan proses awal suatu kelahiran kerana leher rahim mulai terbuka.

Apabila ibu yang mengandung mengalamai Braxton Hicks Contraction, kita disarankan mempraktikkan cara pernafasan yang betul selain itu minumlah air putih kerana ada kemungkinan kontraksi ini terjadi kerana memerlukan cairan lebih.

Apabila kontraksi ini agak mulai membuat kita tidak selesa, maka ada baiknya kita baring lalu bangun dan duduk serta berjalan ringan.

Kita perlu berhati-hati apabila kontraksi ini mulai semakin kerap, dengan minimal lima kali kontraksi dalam 1 jam atau kontraksi terjadi lebih dari 60 detik dengan interval setiap 5 minit, ditambah dengan munculnya rasa sakit di punggung bawah, serta pecahnya ketuban atau keluar darah. Jangan buang waktu…! Segeralah hubungi hospital kerana itu tandanya hampir bersalin.

#Terjemahan daripada blog Indonesia.Maaf jika ada tersalah.

Jumaat, 16 Disember 2011

Menyusu Badan



Terdapat berbagai posisi untuk menyusui namun posisi yang baik ialah posisi kepala dan badan bayi berada pada garis yang lurus sehingga bayi dapat menyusui dengan nyaman. Selain itu posisi ibu pun harus betul. Cara menyusui yang betul ialah:
1 Cubalah untuk menyangga punggung, bahu, dan leher bayi. Bayi sebaiknya dapat menggerakkan kepalanya ke depan dan ke belakang dengan mudah
2 Letakkan bayi dengan posisi hidungnya setara dengan puting sehingga bayi akan melekat sempurna dengan payudara
3 Tunggu sampai bayi membuka mulut lebar dengan lidah di bawah, ibu dapat membuat bayi dalam posisi ini dengan merangsang bibir bahagian atas bayi dengan jari ibu
4 Bayi anda akan mendekatkan kepalanya ke payudara dengan dahi terlebih dahulu
5 Bayi akan membuka mulutnya lebar untuk mencakup puting dan lingkaran gelap di sekitar puting, puting ibu sebaiknya berada pada langit-langit mulut bayi
6 Untuk merangsang bayi melepaskan mulutnya dari puting, dengan lembut letakkan hujung jari ibu pada sudut mulut bayi dan bayi akan secara automatik membuka mulutnya. Jangan menarik secara paksa karena akan menimbulkan luka pada puting

Pagi ni mata susah juga nak lelap dengan lenanya.Nasib baiklah tak kerja.Siang nanti boleh sambung tidur.Bila dah tak boleh tidur,apa lagi yang nak dibuat selain menghadap laptop.

Seronoknya jika dapat menyusu bayi bagi tempoh yang lama.Pengalaman menyusukan anak selama ini hanya lapan bulan saja paling lama.Susu badan memang tak ada,tak tahu apa sebabnya.Sekarang ni pun B tak bertukar,pakai yang masa tak mengandung.Memang itu tanda susu tak banyak.HArapnya biarlah kali ini lama sikit dapat menyusukan bayi,tapi dengan tanda-tanda yang ada sekarang sukar nak buat jangkaan.Harap-harap dapat lama.

Khamis, 15 Disember 2011

Persediaan Sebelum Bersalin

Dah masuk 35 minggu.Perutpun makin besar.Hanya beberapa helai baju mengandung saja yang masih muat.Terpaksalah bergilir-gilir pakai yang itu.Nasib baiklah dah tak kerja.Kalau tidak,jenuhlah nak memakai pakaian tu saja dalam masa tiga minggu.KAli ni agak terlambat sikit membuat persiapan untuk bersalin.WAlau apa-apapun,masih belum terlambat.Harap-harap bayi ini akan keluar pada 4.1 nanti.Banyak juga yang kena siapkan.Masa nilah baru perasan ada beberapa barang keperluan belum dibeli lagi.Jika tak buat senarai semak ni,rasanya tak perasanpun.

Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian
#Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan di depan -3 helai atau lebih.Tapi kalau bersalin di hospital kerajaan,tak bawapun tak apa kerana baju disediakan
#Stoking (2 pasang atau lebih)
#Kain Batik atau seluar yang longgar (seelok-eloknya seluar dari kain kapas) – 3 helai atau lebih
#Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin
#Set mandian (jika bersalin di hospital kerajaan)
-Sabun,
-Berus Gigi
-Ubat Gigi
-Sikat rambut
-Pencuci muka
-Bedak
-Tuala
-Syampu
#Termos,gelas
#Telefon dan pengecas
#Kamera-untuk ambil gambar bayi masa panas-panas keluar dari bilik bersalin
#Pad
#Pakaian dalam-coli bukaan depan belum dibeli lagi
#Selipar untuk dipakai dalam hospital
#Tisu
#Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor

Barang Keperluan Bayi
#Pakaian bayi termasuk stoking,sarung tangan,lampin,kain bedung,kain barut perut,tuala dan selimut(belum beli lagi-tercicirlah pula ni)
#Minyak angin-belum beli juga lagi
#Tisu basah
#Plastik pelapik

Selasa, 13 Disember 2011

Ubat Buasir untuk Orang Hamil-Hemosol Suppositories



Hari ni dah masuk hari yang kelima saya mengalami masalah buasir.Nasib baik buasir saya masih di peringkat 1 walaupun saya dapati enda itu dah terkeluar sedikit.Alhamdulillah,dengan menggunakan ubat ini,sakit kian baik.Hari ni dah kurang trauma apabila nak bangun daripada duduk.Sebelum ini,traumanya bila nak bangun apabila duduk dan nak membasuh benda tu apabila buang air besar.Ya Allah,gerunnya sebab pedih dan sakit.Pada mulanya tak pandai juga nak gunakan ubat ni,ingatkan seperti ubat sembelit tapi lain sikit.Hari pertama saja saya dapat masukkan satu dos ubat ke dalam LD tapi hari-hari berikutnya guna sikit saja sebab sakit.Sebab itulah ambil masa lama sikit untuk baik.

Info tentang ubat ni:
1.Hemosol Suppositories mengandungi 10 suppositories,berfungsi untuk mengecutkan kembali salur darah yang membengkak di bahagian dalam, seterusnya memberi kelegaan kepada Anus.
2.Dimasukkan ke dalam Anus ( lubang dubur ) sehari sekali. Seeloknya apabila hendak tidur.
3.Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia MAL 06051417X
4.Bahan utama ialah Zinc Oxide 300mg, Balsam Peru 50mg dan Benzyl Benzoate 33mg.
Berita Harian Online | Sultan Mizan, Tuanku Nur Zahirah selamat pulang ke Terengganu
KUALA TERENGGANU: Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pada kira-kira 2.02 minit petang tadi.

Keberangkatan balik baginda berdua ke Terengganu adalah bersempena tamatnya tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Sebelum itu, baginda berdua yang diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menaiki pesawat yang diiringi dua jet pejuang Sukhoi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketibaan baginda berdua disambut oleh anakanda Tengku Muhammad Ismail yang juga Pemangku Sultan Terengganu serta ahli kerabat diraja Terengganu yang lain.

Turut menyambut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat negeri.

Kira-kira 15,000 rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, warga institusi pengajian tinggi dan golongan pelajar bertumpu ke jalan raya dari lapangan terbang hingga ke Istana Maziah sejauh kira-kira 16 kilometer bagi menyambut baginda berdua.

Sejurus tiba, Sultan Mizan memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada tiga orang pegawai dan 103 anggota 18 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Seberang Takir di sini.
Serentak itu, tembakan meriam 21 das dilepaskan.

Baginda berdua tiba di Istana Maziah jam 3.15 petang untuk majlis santapan petang yang dihadiri kira-kira 300 jemputan.

Selesai majlis santapan, pasangan diraja itu menerima mengadap Menteri Pengiring, Ahmad Shabery untuk balik semula ke Kuala Lumpur.

Baginda berdua kemudian berangkat balik ke Istana Nadirah, Batu Buruk, kira-kira jam 5.10 petang.

Aturcara sambutan keberangkatan balik Sultan Mizan dan Tuanku Nur Zahirah berlangsung tiga hari iaitu hari ini, Rabu dan Jumaat ini.

Pada Rabu ini, Sultan Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan berangkat ke Istiadat Penghadapan di Istana Maziah kira-kira jam 8.30 pagi yang dijangka dihadiri kira-kira 600 tetamu.

Manakala, pada Jumaat, baginda Sultan Mizan akan berangkat mencemar duli merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering (sebelum ini dikenali Masjid Diraja) kira-kira jam 12 tengah hari.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang akan berkuatkuasa esok (13 Disember) untuk tempoh lima tahun.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. - BERNAMA

Isnin, 12 Disember 2011

Barang Keperluan Bayi


pembawa bakul.lepas ni ada habuannya
sedang menilik apa yang nak dibeli sebagai upah...
lepas membeli-belah,kami mkan di sini.dah banyak berubah tempat ni.makanan pun dah mahal


Tiga minggu lagi bayi akan keluar dan mengenali dunia.Hari ini baru saya membeli-belah barang-barang keperluan bayi.Apabila sudah empat tahun tidak beranak,hampir kesemua barang keperluan terpaksa dibeli baru walhal berlambak pakaian abang-abangnya yang disimpan tapi dah tak boleh diguna sebab dah agak lama.Tempat yang biasa saya kunjungi,The Store juga yang menjadi sasarannya kerana paling dekat dan banyak pilihan.Masa dapat pindah ke sekolah yang berdekatan dengan The Store ni dulu,saya cuba memujuk hati suapaya reda dengan keputusan itu.Ternyata ada hikmahnya saya ditempatkan di sekolah itu.Antaranya,dekat dengan The Store tempat untuk memcuci mata.Lepas sekolah selalu saja saya window shooping di situ.Tapi,hati-hati juga kerana di situ kes ragut agak biasa dan orang ramaipun sudah tidak endahkan perkara itu.Pernah sekali,kawan satu sekolah diragut selepas mengambil wang daripada ATM,orang ramai yang ada di situ hanya menonton sahaja kejadian itu tanpa menolongnya.Sekejap sahaja peragut tersebut sudah tidak dapat dikesan kerana mereka ramai geng.Sempat pula mereka membelanjakan kad kredit kepunyaan sahabat saya itu di dalam premis tersebut.Setiap kali saya ingin berjalan-jalan di sana,saya selalu beringat-ingat supaya saya dilindungi daripada kejadian tersebut.

Peralatan sekolah Ammar dan Adib belum lagi beli.Itu biarlah ayahnya pula yang uruskan.Cadangnya bila dah habis membeli barang-barang bayi, nak singgah ke tingkat satu untuk cari kedai gunting rambut untuk menggunting rambut Ammar yang maik panjang dan membeli majalah tapi terlupa pula.Lepas kenyang makan,Ammar sudah tidak sabar nak menguji kereta mainannya.

Sabtu, 10 Disember 2011

Sebab Suka Menghias


Teringin nak kabinet dapur yang ada kaunter bar seperti ini tapi memandangkan keluasan dapur tak seberapa,simpan sajalah hajat tu
Cantik suasana ruang tamu ini...warna dinding dan perabotnya memang sesuai

Bila difikir-fikirkan,banyak sebab saya suka sangat menghias rumah sekarang walaupun keadaan rumah bukannya selalu kemas,tapi hiasan yang ada di dinding dapat menutup kekurangan yang ada.Walaupun hasilnya taklah seberapa, tapi saya puas hati.Untuk menghias rumah,semestinya hendaklah pastikan rumah selalu dikemas dahulu,baru kena caranya.Sememangnya itulah cara untuk merajinkan diri supaya sentiasa mengemas rumah,sekurang-kurangnya menyapu sampah.
1.Lepaskan tekanan.Itu pastinya kerana di sekolah asyik tension saja.Tension dengan perangai budak-budak sekarang yang jauh beza berbanding zaman saya menjadi murid dahulu.Sampai rumah,pandang kanan,pandang kiri lihat warna-warna di dinding,leganya.Belum lagi orang puji.Tak kisahlah ada orang puji atau tidak,yang penting diri puas hati.Saya menghiaspun ikut kata hati apa yang disukai.
2.Tarapi mata dan minda kerana selalu berada di rumah.Memang tak bosan berada di rumah malah sekarang sudah malas nak keluar pada hujung minggu sebab banyak aktiviti di rumah yang akan tergendala.
3.Bajet lebih.Ada wang,satu kemestian.Walaupun terpaksa mengeluarkan wang sendiri tapi puas hati kerana bermula dari A-Z,kita yang buat.
4.Pengaruh persekitaran.Adik-beradik saya semuanya sudah memiliki rumah sendiri yang cantik ,selesa dan semestinya lebih besar daripada rumah saya kerana tinggal di bandar kecil.Mereka bolehlah beli rumah tanah lot.Saya hanya mampu beli rumah teres saja.Itupun dah kira bersyukur sebab agak selesa untuk kami berlima.
5.Pengaruh media massa.Banyak majalah yang dibeli memang menggugat iman untuk mengaplikasikan bahan-bahan yang dibaca.
6.Tercabar.Semasa mula-mula nak berpindah ke sini,kakak ipar yang tolong mengemas barang berkata rumah sewa yang didiami dulu banyak habuk.Terasalah pula hati kecil ni kerana kata-kata itu bermakna saya malas nak mengemaslah ni.Rumah sewa dulu memang kecil tapi barang-barang banyak.Tahu-tahu sajalah bila meyewa rumah,bukannya kita boleh buat apa-apa di rumah tu melainkan terpaksa menerima seadanya keadaan fizikal rumah tersebut.Sekarang ni saya dah buktikan...

Buasir Masa Hamil

Semalam terkena buasirlah pula.YA Allah,semua perkara serba tak kena.Nak tidurpun tak lena.Sebelum ni tak pernah pula kena.Dugaan betul.Setelah ke klinik dan masukkan ubat ke dalamnya,hari ni rasa ok sikit.Alhamdulillah.

Info Tentang Buasir yang dipetik dalam internet:
Pembesaran janin tekan saluran darah pada rektum menyebabkan bengkak, sukar buang air besar IBU hamil dinasihatkan mendpat rawatan di hospitalatau klinik sebagai
langkah pencegahan buasir.

Buasir atau hemoroid boleh berlaku kepada sesiapa saja sama ada lelaki atau wanita tetapi risiko ibu hamil lebih besar berikutan faktor tambahan iaitu tekanan janin terhadap saluran vena (darah).

Perubahan hormon progesterone juga sering mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan. Berikutan kerja penghadaman yang semakin lambat, lebih banyak penyerapan berlaku menjadikan najis bertambah keras.

Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Jameaton Abdullah, berkata tubuh wanita mengalami proses biologi sepanjang kehamilan berikutan perubahan hormon sekali gus mudah diserang pelbagai penyakit termasuk diabetes, tekanan darah dan hemoroid.

Katanya, pembesaran janin dalam rahim akan menekan saluran darah pada kawasan rektum (dubur) menyebabkan ia mula membengkak. Tekanan otot dubur pada bengkak pula menyulitkan proses pembuangan najis malah pendarahan boleh berlaku apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Kebiasaannya, tekanan akan berkurangan selepas kelahiran membolehkan bengkak kembali surut. Kadang kala ia semakin teruk hingga buasir boleh terkeluar ketika proses meneran untuk melahirkan bayi, katanya.
Jenis buasir:

Terdapat dua jenis buasir yang biasa menyerang :
1.Buasir dalaman yang tertumpu di bahagian dalam saluran rektum serta luaran yang juga bengkak terjulur keluar dari lubang dubur.

Lazimnya, buasir dalaman atau prolaps tidak menyebabkan sakit atau gatal kerana ia terletak jauh di dalam saluran rektum. Namun kekerapan meneran ketika membuang air besar boleh mencederakan bengkak sedia ada seterusnya mengakibatkan pendarahan.

2.Buasir luaran pula cenderung kepada simptom sakit, pedih dan gatal. Andainya ia tersepit, bekalan darah ke saluran ini akan terhalang yang mencetuskan kesakitan berganda. Uniknya kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku serentak.

Begitupun, buasir tidak akan berlaku mendadak kerana prosesnya terjadi secara berperingkat. Tahap pertama barangkali hanya rasa gatal dan sakit tetapi jika tidak dirawat ia akan mencapai tahap kronik hingga berlaku pendarahan.

Pencegahan:

Dr Jameaton berkata, sebaik saja ibu hamil mendapatkan rawatan pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan, langkah pencegahan awal adalah memberikan mereka nasihat mengenai corak pemakanan sihat termasuk untuk mengelakkan buasir.

Antaranya mengetepikan makanan pedas serta mengutamakan kelompok makanan tinggi serat seperti buah, sayur dan bijirin. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari juga mampu mengelakkan sembelit.

Kaedah sama juga boleh diikuti biarpun selepas melahirkan walaupun sebilangan orang lama berpendapat minum air yang banyak kurang elok ketika menjalani proses berpantang, katanya.

Faktor kebersihan pula tidak harus dipandang ringan terutama penjagaan pada bahagian dubur. Individu digalakkan mencuci bahagian ini sekerap mungkin dengan sabun dan air bersih. Penggunaan julap tidak disarankan kerana akan memburukkan keadaan.

Dr Jameaton berkata, aktiviti berendam di dalam tab mandi berisi air suam selama 15 minit, dua atau tiga kali setiap hari bukan saja menyegarkan badan malah mampu mengecutkan bengkak rektum.

Katanya, bagi mengurangkan kesan bengkak dalam kadar segera, penggunaan garam mandian yang boleh didapati di farmasi atau butik kecantikan cukup membantu. Fungsinya sama dengan air suam yang bertindak balas secara langsung iaitu mengecutkan bengkak.
Kaedah rawatan:

Ada dalam kalangan pesakit memberi tanggapan buasir sekadar masalah biasa malah ramai antara mereka segan untuk mengakui situasi yang dihadapi. Namun dalam kes wanita mengandung, kebiasaannya panduan doktor mengi-ngatkan mereka supaya sentiasa berjaga-jaga.

Jika ibu berkenaan masih diserang buasir walaupun langkah pencegahan sudah diambil, rawatan konvensional akan dilakukan yang tidak membabitkan pembedahan. Penyakit ini bukan seperti diabetes atau darah tinggi yang memerlukan pembedahan kecemasan kerana membahayakan ibu dan bayi.

Beliau menjelaskan, buasir masih di bawah kategori penyakit biasa. Ibu hamil tidak perlu gusar atau malu berjumpa doktor untuk mengurangkan masalah mereka. Pada peringkat awal, mereka akan diberikan supposatomy untuk mengecutkan bengkak. Ubat melembutkan najis seperti lactulose juga membantu.

Biasanya bengkak akan surut dengan sapuan krim. Benzokin mengurangkan kesakitan atau noradrenaline yang mengecutkan salur darah. Salap petrolatum (gliserin) pula dapat mengekalkan kelembapan kawasan hemeroid.

Begitu juga selepas kelahiran, tekanan disebabkan pembesaran bayi membolehkan keadaan rektum kembali seperti sedia kala sekali gus menyusutkan bengkak. Kaedah pembedahan pula adalah langkah terakhir yang dilakukan sekiranya kaedah konvensio-nal tidak memberi kesan. Pembedahan rubber banding atau haemorhoidectomy dapat memulihkan pesakit,katanya.

Dr Jameaton berkata, penyampaian ubat kepada buasir secara terus amat penting untuk menjamin pemulihan. Ubat akan disapukan ke bengkak buasir luaran manakala dalaman menggunakan ubat supositori atau paip.
Rawatan tradisional:

Penggunaan herba dipercayai dapat membantu menyelesaikan masalah penghidap hemoroid. Ia diedarkan dalam bentuk tablet tetapi sebilangan pengamal perubatan tradisional menggunakan kaedah bertangas. Daun herba pelbagai jenis termasuk pegaga akan direbus di dalam periuk dan pesakit buasir dibiarkan duduk di atas periuk berkenaan mengikut jarak bersesuaian. Wap daripada herba terbabit dikatakan mampu mengecutkan bengkak. Amalan tradisional lain adalah penggunaan minyak gamat asli yang sering digunakan bagi menyembuhkan luka. Malah bagi pengamal tradisional, kuda laut kering dikatakan antara ubat buasir.
Serangan semula???

Jika individu masih tidak mempedulikan soal pemakanan atau kembali kepada gaya hidup yang kurang sihat, potensi buasir kembali menyerang begitu besar. Begitu juga selepas buasir dipotong, jangan abaikan kebersihan diri. Seeloknya jangan culas mengikuti nasihat doktor biarpun anda sudah disahkan bebas daripada buasir.

Tanda Buasir:

1.Bengkak yang ketara.
2.Gatal pada lubang dubur.
3.Kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar.
4.Berdenyut-denyut.
5.Sukar membuang air besar.
6.Berasa tidak selesa selepas berdiri lama atau mencangkung.
7.Keluar darah ketika membuang air besar.


Punca:

1.Tabiat pemakanan yang kurang elok.
2.Kurang minum air.
3.Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
4.Kurang bersenam.
5.Sembelit atau cirit birit.
6.Mengangkat benda berat.
7.Sentiasa duduk
8.Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
9.Cirit-birit
10.Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
11.Batuk yang teruk
12.Hamil
13.Bersalin

Selasa, 6 Disember 2011

Novel Akukan Novelis



Buku ini saya beli semasa pesta buku Karangkraf beberapa hari yang lalu.Melihat tajuknya,macam best tapi bila saya membacanya,Ya Allah…bosan teramat menyebabkan saya sendiripun tak tahu jalan ceritanya.Membelek-belek untuk mencari keistimewaan watak sebagai penulis tapi tak juga jumpa bahagian yang menarik.Cerita tentang dunia penulisannya hanya sedikit sahaja.Rupa-rupanya cerita ini yang berkisar tentang kehidupan seorang novelis yang ketandusan idea. Safiah cuba untuk cari idea tapi tak dapat-dapat. Dalam masa sama, dia sibukkan diri selesaikan masalah cinta Iza dan Helmi. Patutlah sikit saja hal-hal pores kreatif dan penulisan digarap dalam novel ini.Nampaknya penulis hanya menggunakan perlambangan sahaja tajuknya itu.Kebiasaannya novelis berjaya menyelesaikan semua konflik yang timbul kerana dia yang merencana watak-watak dalam ceritanya.Novel ini bukanlah cerita tentang liku-liku seorang novelis yang saya harapkan.

Rasanya tak sesuai tajuk itu kerana novel-novel lain yang lebih menyerlah penceritaaan tentang liku-liku seorang novelis pun tidak menggunakan tajuk sedemikian.Akhirnya dia menemui cintanya iaitu dengan Roul.Roul yang berambut merah dan mata merah memang bukan lelaki pilihan saya.Kerjanya sebagai pelukis bebas tiada masalah kerana tak semestinya watak hero mempunyai kerjaya yang hebat.Mungkin untuk menunjukkan Roul itu seorang pelukis bebas,maka karektornya berambut merah.Dari segi bahasa,memang saya tidak menyukainya kerana terdapat bahasa pasar yang agak ketara.Memanglah novel ini ditulis oleh remaja,tapi jika remaja yang masih dibangku sekolah didedah dengan tulisan sedemikian maka mereka akan terikut-ikut dengan gaya bahasa begitu dalam penulisan bagi subjek BM.

P/S:Maaf kepada penulis.Catatan ini sekadar lahir daripada hati seorang guru BM yang meminati dunia penulisan dan mahu menjadikan novel sebagai alternatif kepada pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa dengan baik.Hal ini demikian kerana subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah saya telah diungguli oleh pelajar perempuan India yang sangat suka membaca novel.

Isnin, 5 Disember 2011

Novel Diari Seorang Guru



sinopsis bahagian belakang novel
Antara catatan yang dimuatkan dalam novel ini.

Sudah lama saya membaca novel ini.Memandangkan tidak menjumpainya di kedai buku,saya memesan melalui pos daripada Alaf 21.Gaya penulisan yang tidak pernah dijangka oleh sesiapa.Novel dalam bentuk catatan diari.Jika seseorang itu pandai menulis,sebenarnya dia juga boleh menjadi penulis kerana catatan dalam bentuk diari juga diterima oleh pembaca.Membaca novel ini mengingatkan saya pengalaman mengajar di pedalaman Sabah.Mungkin sama daerah dengan penulis.

Watak utama cerita ini iaitu Kamaliah,banyak mencoret tentang sikap guru-guru lama di sekolah, pengalaman minggu pertama berada di sekolah, kesibukan dan kebuntuan memikirkan teknik pengajaran dan ABM yang sesuai dan paling menarik, hubungan dengan rakan guru di sekolah, keseronokan dan kekecewaan dalam mengajar, masalah keluarga di rumah.
Pengalaman tersebut telah saya rasai sewaktu tempoh praktikum yang lalu.Mungkin penulis buku ini ialah seorang guru, malah tidak mustahil cerita ini sebuah kisah benar, yang mungkin benar2 berlaku pada penulis. Jika bukan seorang guru, atau paling tidak, pernah menjadi seorang guru, mana mungkin beliau dapat bercerita tentang ABM, tentang set induksi dan kepentingannya, tentang hati seorang guru dalam menilai pengajarannya, tentang penyediaan soalan peperiksaan yang harus memenuhi semua aras kognitif dalam taksonomi Bloom!

Apa-apapun,cerita ini agak menarik.

















Novel Penghujung Rindu-S.Hawa

Saya beli novel ni masa ke Pesta Buku Karangkraf dengan harga RM 3 saja.Harga sebenar RM 10.Bila terpandang saja nama S.Hawa,saya terus ambil buku ni sebab saya sudah membaca sebuah novel karyanya sebelum ini.Ok saja novel tersebut.Ingatkan boleh kenal siapa S.HAwa ni tapi tiada apa-apa latar belakangnya di bahagian novel ni.Saya membaca novel ni masa berada di PPUM.Dalam tempoh dua jam,saya dapat habiskan membacanya.

Farha, gadis yang selama ini mempercayai ketiadaan ibunya sejak bertahun lalu, tidak dpat menahan rasa apabila mengetahui cerita rekaan tersebut palsu belaka. Keputusan dibuat, ibu yang dikatakan telah tiada perlu dicari. Tidak ada siapa yang dapat menahannya. Untuk itu,dia telah ke Sabah untuk menjejak ibunya.Sabah memang saya tahu.Nama-nam yang disebut dalm novel memang tidak asing bagi saya.Novel sebelim inipun penulisnya menggunakan Sabah sebagai latar tempatnya.Mungkin Sabah merupakan tanah kelahiran penulis ini.

Semasa tiba di KK,Farha telah bertemu dgn Adam secara tidak sengaja.Pertemuan ini berjaya merungkai persoalan yang terpendam selama ini kerana melalui Adam,dia mendapat tahu bahawa orang yang dicari-cari selama ini mempunyai hubungan dengan Adam yang juga merupakan anak buah ibunya.Dia menumpang di rumah kedai milik Adam sebagai pengurus Restoran Seri Selera untuk menjalankan misinya.Semasa menumpang di rumah kedai tersebut,Farha telah cuba menyiasat perkara pelik yang sering berlaku di restoran tersebut yang bertujuan untuk cuba mensabotaj restoran milik ibunya Puan Noor.Dia mendapat tahu ada dalang dalam restoran ibunya setelah terjumpa nota yang dikirimkan kepada neneknya.Dia cuba menyiasat siapakah dalang di sebalik kejadian tersebut dan bagaimana dalang tersebut boleh bersubahat untuk menjatuhkan ibunya.

Akhirnya dia menemui jawapannya iaitu Betty.Betty telah mendapat upah daripada nenek Farha untuk memastikan usaha Puan Noor mengukuhkan kedudukannya dengan mengusahakan restoran tidak berjaya.Hal ini demikian kerana nenek Farha bimbang Puan Noor akan mengambil Farha dan tinggal bersamanya. Saat dia ingin meninggalkan Keningau,dia menulis satu nota kepada ibunya.Perjalanannya ke KK terbantut apabila ribut berlaku dan kejadian itu memberi kesempatan kepada Adam untuk mencarinya setelah Adam menemui nota yang ditinggalkan oleh Farha kepada ibunya.Walau bagaimanapun,Farha dan Adam akhirnya mempunyai hubungan yang istimewa kerana Adam tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita lain seperti yang disangkakan oleh Farha.

Ujian Air Gula

Saya ke PPUM lagi hari ni untuk buat ECHO.Temu janji jam 8 pagi tapi bertolak jam 8.10 pagi.Macam mana tu?Alang-alang dah ke PPUM,hari ini juga cadangnya saya akan membuat ujian gula.Sepatutnya ujian ni dah dibuat masa temu janji lepas tapi gula pula kehabisan.Lawaklah pula...gulapun boleh habis.Bila dah minum air gula barulah saya akan ke Menara Utama untuk buat ECHO.Barulah tak buang masa.Itulah yang ada dalam fikiran.

Bila dah sampai sana jam 9.30 pagi,saya terus ke Bahagian Ibu Mengandung untuk buat ujian gula.Bila saya tunjukkan borang yang diberikan kepada saya semasa temu janji dulu,jururawat bertanya:puasa tak hari ni?Puasalah,saya jawab.Borang ni tak payah puasa.La...macam tu pula.Dulu,semasa saya tak puasa tak boleh buat pula.Kena puasa.Macam-macam kerenah betullah jururawat di sini.Entah macam mana,saya boleh terberitahu akan ke Menara Utama selepas minum air gula.

Masa nilah saya diberitahu tak boleh ke mana-mana kecuali ke tandas sahaja setelah minum air gula untuk mengelakkan gula terbakar.Macam tu pula.Apa-apapun ,saya tiada pilihan lain melainkan minum dulu air gula,dua jam kemudian barulah buat ECHO.Sebelum minum air gula,darah diambil dulu.Gerunnya bila tengok jarum.Bila jarum dicucuk ke lengan,saya pandang ke arah lain.Macam itulah selalunya.Nasib baik sekejap saja dah siap ambil darah.Selepas diambil darah,barulah minum air gula yang berperisa oren.Dulu,tak ada pun perisa ni.Air gula pun warna putih saja.Ya Allah,rasa nak termuntah bila nak menghabiskan air gula tu.Nasib baiklah tak termuntah dan beberapa kali teguk,dapat habiskan air gula tu.Semasa menunggu dalam tempoh dua jam untuk mengambil darah sekali lagi,terpaksalah termangu di klinik tu.Nasib baiklah ada bawa novel untuk dibaca,taklah bosan sangat.

Jam 12.05 barulah saya ke MU untuk buat ECHO.Kena pergi ke tingkat 1 dulu untuk buat pengesahan,baru naik tingkat 4.Sampai sana dah jam 12.20 tengah hari.Kakak yang berada di kaunter tu minta datang jam 2 petang sebab dah tak sempat.Terpaksalah saya ke Menara Timur lagi untuk makan tengah hari.Tadi pun memang dari MT.Bila dah sampai ke gerai makan di MT,tiada menu yang menarik pula hari ni.Perutpun rasa macam dah kenyang minum air gula semug besar tadi.Akhirnya,burger dan roti juga yang jadi santapan tengah hari.

Bila dah habis buat ECHO,lama juga menunggu suami datang.Hari ni masa banyak dihabiskan dengan menunggu saja.Nasib baiklah dah cuti sekolah.Kebetulan suami beli lauk untuk makan malam,patin masak tempoyak...kegemaran tu.Sejuk sikit hati.Kalau tidak,membengkak je.Bila dah sampai rumah,barulah perasan peti sejuk bersih semacam je semasa nak simpan lauk ikan patin tu.Rupa-rupanya suami dah bersihkan peti sejuk semalam selepas balik dari beli barang-barang dapur.Memang sejuk terus hati yang membengkak sejak pagi tadi kerana lewat keluar dari rumah.Alhamdulillah...dah lama nak bersihkan peti sejuk ni tapi selalu tak jadi.Hari ni selesai satu masalah.

Ahad, 4 Disember 2011

Fiesta Buku Karangkraf 2012



Kepada sesiapa yang belum berkesempatan,bolehlah luangkan masa.Masa ni saya sudah dalam pantang.Simpan saja hasrat ni untuk masa akan datang.

Fiesta Buku Karangkraf 2011



Hari ni berkesempatan jalan-jalan ke Shah Alam.Selama pesta buku diadakan di Karangkraf,tak pernah pula berkesempatan berkunjung ke sana.Semenjak tinggal di Sungai Buloh ni ini kali pertama saya ke pesta buku.Semasa di Shah Alam dulu,saya kerap juga pergi ke pesta buku yang diadakan di PKNS.Alhamdulillah,hari ni diadakan didalam auditorium yang berpendingin hawa.Sebelum ni diadakan di luar bangunan.Kami pergi berempat,dalam kesesakan orang ramai memang sukar juga nak mengawal anak.Sukar juga nak memilih buku.Biasanya saya akan ambil masa yang lama membelek-belek buku tapi kali ala kadar saja.Terpaksalah buat giliran memilih buku.Dalam banyak novel saya hanya memilih novel karya penulis yang digemari saja kerana bimbang buku yang dibeli tidak seronok dibaca.Buku yang belum ada di pasaran pun ada diskaun.
Resit saya dan suami.Suami memilih buku tentang tanaman berbanding saya yang gemarkan novel...Rasa berbaloi juga kerana dapat jimatkan Rm 50 kerana diskaun yang diberikan.

Sabtu, 3 Disember 2011

Kali Ketiga Baru Jadi...

Suatu petang,Ammar yang baru balik dari kedai menghulurkan saya sekeping kertas.Risalah jualan lelong perabot jati daripada Galeria Nusantara rupa-rupanya.Dia yang memang sudah ada minat menghias rumah memang tahu citarasa saya.Biasanya ada saja kain rentang di tepi jalan sebelum masuk ke kawasan perumahan saya jika ada jualan lelong tapi kali ini saya tidak nampak pula kain rentang seperti sebelum ni.Nasib baiklah ada risalah ni.Kali ni sata tekad nak menjengah ke jualan lelong tu kerana ada beberapa perabot kecil yang dirasakan sesuai untuk ruang di sisi pintu dan tangga.Nasib baiklah suami kali ini sporting.Nasib tak baik,masa kami pergi masa cuti Maal Hijrah,premis tersebut tidak dibuka.Dahlah susah nak mencari tempatnya kerana kami tidak biasa dengan premis tersebut walaupun dalam perumahan yang sama.Lama juga kami berpusing-pusing di kawasan sekitarnya.Hari kedua,premis tidak juga dibuka kerana masih cuti umum untuk Maal Hijrah.Hari ketiga pula,lepas asar baru kami berkesempatan menjengah ke premis tersebut.
Kerusi yuyu(RM80) yang baru dibeli terpaksa digandingkan dengan meja anggur kerana kesesuaian ketinggiannya.Kerusi anggur pula nampak sesuai dengan rak berlaci tiga yang baru dibeli tu(RM120)...Tiada idea lagi untuk meletakkan barang yang sesuai di atas meja anggur tu...
Tiada idea lagi untuk meletakkan barang yang sesuai di atas rak ni(RM99)Harga sebenar RM 150...Menyesal pula beli satu saja,kalau beli dua,boleh juga buat meja di sisi di dalam bilik...

Risalah lama...

Jumaat, 2 Disember 2011

Perpustakaan Mini

Susahnya nak mencari rak buku yang sama.Akhirnya terpaksalah buat keputusan cari rak buku yang sama tinggi dan sama bilangan ruangannya.Rak buku ini sebenarnya ada pintu di bawahnya tapi tak ada pilihan,terpaksalah beli supaya seragam kedudukan buku.Taklah sakit mata memandang.Memang perpustakaan mini menjadi antara ruang yang mesti ada dalam rumah saya.Itulah impian sebelum memiliki rumah.Jadi,untuk melangsaikan hasrat hati,wujudlah perpustakaan mini di ruang keluarga tingkat atas di samping berperanan sebagai ruang menonton.Kalau nak diikutkan hati,mahu rasanya memenuhkan ruang ini dengan satu lagi rak buku supaya taklah bermasalah bila semua ruang dah penuh,tapi suami dah bersuara.Lagipun nak rapatkan rak buku hingga ke pagar,bimbang pula sebab pagarnya tak tinggi sangat.Jika anak-anak panjat rak buku tu,masalah lain pula yang timbul.Nak letak tv di tengah-tengah rak buku tu pun saya kurang berani kerana rak buku tersebut terpaksa dialihkan rapat ke pagar.Jika begitu, risikonya amat tinggi.Biarlah dulu keadaan seperti itu.
Pintu dah dibuka dan ruang penyimpanan telah disamakan dengan kedudukan almari lama.
Sudah siap menyusun majalah dan buku.majalah yang banyaknya
Rak novel yang dibeli semasa cuti Deepavali lepas.Ruangannya hanya muat novel saiz Alaf 21 saja.Beberapa buah novel yang panjang sedikit,tidak muat untuk diletakkan di sini.Dua buah rak kesemuanya
Di sini juga saya himpunkan gambar-gambar keluarga.Sesuai dengan peranan ruang keluarga.

Hiasan Dinding Menawan



Rasanya memang pelbagai dekorasi ada di dinding rumah saya.Rak kecil ada,perhiasan lamapun ada.Minimumkan hiasan pun dah saya terapkan apabila menghias tapi dipandang,tak juga menarik.Macam mana tu?Apalah yang tak kena ye?