Dalam mencari idea ingin mengubah wajah tempat penyimpanan bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan bahan basah yang mudah berhabuk kerana tempatnya sangat terbuka, barulah teringat bahawasanya saya ada rak tarik sebegini yang hampir setahun tak digunakan.Apabila bahagian kabinet ini diikat dengan , memang tak dibuka langsung hingga lupa tentangnya.Tali yang kelihatan tu merupakan tali yang digunakan untuk mengikat kabinet ini.Jika tidak diikat, Akmal akan tarik dan memanjatnya ke 'table top' .Nak tunggu dia besar, memang lama lagi.In sya allah, balik dari sekolah hari ni akan diusahakan untuk ke tempat membuat penghadang dapur.Idea penghadang dapur sebelum ni cantik kurang sesuai untuk ruang sempit seperti dapur saya.
Rak ni memang mudah untuk ambil barang kerana ditarik sekali dengan pintunya tetapi agak susah nak membersihkan bahagian kiri,kanan dan hujungnya
Ada 3 tingkat, bahagian pertama bolehlah disusun stok makanan seperti rempah sup.Bahagian kedua makanan dalam tin dan bahagian bawah digunakan untuk menyimpan bekas-bekas plastik.
Nota kaki:Tak sabar ni nak fungsikan sepenuhnya 6 buah laci yang ada....