Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

Jumaat, 18 November 2016

PAJSK

Rutin biasa hujung tahun bagi guru kelas,selesaikan markah PAJSK atas talian.
Alhamdulillah tahun ni sekali buat dah siap markah PAJSK ni kerana talian belum sibuk.Jika dah ramai yang buat,memang akan ternanti-nanti pusingannya...


Cerita tahun lepas..


Jumaat, 14 Oktober 2016

Aktiviti PPIM Hari Puteri 2016

Biar gambar saja berbicara...





Selasa, 26 Julai 2016

LADAP KOKU 2016

Tiba-tiba ada catatan Ladap 2015 kerana nak dibandingkan dengan LADAP 2016 yang baru dijalankan pada 23 Julai lalu.Sekarang,Ladap 2016 paling mencabar kerana terpaksa mengharungi sungai yang laju airnya,membuat flying fox dan melalui kawasan hutan yang tiada treknya untuk jungle tracking sedangkan kecerunannya agak tinggi.Agak bertuah kumpulan kami terpaksa mengharungi sungai sebanyak 3 kali sedangkan dua kumpulan lagi sekali saja.
Sebelum aktiviti bermula,semestinya pokok rambutan yang sedang masak ranum tu menjadi rebutan.Bila selesai,kami dijamukan buah durian..Memang kenyang saja sepanjang berada di sini.













Sabtu, 23 Julai 2016

Isnin, 9 Mei 2016

Puisi dan Lagu

Cerita lama...23hb 4 lagi tapi pengalaman yang manis sepanjang mengurus peserta puisi dan lagu.Puisi mesti direka dahulu dan dilagukan dengan melodi sendiri.Bahagian ni tak ada masalah tapi bila nak cari peserta,alahai susahnya nak dapatkan komitmen daripada semua peserta yang seramai 7 orang saja pun.Pada hari Rabu,beberapa hari sebelum bertanding baru dapat peserta yang kekal.Walaupun tak menang,yang pastinya kami dapat pengalaman yang manis.

Ni baru peserta sekolah saya yang bertanding..


Sedang berlatih juga ni peserta dari sekolah lain.banyak pemuzik jalanan hari ni.mana-mana tempat mereka menunggu,di situlah mereka berlatih..

Berlatih sikit sebelum mula


Suasana sekitar.kerusi tak banyak di depan pentas,penatnya berdiri..penonton dari atas..

Inilah rupa yang gantung-gantung tu...duit syiling rupanya




Pelajar ni tingkatan 5.Pelajar dah tinggi daripada cikgu...



Masa latihan.Tiap-tiap hari balik jam 5 petang.Penatnya badan.