Selasa, 28 Julai 2015

Peti Ais Pun Jadi Mangsa Deko

Dah lama nak tukar lapik pinggan dengan pelekat ni.Hujung minggu tempoh hari baru sempat kerana buat awal-awal pagi.Jam 5.30 pagi peti ais dah dikerjakan.Orang lain,bangun awal pagi untuk siapkan sarapan tapi saya pula mengemas rumah.Tak perlu nak kalut buat sarapan pagi-pagi kerana kami hanya makan roti bakar saja.Kalau rajin sangat barulah masak untuk sarapan.
dah lama kd ni ditampal untuk menutup cela

lapisan plastik yang mesti dibuang.susahnya nak buka plastik tu

bahagian bawah  memang dibiarkan tak dilekat supaya mudah untuk melihat isi dalamnya


nampak kelas coraknya bila dialas dengan lapik pinggan

nota kaki:tak pasti dapat bertahan berapa lama

Jumaat, 24 Julai 2015

Mood Raya Masih Suam-suam Kuku

Salam raya yang kelapan.
Sudah seminggu raya tapi persiapan raya masih dalam proses.Memang mood ke laut tahun ni.Malam tadi baru bentang karpet di ruang tamu.Bahagian-bahagian lain masih belum disempurnakan.
Dah lama juga ruang kopi ni terbiar.
Bunga bulat tu dibeli di kedai dekorasi sekitar perumahan saja.RM 20,tak pastilah sangat mahal @ tidak.Setakat ni belum sampai lagi di Kaison...


Rabu, 22 Julai 2015

Raya Kedua:Misi ke Eco Shop RM 2

Selepas balik dari kubur,kami menghala ke bandar Jerteh.Banyak perubahan yang berlaku.Sudah ada Mr Diy,dua lot kedai lagi tu.Kedai Sakan pun dah ada.Memang dua tempat ni saya suka singgah.
Masa nak singgah di Kedai Eco ni,suami tanya:"nak beli apa?" "Tengok-tengok je",saya jawab tapi dalam kepala memang ada barang yang nak dicari.Bila dah masuk,memang tak sahlah kalau tak ambil bakul.Dua plastik juga memborongnya.Nasib baiklah suami tak bersuara.Puas hati sebab dari tahun lepas lagi mata dok intai kedai ni tapi tak jadi-jadi nak masuk.Memang betullah moto kedai Eco ni:Beli sekali pasti kembali.Memang terasa nak pergi lagi tapi bukan di Besutlah,nak cuba masuk yang ada di Rawang pula.
inilah barang-barang yang dicari.mesti beli

Masa ke Super Save tempoh hari,botol ni berharga hampir RM 5 rasa-rasanya.

Nasib baik tak jadi beli

jumpa pelekat ni.borong semua dua corak tu

Kedai Eco Shop di Selangor

Selasa, 21 Julai 2015

Syukur Syawal,Inikan Raya

Memandangkan cuti raya tahun ini agak singkat,pada mulanya saya taklah teruja sangat nak balik ke kampung,apatah lagi bila memikirkan kesesakan lalu lintas yang bakal ditempuh.Saat-saat akhir,suami memutuskan untuk balik ke Terengganu dahulu.Maknanya,dua tahun berturut-turut saya berhari raya di Besut dahulu.Alhamdulillah.
Kami bertolak pada lewat petang hari Selasa.Saya hanya memasak nasi goreng sebagai juadah berbuka puasa.Kami bertolak jam 6 lebih dan masuk waktu maghrib semasa sampai di tol Gombak.Perjalanan sangat lancar tetapi tidak pasti pula sama ada sudah ramai atau tidak orang yang balik ke kampung kerana jalan tidak sesak.Bila sudah melepasi tol,baru perasan agak ramai juga orang yang sudah pulang ke kampung apabila nampak mereka 
berhenti untuk berbuka puasa di tepi-tepi jalan.Kami masih meneruskan perjalanan.Bila sampai di Hentian Gambang,barulah kami berhenti untuk solat dan makan.Jam 3 pagi barulah sampai di rumah kakak sulong.Sudah lama juga kami menjadikan rumah kakak sulong sebagai tempat persinggahan bila raya setelah rumah mak disewakan.Pada mulanya memang terasa sayang bila rumah mak disewakan tetapi jika dibiarkan kosong,rumah tu dimasuki pencuri dan penceroboh cuba untuk mencuri perkakas rumah pula.Maka,itulah penyelesaian yang terbaik.
bila pakaian tidak sedondon,nampak kurang menyerlah serinya.in sya Allah,tahun depan dan tahun-tahun berikutnya mesti sedondon

terserlah sedondonnya keluarga kakak kedua.anak-anaknya seramai 5 
orang semuanya perempuan..

kakak masak soto untuk hari raya pertama dan Nasi Dagang pada hari raya kedua.memang aksi Akmal macam tu.sengaja pejam mata bila berselfie
keluarga abang nombor dua.abang sulong tiba pada hari raya kedua dan adik pula pada petangnya

bila berjumpa dengan sepupunya,memang suka main..main bola masa ni

Raya Kedua
Sesi ziarah-menziarahi kurang aktif untuk keluarga saya.Tak pasti pula sebabnya.Mungkin juga kerana balik pun dalam masa yang agak singkat di samping agak lama meninggalkan kampung halaman dan tidak biasa dengan kejiranan di perumahan kakak.Makanya,hari raya hanya untuk berjumpa dengan adik-beradik yang lain.Petang nanti saya akan mula bertolak ke Selangor,seperti biasa,saya akan ke bandar untuk mencari barang-barang keperluan.Biasanya suami suka beli ikan kering di sini kerana air tangan orang tempatan.Bila memasuki bandar,terasa lain sikit kerana jalan tidak sesak.Kebiasaannya agak susah nak masuk ke bandar.Mungkin disebabkan harga minyak naik dan GST,ramai yang tidak balik ke kampung?Tak pasti pula.Paling teruja,dapat singgah di Eco Shop RM 2.


rutin setiap tahun,hanya menziarahi abang dan sepupu sahaja.nak ke rumah 
kawan-kawan,memang tak sempat kerana balik pun sekejap sahaja.

mengintai angsa yang dipelihara...

sempat balik ke kampung halaman.pemandangan depan rumah yang memang ada bendang..
perjalanan balik ke Selangor,lalu jalan pantai sebelum sampai ke LPT.


Selasa, 7 Julai 2015

Balang/Bekas Biskut Raya

Tahun lepas,gigih saya mencari bekas biskut raya setelah pecah satu akibat dibaling oleh Akmal tapi tak juga jumpa-jumpa.Makanya,memang reda dengan 3 beradik sahaja yang tinggal.
Untuk raya kali,usaha mencari ganti bekas biskut tu belum disambung tapi bila dah rezeki,Alhamdulillah...semalam terjumpa di Home Mart tanpa diduga-duga.Tujuan asal ke sana hanya nak mencari penyangkut baju tapi terjumpa benda lain pula.Walaupun harganya agak mahal,RM35 untuk satu set tapi alang-alang dah lama mencari,tutup mata sahajalah.
Ada pelekat di bahagian atas penutupnya 

Ada dulang..penutupnya agak kedap.ada satu lagi yang berpenutup bahagian dalam tapi kurang kedap sikit

Pelekat dah dibuka supaya telus ke dalam...


Ahad, 5 Julai 2015

Kaison Setia City Mall

Teringinnya nak jalan-jalan ke sini tapi memandangkan semua orang nak membeli-belah sempena raya,baik tangguhkan dulu.Tak seronok jalan-jalan masa ramai orang,lebih-lebih lagi masa puasa.Layan sajalah gambar yang saya ambil daripada Kaison ni buat cuci-cuci mata.




Sabtu, 4 Julai 2015

Anjung Seri

Memang tak percaya apabila majalah Anjung seri nak diberhentikan seketika penerbitannya kerana 
BP dalam proses pertukaran pengurusan.Memanglah pejabat BP tidak segah Karangkraf tapi majalah AS memnag digemari.Teringat lagi bila dua kali saya ke sana untuk menuntut hadiah daripada majalah AS.Bila dah mengikuti deko di laman sosial,sudah setahun saya tidak membeli majalah AS lagi.Tambahan pula,rak buku di rumah sudah penuh,memang masalah jika tabiat membeli majalah diteruskan.Perkhabaran beberapa hari lepas tentang nasib majalah AS ni sangat mengejutkan.Apa-apa pun moga majalah ni akan diteruskan walaupun setelah berada bawah pengurusan yang lain.




Jumaat, 3 Julai 2015

Persiapan Raya

Cepatnya masa berlalu.Sudah pertengahan puasa.Seperti tahun-tahun lepas,masa sekarang memang kalut di sekolah dengan pelaksanaan PT3 Sejarah.Minggu depan pelajar perlu siapkan semua tugasan.Maka,cikgu-cikgunya keraplah pinjam-meminjam masa guru lain untuk mengejar pelajar supaya dapat menyiapkan tugasan seperti yang dikehendaki.Bila dah ada penambahan masa,memang sangat penat terutamanya pada bulan puasa seperti ini.Sampai di rumah,memang akan lena dulu sebelum ke dapur.
Sehingga kini,memang tak ada masa nak mengemas rumah untuk raya.Nak deko-deko,lagilah tak sempat.Nasib baiklah baju Melayu untuk anak-anak dah beli lama.Pada bulan April lagi di Hari-Hari.Nasib baik dapat beli yang ok.Jika lambat,tak dapatlah nak cari yang agak baik sikit.Untuk baju Melayu anak-anak,saya memang beli yang bukan cekak musang kerana anak-anak cepat panas.Tema tahun ni warna-warni kerana nak kitar semula sampin yang hanya pakai sekali setahun.Jadi,sampin tak perlu beli,pakai saja yang mana-mana ada.Setelah GST,ternyata baju Melayu agak mahal.
Biskut raya?Biasanya tak beli banyak kerana tiada orang nak makan.Beli ala kadar sahaja.Biasanya banyak beli kerepek kerana itu pilihan yang digemari.Nak buat biskut raya?Jangan mimpi di siang hari.Di rumah ni memang tak ada oven.Oven bukan satu kemestian,apa tah lagi bila tak ada tempat nak letak di dapur.Memang tak terfikir nak membeli oven pun sekarang ni.
Akmal dah pakai kerana nak mencuba.Nasib baik lengan seperti itu,tak perlu dijahit bila lengan agak panjang kerana boleh dilipat dan butangkan

antara baju Melayu yang ada di Aeon Big Kota Damansara masa dalam cuti tempoh hari.


Khamis, 2 Julai 2015

Pencuci Mulut yang Mudah

Entahlah nama apa ni..jeli,cendol dicampur dengan susu cair dan air gula Melaka

Saya suka dengan idea ni.Pada mulanya,disebabkan terdapat lebihan susu cair dan gula Melaka yang sudah dimasak untuk dimakan dengan cendol,saya cuba makan dengan jeli.Jeli sentiasa beli kerana anak yang kecil suka makan jeli.Sedaplah pula.Memang jimat masa kerana tak perlu masak,hanya tuang saja ke dalam mangkuk,dah boleh makan.Jenuhlah pula mevariasikan pencuci mulut ni semata-mata nak menghabiskan susu cair yang memang tak boleh simpan lama.