Ahad, 24 Mei 2015

LADAP KOKURIKULUM

Hari Ini Dalam Sejarah...OOO...Bukan Hari Ini Dalam Sejarah tapi Semalam Dalam Sejarah kerana aktiviti ni dijalankan semalam.Yang sejarahnya kena belajar berkawad.Kebiasaannya murid yang berkawad tapi semalam cikgu pula kena berkawad.Kebiasaannya juga jika pelajar berkawad untuk menyertai pertandingan,cikgu bukannya ajar pun tapi setakat memerhati saja.Mereka yang uruskan sendiri.Biasanya pelajar yang seniorlah yang bantu.Kawad yang biasa pun dah berdebar-debar,ini kan pula nak buat formasi.Alhamdulillah,ok saja latihan semalam.
Ladap ni ada 3 sesi semuanya..

Ceria saja pagi ni walaupun hari Sabtu...7.30 pagi dah sampai di sekolah...cikgu yang tudung kuning tu baru naik sekolah setelah bercuti 3 bulan,terlajak gembira dia...

Senamrobik dulu...


 Berkawad pula.Gambar kumpulan lain kerana tiada gambar gambar untuk kumpulan sendiri

tiga kumpulan yang ambil bahagian,dapat nombor dua...oklah tu..

Sesi asas mempertahankan diri pula.Cubaan untuk melepaskan diri.Banyak demonstrasi ditunjukkan.




Slot ketiga pula asas rawatan kecemasan.Jika terkena air panas,alirkan air ke tempat yang terkena selama 20 minit...
gunakan buku untuk ampuh tangan yang patah

ampuhkan tangan ke dalam bahagian butang baju untuk lebih keselesaan ...

Selasa, 19 Mei 2015

Sambutan Hari Guru 2015-Kembali ke Sekolah

Masa tema Hari Guru ni diumumkan,ramai yang mengeluh hingga ada yang terfikir nak mengelak pada hari tersebut.Macam tu sekali penangan tema Hari Guru 2015 ni.Makin dekat sambutannya,guru-guru makin rancak mencari pakaian yang sesuai.Masa hari kejadian,alhamdulillah...hanya beberapa orang saja yang berpakaian tidak mengikut tema tapi tidak ketara sangat.Alang-alang dah berbaju sekolah yang hanya untuk sehari,hingga balik seragam tu dipakai walaupun ada aktiviti di padang selepas itu.Hari Isnin lalu boleh dikatakan hari bergambar sedunia kerana rata-rata guru bergambar.
Pagi-pagi lagi,guru yang sampai awalpun segan nak turun dari kereta.Saya yang sempat sarapan roti dalam kereta tiba-tiba perasan rakan sebelah menjengah ke arah saya.Segan nak turun rupanya-rupanya.Kemudian,saya lihat seorang pengawas lalu dan melangkah agak laju.Siapakah tu?Bila sampai di pejabat,barulah tahu rupa-rupanya ustazah.Pelajar yang nampak dah mula ketawa.Segan juga sebenarnya,tambahan pula tudung tak berapa nak jadi.Rimas betul bila kerap kena baiki tudung.Makanya,malas nak 'berselfie' dengan telefon sendiri.Mana-mana rakan yang berselfie,kita tumpang sekaki saja.Nak diceritakan,memang banyak nak ditulis,tapi biarlah lensa daripada rakan-rakan saja yang bercerita.Sesungguhnya,kenangan itu tetap tersimpan dalam hati.


guru sejarah t3...3 daripada 4 orang guru...







pembawaan pelajar tingkatan 1...

sama umur...

sketsa...guru jadi pelajar,pelajar pula jadi guru








barisan pengawas sekolah


tingkatan 1 Delima


tapak perhimpunan sebelum majlis bermula.ambil kedatangan pelajar dulu..








Isnin, 18 Mei 2015

Persediaan Hari Guru

Menunggu pagi,mata dah mengantuk tapi belum dapat lelap.Bukan kerana tak sabar nak menunggu esok tapi disebabkan dah minum kopi.Kononnya nak menyambung penandaan kertas sejarah tapi tercapai juga.Masa banyak dihabiskan dengan kerja-kerja rumah yang tak selesai-selesai juga.Tudung sekolah juga tak mahu jadi-jadi.
Moga esok menggamit kenangan yang indah...

Jumaat, 8 Mei 2015

Cuchi Tunnel

Terowong Cuchi merupakan tempat persembunyian orang Vietnam daripada musuh semasa perang.Kami  juga ditunjukkan perangkap yang ada.Tak tahu nak bercerita.Biarlah gambar bercerita.




tempat persalinan seragam askar













berjaya melalui terowong yang gelap dalam tanah  ...

Di kawasan itu juga ada kedai cenderahati.Ini antaranya tapi puas sebenarnya masuk ke kedai cenderahati ni kerana banyak pggan hiasan.