Penggemar barangan antik pula sekarang ni.Layan sajalah..
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Memaparkan catatan dengan label Koleksiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksiku. Papar semua catatan
Selasa, 14 Februari 2017
Memburu Pinggan Lagi
Jumaat, 20 Jun 2014
Pasu Sarawak
Dah lama berhasrat nak mengumpul pasu yang cantik-cantik.Selama ni memang ada pun simpan dua pasu kecil yang biasa-biasa tapi tersorok dalam kabinet pula kerana tak ada tempat nak peragakan. Apabila lihat gambar masa di Tuaran,Sabah masa bujang-bujang dulu,keinginan untuk memiliki pasu seperti yang dalam gambar tu sangat tinggi macam mengidamlah pula.Belum sempat nak minta bantuan rakan yang masih tinggal di Sabah untuk membelikannya,tiba-tiba ada orang nak nak menjual pasu Sarawak dalam fb deko-deko.Rezekilah ni setelah dah lama mencari orang yang menjual pasu secara on line.
![]() |
| tak sangka, zaman bujang2 dulu saya masih pakai baju kurung apabila keluar berjalan-jalan.sekarang mana nak kenal baju kurung dah kalau tak masa kenduri atau pergi kerja... |
![]() |
| pasu yang tinggi RM25.. |
![]() |
| pasu kecil sikit RM 8.kos penghantaran RM 14 kerana pasu dipos dari Bangi sahaja..kalau beli di Sarawak,kos penghantaran lebih mahal... |
![]() |
| letak di atas kabinet dapur ni supaya selamat daripada mainan anak-anak.agak terlindung sikit terutamanya yang rendah tu.dekat nak raya,baru akan ditinggikan sikit kedudukannya tu.. |
Rabu, 28 Mei 2014
Koleksi Teko Baharu
Saya membeli teko ini untuk kegunaan harian setelah teko yang selalu digunakan telah lama pecah.Apabila dah sampai ke tangan,cantiklah pula,terus tak jadi nak guna.Apatah lagi dengan cawannya yang sesuai sangat,tak besar dan tak kecil sangat sesuai untuk kegunaan jika ada orang bertandang.
Nota kaki:rakan-rakan bertanya apabila nampak teko ni:nak guna ke untuk hiasan saja?Mereka pun dah tahu saya suka mengumpul barang untuk hiasan...
Jumaat, 21 Februari 2014
Portmeirion Botanic Garden Bertambah Lagi
Dah lama saya pesan pinggan ni.Kononnya nak guna duit kutu tapi dah habis sebelum barang yang dikehendaki sampai ke tangan.Penghujung bulan Januari baru sampai.Tadi baru ambil.Malam-malam mengemas kabinet untuk simpan pinggan ni kerana tak ada tempat selamat nak diletak.Pinggan ni kategori kelas kedua kerana ada sedikit kesan hitam di pinggan.Jadi,harganya sangat murah jika dibanding dengan harga yang pernah saya beli dulu.
Sikit sangat kesannya.Cuci dengan jari pun boleh hilang kesan hitam tu.Disebabkan harganya murah,memang nak guna saja pinggan ni,tak nak simpan-simpan tapi pamer dulu sebeum guna.Bila nak guna,ambil saja dari rumahnya.
Inilah cuci mata,cuci duit setelah penat berkerja dan terpaksa berkerja pada hari Sabtu tiga kali berturut-turut.Ada dua kali sabtu lagi.Lepas Raya Cina ni terpaksa berkerja pada hari Sabtu lima kali berturut-turut.Hari Ahad mula sibuk dengan urusan rumah pula.Nasib baiklah ada hobi ni.Hilang duit,tak apa asalkan hilangkan stress.
![]() |
| kesan hitam kelihatan ... |
![]() |
| mangkuk yang kecil ni RM 220 satu set(6 keping)mangkuk ni sesuai untuk makan bubur |
![]() |
| mangkuk nasi yang besar tu RM150...mangkuk nasi baru saja dibeli kerana ada stok... |
![]() |
| tempat yang harga murah...gambar di kotak... |
Ahad, 21 Julai 2013
Koleksi Novel
Semasa mula-mula terpandang rak ni di Tesco,saya dah jatuh hati tapi tak beli.Lepas tu,mulalah rasa bersalah.Selepas itu,saya membeli 3 rak ini.Satu lagi belum dibuka kotaknya lagi.Sekarang,entah apa angin yang melanda tiba-tiba semangat nak memenuhkan rak ni dengan novel-novel sangat membara.Satu rak dah penuh manakala satu rak lagi hanya tinggal para saja lagi.
Novel di para yang ketiga belum dibaca lagi kecuali Asam Pedas untuk Dia.Cerita tu sangat best kerana saya boleh mengalirkan air mata walaupun membacanya hanya melompat-lompat.Berpuluh-puluh novel saya beli dalam masa yang terdekat ni sama ada pesan melalui Kedai Buku,Karangkraf Mall dan kedai duku di sekolah.
Tak puas hati membeli di Karangkraf Mall kerana caj RM 20 dikenakan berdasarkan beratnya,maka saya ke sana sendiri.Dapat pula diakaun 15%.Saya memang dah ada kad Karangkraf,maka dapatlah 30% diskaun.Dalam banyak penerbitan novel,memang tidak dinafikan novel penerbitan Alaf 21 memang digemari.Apabila membaca SSID(novel-novel yang lain tidak pasti), saya dapati novel penerbitan Karya Seni hanya untuk santai.Jika banyak novel sebegitu,bahasa remaja kita akan hancur kerana banyak bahasa pasar digunakan tetapi tulisannya dicondongkan.Usaha yang bagus untuk membezakan bahasa standard dengan bahasa pasar.
@@Bertanggungjawab menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa tersebut hanya sesuai untuk santai dan berbual saja,bukan untuk ditulis dalam kertas peperiksaan.

Khamis, 20 Disember 2012
Koleksi Hadiah Percuma
Tanpa disedari,banyak hadiah percuma yang memang digunakan dalam rumah terutama pinggan mangkuk.Ada lagi jug air rebina,sunquick..Jug tu digunakan juga.Jug Tuperware disimpan saja sebab tak telus pandangan...
![]() |
| dah jadi pinggan makan Adib sekarang setelah pinggan dari menu kitchen telah pecah |
![]() |
| hanya koleksi suami semata-mata.dia juga nak buat koleksi di dapur... |
Rabu, 19 Disember 2012
Pinggan Corell dan Botanic Garden
Semalam agak sibuk menyiapkan modul BM tingkatan 3 hingga tiada masa nak buat catatan.Hari ni qada...bukannya nak berbangga dengan koleksi yang sedikit tapi sekadar nak berkongsi kerana ada rakan bertanyakan mengenai pinggan corelle.Saya membelinya semasa projek perumahan saya sedang naik.Rumah diduduki,saya sudah ada set pinggan mangkuk untuk digunakan.Tak perlu nak pening-pening cari pinggan tapi terbeli juga pinggan milamin Leno...
![]() |
| masa mula-mula beli secara bayaran kutu.RM 300 satu set.Masa ni pada 2008 untuk digunakan harian.hanya jenis ini saha yang dibeli walaupun pinggan makannya agak leper... |
![]() |
| tak kesampaian lagi nak menggunakan pinggan ni kerana sayang...teko sahaja RM 320.beli masa harga biasa... |
![]() |
| beli dua set lagi untuk dapatkan cawan ni...bayaran secara kutu,tak terasa sangat tapi sudah mahal berbanding masa beli pada 2009 dulu...apabila diteliti cawannya,alamak!Cacatnya... |
![]() |
| tak cantiknya,melekat begitu kerana digam |
Ahad, 9 Disember 2012
Gajet Sekarang
Banyak pilihan gajet sekarang sama ada yang asli,tiruan,mahal atau murah.Terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana-mana asalkan bersesuaian dengan kewangan. Jangan pula sampai biar papa asalkan bergaya. Sekadar mengingatkan diri sendiri.
![]() |
| hanya ini milik saya.bersyukurlah dengan ada telefon ini, mudah untuk akses internet dan dapat ambil gambar lebih banyak gambar... |
Khamis, 22 November 2012
Mesin Jahit
Dah lama saya membeli mesin jahit ni.Harga tunai RM745 dan jika membeli secara ansuran boleh mencecah seribu lebih.Maka,saya membelinya secara tunai setelah mengambil masa yang agak lama untuk mencari mesin jahit seperti ini.Baru sekali menggunakannya.Sekarang disimpan dalam bilik stor kerana hari menjahit belum tiba lagi.Banyak pakaian yang perlu dibaiki tetapi perasaan malas sangat menebal.
Sebelum ini,saya mempunyai mesin jahit yang seakan ini cuma jenamanya bukanlah Singer tetapi "Juki" jika tak silap.Mesin jahit ni agak berat hingga tak larat nak mengangkatnya apabila nak digunakan.Saya membelinya dengan harga seratus lebih sahaja di Makro Shah Alam masa itu.Sekarang Makro telah bertukar menjadi Tesco Extra.Disebabkan terlalu berat dan jahitannya agak kurang baik,saya telah menjualnya dengan harga RM 5 sahaja.MAsa itulah baru saya tahu beratnya 15 kg.

Jumaat, 2 Mac 2012
Penggemar Set Minuman Kecil
Saya sudah jadi penggemar set minuman kecil pula.Hingga kini gelas ni hanya disimpan di kabinet dapur saja.Jika dah banyak,mesti beli rak gantung pula untuk pamerkannya.
Comelnya Bekas Minyak
Gara-gara menonton rancangan 5 rencah 5 rasa di tv 3 jam 11.30 setiap Isnin,saya tertarik dengan penggunaan bekas kecil untuk mengisi minyak masak.Rasa tidak berbaloi mengangkat bekas minyak yang besar tetapi hanya sedikit minyak yang digunakan.Bila jalan-jalan ke Central Mart,terpandang bekas ni,cantik juga.Tanpa berfikir panjang,saya rembat dua.Satu untuk disimpan,dan satu lagi untuk digunakan.Bekas sekecil ni memang sesuai untuk mengisi minyak yang sering digunakan bagi tujuan menumis.Taklah terasa beban nak mengangkat bekas minyak seperti ni.
Isnin, 3 Oktober 2011
Idaman Hati...
Set minum petang 20 unit pinggan vantage Givenchy yang menjadi hadiah bagi ruangan Setia Bersama sudah lama menjadi idaman.Sudah lama saya siapkan satu rencana pendek mengenai dekorasi di rumah namun belum diemelkan kerana berasa gambar hiasan rumah yang diambil kurang menarik.Petang tadi,setelah pulang dari sekolah saya menyambung kerja mengambil gambar bagi beberapa sudut di rumah yang berwajah baharu bersempena hari raya.Kali ini ada cerita yang agak menarik di sebalik gambar-gambar yang diambil dan diketengahkan dalam rencana pendek tersebut.Masalahnya, rencana pendek saya telahpun disiarkan pada penghujung bulan Disember 2009 yang lalu.Kemungkinan rencana ini tidak akan dilayan kerana dihasilkan oleh orang yang sama agak tinggi peratusnya.Walau apa-apapun, saya hanya cuba sahaja kerana manalah tahu rencana pendek ini menarik untuk disiarkan lagi...
Selasa, 10 Mei 2011
Pinggan Hiasan
Ada teguran daripada jiran-jiran,'banyaknya pinggan hiasan".Nak buat macam mana, hati dah berkenan nak buat koleksi pinggan hiasan.Rasanya ada dalam 30 semuanya.

Isnin, 2 Mei 2011
Cuti Hari Pekerja:Masa Terisi
Lama sungguh saya tidak bertandang ke rumah alam maya ini. Kesibukan pada bulan April memang terasa.Pertandingan pantun, latihan rumah sukan, persatuan, menggubal soalan peperiksaan, menghantar buku semakan dan masalah disiplin pelajar merupakan rutin baharu pada bulan April.Tiga hari bercuti sempena Hari Pekerja memberi ruang kepada saya untuk menyiapkan banyak kerja sekolah.Jika orang lain tidak mahu membawa balik kerja ke rumah kerana ingin menikmati cuti sepenuhnya, namun bagi saya,membawa balik kerja sekolah ke rumah sudah menjadi rutin pada hujung minggu apatah lagi jika musim sibuk seperti ini.Cuti tiga hari dinikmati bersama kerja sekolah dan kerja rumah yang perlu disiapkan.Dalam melaksanakan rutin harian seperti membasuh,memasak,mengemop lantai, dan mengelap habuk-habuk, sempat lagi saya mengetuk dinding rumah.Apa lagi,menghis rumahlah pula.Itulah satu-satunya terapi yang boleh menghilangkam stress kini.Tidak perlu pergi keluar rumah untuk mengambil angin atau mencuci mata, aktiviti dalam rumahpun boleh juga menghilangkan stress.
Tiba-tiba sahaja pagi Isnin ni idea datang untuk memanfaatkan pinggan hiasan yang sudah lama tersadai kerana ragu-ragu nak menggunakannya.Setelah saya perasan ada gambar orang kena salib(secara tidak jelas) pada pinggan hiasan,saya sudah tidak menggunakannya lagi.Maka,statusnya sebagai pinggan hiasan sudah dilucutkandan ditempatkan di bakul sampah.Suami pula yang menyimpannya.Maka, tak jadilah nak membuangnya.Hari ini datang pula ideal nak menghias ruang dinding yang dilihat masih kosong. Kebetulan, saya memang nak meletakkan gambar di dinding tersebut, maka kenalah tempatnya pinggan hiasan itu digunakan untuk melekatkan gambar pada permukaannya.
Setelah saya menunjukkan hasil kreatif, suami pun tidak kurang juga ingin menunjukkan bakatnya yang suka bertukang.Inilah hasilnya.Bila ditanya, nak buat apa,macam biasalah rahsia.Tunggu jelah bila betul-betul dah siap nanti, ke mana dia nak letakkannya.

Langgan:
Catatan (Atom)