Jumaat, 8 Mei 2015

Menyusuri Sungai Mekong

Perjalanan dari hotel ke Sungai Mekong mengambil masa satu jam setengah apabila melalui lebuh raya yang baharu berbanding sebelum ini memakan masa dua jam.Lebuh raya yang baharu ini bebas daripada motosikal.Jika ada motosikal di jalan raya,kenderaan mesti berhati-hati kerana kebanyakan motosikal di sini dipandu perlahan.Kami dibawa oleh pemandu pelancong yang dipanggil Tu.Setelah selesai membeli-belah,barulah kami dibawa menyusuri Sungai Mekong.Di jeti,terdapat juga lot-lot kedai yang menjual pelbagai beg dan barangan cenderahati.Di Sungai Mekong,terdapat beberapa buah pulau dan kami singgah di salah sebuah pulau yang ada tapi saya tidak tahu pula namanya yang dihuni lebih kurang 3000 orang penduduk.Di sini,terdapat lagi gerai yang menjual pelbagai jenis beg seperti di jeti tadi tapi saya tidak pula cuba untuk membandingkan harganya.Di sini kami dijamu minum teh yang dicampur dengan madu selain dijamu buah-buahan dan melihat proses membuat gula-gula kelapa.Semasa dijamu buah-buahan,kami dihiburkan oleh penyanyi tempatan.Mereka juga ada menyanyikan lagu-lagu Melayu.
Kemudian,barulah kami dibawa menyusuri alur yang terdapat di pulau tu dengan sampan.Kebanyakan mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pelancong kerana tips yang diberikan oleh pelancong merupakan pendapatan mereka.Sampan yang kami naiki didayung oleh wanita yang agak berumur dan seorang lelaki.Semasa dalam perjalanan,sempat lagi wanita tersebut menunjuk rumahnya yang agak uzur di tebing alur.Tak pasti pula niatnya tapi memang timbul pula rasa simpati dengan keadaannya.Ternyata hidup mereka agak kedaifan tapi masih berusaha keras untuk mencari rezeki.




tangan mesti berpegang pada kayu itu untuk mengelakkan tercedera kerana sampan kerap 
berlanggar antara satu sama lain

alur yang sempit inipun masih boleh dimanfaat oleh mereka untuk mencari rezeki

hasil kerja tangan mereka 





menunggu buah dihidangkan

tips untuk penyanyi    





wanita gigih yang ada 5 orang anak..

masa perjalanan balik,kami dihidangkan air kelapa.buah kelapa dipotong oleh pemandu pelancong kami,seorang wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan