Sabtu, 31 Januari 2015

Jualan Murah Lagi di Jakel

Baru saja bercadang nak ke Jakel kerana nak cuba meninjau untuk beli langsir renda tempoh hari.Cadangnya nak tema hijau pula untuk ruang tamu,kebetulan dapat mesej ni.Memang sesuai sangatlah nak terjah Jakel masa ni.Cuti sekolah bulan lima nanti dah boleh jahit kalau tak sibuk dengan penandaan kertas  peperiksaan pertengahan tahun.
Hari ni hingga esok juga ada Karnival Karangkraf dengan 80% ptongan harga untuk buku-buku terpilih.Nampaknya,esoklah masa yang sesuai untuk cuci mata ni

Selasa, 27 Januari 2015

Lain Yang Dicari,Lain Yang Pula Yang Dapat...

Aktiviti selepas balik sekolah semalam
agak  menyeronokkan walaupun hanya menerjah kedai menjual peralatan rumah saja.Semuanya gara-gara kerja menghias kelas yang belum selesai lagi.Memandangkan semalam saya berada di kelas sendiri masa terakhir dan pelajar sesi petang pula mengikuti perhimpunan rasmi di dewan,makanya saya meminta beberapa orang pelajar untuk menyiapkan papan kenyataan kelas.Dapatlah mengemas kain yang dipasang di papan kenyataan dan memasang 'border' untuk pembahagi mata pelajaran.
Memandangkan kain jc yang saya beli untuk dipasang di papang kenyataan kelas,keadaan kain menjadi memeri apabila ditarik dan menyebabkan kain tidak tegang dan berlipat.Nak dibuka dan dipasang semula,bimbang pula situasi akan menjadi lebih teruk.Maka,terdapatlah bahagian yang tidak sedap dipandang mata.Pertama kali beli kain jc ni dan rasanya sudah serik kerana agak sukar nak melekatkannya di dinding.
Pelajar cadangkan supaya menampal pelekat bunga.Sebab itulah yang cuba mencari bunga tu di kedai yang berhampiran perumahan.Masa ke Diy tempoh hari,tak terfikir pula nak membeli pelekat bunga ni.Nasib tak menyebelahi,tak adalah pula pelekat bunga tu sedangkan sebelum ni banyak sangat di kedai tu.
Terpaksalah saya menapak ke kedai lain dan terjumpalah kain renda hijau ni.Satu-satunya saja yang ada dengan harga RM 3.90.Ukurannya lebih kurang sama juga seperti yang ada di Kedai RM 2.Dah elok sangatlah ni,tak perlu beli di Jakel yang agak mahal tu.
Dah jumpa kain renda,jadi makin semangat nak menambah kole hijau yang pernah dibeli sebelum ini di kedai sebelahnya.Makanya,kedua-dua bahagian tempat gantung cawan dah penuh dengan kole hijau.
Tak dapat nak selesaikan masalah untuk menghias kelas pun tak mengapalah,sekurang-kurangnya bahagian untuk deko rumah yang menjadi terapi diri dapat dilaksanakan.

Kole tak cukup satu,tumpang kole yang dibeli di Daiso dulu..
Jika dapat seragamkan warna hijau untuk cawan-cawan yang lain tu akan nampak lebih menarik

Antara dua kole hijau yang dibeli di Daiso ni pun memang dalam kepala untuk dijadikan koleksi tapi bila dah jumpa yang lebih murah,memang perlu berjimatlah

yang ni antara yang disukai tapi ada Bone China pula..

Nota kaki:Banyak kole yang disimpan kerana ada tulisan 'Bone China'.Terfikir juga,bolehkah disimpan tu?

Ahad, 25 Januari 2015

Ikan Keli Masak Asam Pedas

Idea nak masak ikan keli masak asam pedas ni kerana anak suka makan ikan keli.Bila goreng,meletup-letup pula.Dahlah nak masak ikan asam pedas ni selalu tak jadi kerana ikan keli tak ada.Dah beberapa kali daun kesum kering dalam peti.Bila dah ada,cubalah masak.Dua ekor lagi saya masak,padahal suami tak makan ikan keli.Bila dah ada anak,masak ikut selera anak saja sebab malas nak masak banyak lauk.Makanya,taklah pedas sangat masakan yang dimasak.untuk suami,dia suka makan sambal belacan Adabi yang bekas warna merah.Itulah yang kena ada.
Rupa-rupanya masakan asam pedas ni tak disukai oleh Ammar dan Adib.Disebabkan dah beberapa kali daun kesum kering,saya letaklah banyak sikit daun kesum.Bunga kantan pula dua batang sebab yang lama  tu macam dah kering sikit.Dahlah mahal bunga kantan sekarang ni.Untuk orang dewasa macam saya,suka sangatlah banyak daun kesum,boleh dibuat ulam juga.Tapi rasanya agak kuat menyebabkan anak-anak tak suka.Cerita Upin dan Ipin yang menyebut sayur tak sedap tu memang kuat dalam fikiran mereka.Ikan keli pun Ammar tak suka.Nampaknya ikan keli goreng saja yang sangat  disukai dua beradik ni tapi kitalah pula yang susah nak memasak.Sebelum sempat tutup kuali,kadang-kadang minyak dah terkena tangan.
nampak agak berminyak kerana saya tumis dulu.Cili giling menggantikan cili kering

Nota kaki:Masak dalam Vision lebih senang.Bila nak makan,angkat saja periuk tu di atas meja.Tak perlu nak masukkan daalm mangkuk.

Ke The Strand Lagi...

Lepas gotong-royong kelas semalam,sempat lagi saya cuci mata di The Strand,Kota Damansara.Dahlah jalan sesak masa pergi dan balik di tempat pembinaan jalan raya(MR2?)Tak pastilah pula.Reda sajalah.Masa pergi cuti sekolah tempoh hari,ok saja jalannya.
Semalam,saja pergi untuk singgah di Mr Diy dan Daiso.Di Mr Diy,jumpalah kertas A4 berwarna yang 100 helai tapi hanrganya hanya RM 5.++ saja.Memang murah pun.Itu memang dah tahu tapi disebabkan tak bercadang nak ke sana,terpaksalah beli kertas A4 berwarna di kedai buku.Mahal sikitlah harganya.Di kedai RM 2 pun ada tapi warna yang pucat saja.Yang beli di Mr Diy ni memnag garang,untuk hias kelas memang menyerlah sangat.Dapat juga beli 'border' yang tak cukup di papan kenyataan bahagian belakang kelas.Yang paling tak tahan,jumpa KD yang warna hijau yang ditampal di bilik bawah.Bilik bawah belum sempurna lagi tapi bila dah sekolah buka,kerja menghias tertangguh saja.Kena tunggu cuti Raya Cina pula kerana cuti seminggu.
Bila dah masuk ke Diy,memang habislah duit.Selalunya lebih RM 50 walaupun barangnya murah tapi tangan suka saja ambil barang.
Bila ke Daiso,barang yang diborong di Diy dah satu plastik besar,senang hati saja saya letak di tepi dinding dalam Daiso.Orang dalam Daiso agak ramai juga bila hari minggu.Kalau hari bekerja,seorang dua saja yang ada.Bimbang juga kalau-kalau pekerja Daiso marah,tapi selamba saja letak barang di dinding depan Daiso.Bila dah nak ke kaunter,tengok barang yang diletak tadi dah tak ada.Cuak juga.Takkan ada orang ambil?Bila sampai di kaunter,penjaga kaunter beritahu,mereka simpan di kaunter kerana bimbang orang lain ambil.Baguslah macam tu.Tak terfikir pun nak letak di kaunter.Kalau ke Mr Diy Setia Alam pun macam tu juga.Selalu saja kalau nak masuk ke situ,barang dah banyak.Biasanya tinggal saja di luar sebab bersangka baik,takkan ada orang lain nak ambil.Nanti,bolehlah cuba tanya sama ada boleh atau tidak tinggalkan barang tu di kaunter.Kalau tak boleh,memang tak mesra alamlah macam tu...
Bila nak keluar dari The Strand pula,saya tersalah masuk jalan,tak pasal-pasal bertembung dengan kereta lain.Dari jauh,saya angkat tangan dan mereka tunjuk jalan yang betul dan beri laluan untuk keluar.Nasib baiklah kereta ada lesen besar, P.Haha.P tu dah lama luput tapi saja tak nak tanggalkan.Bila kes macam ni,taklah malu sangat.
kalau ada yang ini,mana tempat yang sesuai nak letak ni?

pameran perabot...seronok ni jika ada buaian macam ni tapi mesti harganya mahal...



Nota kaki:seronok kerana jumpa ramai orang yang 'sporting' walaupun KD klasik tu tak ada lagi.

Sabtu, 24 Januari 2015

Pra Hias Kelas

Slogan kelas.seragam saja tulisannya,ceria dan mudah ditampal


Mesin laminat yang dibeli dengan harga RM 99.Sesuailah untuk kegunaan setahun sekali

Kerja-kerja yang dilakukan pada hari Khamis.Dah dua hari kerja menghias kelas dilakukan tapi belum siap-siap lagi.Geram nak buat sendiri saja tapi kena bersabar juga.Mereka perlu diajar untuk hias dan penuhkan maklumat dalam kelas.

Rabu, 21 Januari 2015

Kole Hijau untuk Hijaukan Dapur

Disebabkan tak ada rezeki nak menghijaukan dinding bawah kabinet dapur,maka alternatif lain pula perlu dilakukan untuk hijaukan dapur.Dengan adanya kole ni,harap-harap elemen hijau boleh diserlah di dapur ni.Masa ke Jakel tempoh hari,ada nampak kain renda dan rasanya sesuai untuk dijadikan alas tempat simpan mangkuk tapi tak sempat pula nak beli kerana hujung tahun hari tu saya demam seminggu.Harap-harap akan ada lagi jualan murah di Jakel.
Suka warna ni kerana sama dengan cawan dan jar Tupperware yang ada.Saiznya sesuai pula dengan jarak penggantungnya.

Kosong saja bahagian bawahnya.biasanya kole yang cantik-cantik,ada 'Bone China' yang buat was-was nak guna...

Murah saja pun...RM 2.60

Ahad, 18 Januari 2015

Susun Atur Selipar

Suami yang biasa susun atur selipar di luar rumah.Kadang-kadang,bising dengan anak-anak kerana letak kasut sekolah bersepah.Ini tak semua selipar yang ada.Selipar yang lain diletak di dalam rak supaya tak bersepah di luar rumah sedangkan lima orang saja penghuni rumah tapi selipar yang ada di luar membayangkan ramai sangat penghuninya.


Aktiviti Hujung Minggu

Ini bukan aktiviti biasa saja tapi bekerja di rumah.Rutin yang selalu dibuat di rumah bagi seorang yang bergelar guru.Ada juga orang yang tak melakukan kerja sekolah di rumah.Bagi saya,tak membawa balik kerja sekolah pada hari minggu akan menyebabkan diri makin tertekan kerana kerja makin bertambah tapi kerja yang lama masih juga tak siap-siap.Sememangnya nak balik lambat semata-mata nak menyiapkan kerja yang ada memang tak ada dalam diri saya.Susah nak cekalkan hati untuk bertahan lama di sekolah selepas waktu sekolah.
Sejak semalam lagi saya cuba siapkan maklumat untuk Buku Rekod Mengajar.Tahun ni merupakan tahun kedua penggunaan folder bagi BRM.Tahun lepas,saya hanya cetak yang kosong dan menulis tangan saja maklumat yang diperlukan tapi kali ini semua maklumat yang diperlukan untuk BRM akan ditaip dan disimpan untuk tahun depan pula.
Semalam dan hari ni juga saya cuba menyiapkan hal-hal yang berkaitan dengan SPBT tingkatan 4.Mencetak maklumat untuk kelas memandangkan hari Jumaat ni sudah bermula gotong-royong untuk kelas.Mencetak peta pemikiran untuk digunakan sebagai maklumat mata pelajaran di papan kenyataan belakang kelas.


Kata-kata yang akan ditampal di dinding kelas.Belum dilaminat lagi.Mesin laminat memang dah beli.Kertas warna dan kertas bunga memang perlu ada dalam simpanan terutamanya pada awal tahun..

Tahun ini merupakan tahun yang ke-14 saya menjadi cikgu.Selama itulah tugas sebagai guru tingkatan disandang.Tak ada masalah pun menjadi guru tingkatan,cuma agak penat jika menjadi guru kelas bagi kelas tercorot kerana kerenah mereka agak berlainan sedikit dengan pelajar lain.Apa-apa pun reda saja dengan kerja ni.
Dua tahun saya menjadi guru tingkatan bagi kelas tingkatan 4 yang hampir corot.Pening kepala juga dibuatnya.Remaja yang sedang meningkat naik.Majoriti tak minat belajar tapi datang ke sekolah.Jadilah guru di dalam kelas sebagai pengasuh mereka.Bila tiba bulan Ogos,hampir sepuluh orang telah berjaya dibuang sekolah dan dipujuk supaya berhenti sekolah.Masa ni memang seronok kerana pelajar yang bermasalah dah tak ada.Jika tidak,susahnya nak mulakan kelas kerana masing-masing tak diam. 

Sabtu, 17 Januari 2015

Sabun Mandi untuk Cuci Seragam Sekolah Putih

Pernah juga mendapat tahu sabun buku digunakan untuk mencuci baju seragam putih tapi belum praktikkan selalu.Kalau dah masa malas nak menyental,saya tuang klorok saja.Rendam dalam sejam,kemudian terus cuci.Kadang-kadang saja ada mood rajin nak menyental baju putih.
Baru minggu pertama persekolahan,maka baju anak-anak masih ok.Kebiasaannya bahagian leher dan hujung lengan yang perlu disental.Bila menggunakan sabun mandi,aktiviti menyental menjadi mudah.Biasanya,saya gunakan Vanish,pencuci Amway  dan pencuci Cosway serta peluntur.Tapi,dengan sabun mandi yang tak berapa mahal pun,kerja mencuci baju sangat mudah.Harap-harap,minggu yang seterusnya pun kerja menyental baju menjadi mudah sebegini.
Gambar,sumber google...

Susun Buku

Tahun lepas saya dah mulakan meletak pelekat di buku untuk membezakan buku-buku pelajar.Saya mengajar bahasa Melayu yang mengkehendaki pelajar mempunyai lima buah buku setiap pelajar.Saya pula mengajar dua kelas.Memang perlu membezakannya kerana buku- buku pelajar sering bercampur aduk.Habis warna untuk membeli pelekat bagi membezakannya.
Nampak warna sama saja.Tak semua buku dipungut setiap minggu kerana kena fikirkan juga tempat letaknya dan kekangan masa untuk menanda buku..

Melihat blog(tak pasti tajuk blognya) yang dikongsikan di fb ni,terfikir juga untuk membuat begini bagi buku Ammar.Rasa-rasanya tak perlu pelekat tu ditampal begitu,boleh saja samakan pelekatnya kerana dah dibezakan dengan warna..

Khamis, 15 Januari 2015

Adib Lompat Kelas


Sebelum makan,mereka akan beratur di luar kelas dan makanan di kantin disediakan untuk mereka.Tak perlu nak beratur untuk membeli.Hingga sekarang,Adib memang tak pandai gunakan duit yang diberikan tapi bila ke kedai,pandai dia mengambil barang yang dikehendakinya.
Bersama-sama rakan yang lain sedang makan pada waktu rehat.Mereka akan dipantau oleh beberapa guru mereka.

 Disebabkan Adib ada sedikit ciri Autisme,dia ditempatkan di Kelas Khas.Tahun ni,dia telah melompat satu paras,sepatutnya berada di Paras Dua tapi ditempatkan di Paras Tiga.
Alhamdulillah,moga dia terus berjaya.

Nota kaki:Tak perlu rasa malu jika anak ada kekurangan,tapi sepatutnya mengambil tindakan untuk merawat kekurangan yang ada supaya mereka boleh berjaya seperti orang biasa. 

Bila Nama Panjang

Rutin tahunan yang agak malas untuk dilakukan ialah menulis nama anak di buku-buku yang ada :buku tulis dan buku teks.Kalau anak sendiri yang menulis namanya di buku,kita nak tengok pun tak berapa nak berselera.Jadi,kerja menulis nama di buku tu belum boleh diserahkan kepada anak.Makanya,inilah jalan penyelesaiannya,gunakan cap.Harganya RM 24.

Ahad, 11 Januari 2015

Selamat Kembali ke Sekolah


Azam tahun ni tak nak kerap tukar beg sekolah kerana makin banyak beg yang tersadai dalam bilik.Makin menyemak bilik jadinya.

Beli Mingguan Wanita-Percuma Kalendar


Dah lama saya tak membeli majalah MW sejak ruangan Rumahku Syurgaku dah tak menarik tapi hari ni bila terpandang kalendar yang dapat percuma dengan pembelian majalah tu,memang tak fikir panjang.Terus saja beli.

Sabtu, 10 Januari 2015

Resepi Ikan Masak Asam Pedas

Dah lama saya mencari resepi ikan masak asam pedas ni.Masakan ni selalu dimasak oleh mak masa remaja dulu.Saya yang hanya tukang kacau-kacau masakan di dapur hanya ingat-ingat lupa saja cara memasaknya.Nasib baiklah jumpa resepi ni.Dah dua hari nak  cuba memasaknya tapi tak jadi-jadi kerana stok ikan memang bukannya selalu ada di rumah.Jadi,resepi ini untuk disimpan dulu.Bila dah ada ikan,bolehlah cuba.Selalu ikan keli digoreng saja,kali ini boleh dimasak asam pula.Sumber resepi ni, di sini.

Bahan-bahan:
@ikan siakap/keli/kembung/ - cuci bersih 
* ulas bawang merah
* inci kunyit hidup
 * lengkus muda
* biji cili padi merah  
* cili kering dikisar (rebus cili kering dan kisar)
@1 kuntum bunga kantan
@daun kesum –
@asam keping
*3 cawan air sedikit gula, garam dan aji - sebagai perasa

Cara-cara memasak:
1. Tumbuk atau kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
2. Masukkan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi beserta dengan asam keping, cili kering, bunga kantan dan daun kesum. Masak hingga mendidih.

3. Kemudian masukkan ikan. Perasakan sesedap rasa, biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masak dengan api perlahan agak isi ikan masak sekata dan tidak hancur. Masak sekita 8-10 minit saja 

Diari 2015

Tiba-tiba jadi dua.Tersalah cetak,makanya yang warna putih tu dah jadi muka depan untuk Buku Catatan Mesyuarat.Daripada terbuang,lebih baik digunakan.Diari untuk tahun ni bertemakan hijau.Kalau ada kertas bahagian dalam yang warna hijau lagi sesuai tapi memang tak ada kertas warna hijau dalam simpanan,maka cacamarbalah kertas untuk bahagian dalamnya.Agak tebal jika yang asal tapi saya hanya cetak bahagian-bahagian yang dianggap penting dan akan dicontengkan saja.Yang penting,nama empunya tercatat di situ.Itu yang mahalnya.Belum sempat nak ke kedai lagi,maka belum dibinding lagi.Moga-moga akan dimanfaatkan sepenuhnya nanti.

Cuci Periuk dengan Sabun Mandi

Periuk ni berjelaga sedikit kerana dapur bermasalah.Kotoran tak seberapa,bila menggunakan sabun mandi,kerja-kerja menyental taklah sukar sangat tapi kuali yang dah lama digunakan,
susah juga nak menyentalnya.Belum berjaya lagi menyental bontot kuali yang hitam kerana perlukan kekuatan mental untuk menyental seputih-putihnya.Nampak dalam fb agak mudah tapi apabila nak membuatnya,tak semudah yang kita lihat dalam gambar.

Rabu, 7 Januari 2015

Kek Versi Buku

Penghujung tahun,saya kena demam.Tiga hari tak bangun-bangun.Alhamdulillah,penangguhan sesi persekolahan membolehkan saya mengembalikan tenaga yang hilang.Dalam pada itu jugalah masa diambil untuk menyempurnakan keperluan sebelum buka sesi persekolahan.
 kek jimat bajet yang ditempah sebelum demam.Kek hari lahir Akmal dan saya dicantum menjadi satu dalam bentuk buku.Hanya RM55 saja dibuat oleh rakan sekolah.Tak ada acara potong-memotong pun kerana badan masih tak sihat masa ni