Ahad, 3 Ogos 2014

Raya di Kuala Selangor

Kerap pula balik ke Kuala Selangor raya kali ni.Hari Khamis kerana nak beraya. Jumaat pula disebabkan majlis akad nikah anak buah dan dan Sabtu pula majlisnya menyebabkan badan sangat penat.Kertas PT3 juga tidak dapat ditanda sepenuh hati.Antara tuntutan untuk menghubungkan silaturrahim dan menyelesaikan tuntutan kerjaya,hati rasa berbelah bahagi.Nak tak nak terpaksa jua sedangkan fikiran tak senang mengingatkan kerja yang tertangguh.
Ada hikmahnya juga kenduri kahwin diadakan musim perayaan macam ni.Boleh juga berjumpa dengan biras-biras  lain.Dah lama tak berkesempatan beraya dengan biras dari Bota ni kerana kami selalu balik ke rumah mentua tidak sama waktu.Masa saya ada di rumah mentua,dia beraya di Bota.Bila saya beraya di Besut,dia pula datang beraya di rumah mentua.Makanya,setahun sekali saja jumpanya.Itupun bukan waktu raya.
Semalam kebetulan hari lahir anak sulungnya(perempuan bertudung tu),maka adalah sedikit sambutan.Untuk anak-anak,memang mereka menuntut sekurang-kurangnya sebiji kek.Rasa hati memang dah nak balik lepas maghrib kerana dah penat melayan kerenah Akmal yang lasak dan tak tahu nak diam,tapi ditahan juga hingga jam 9 malam.






Lepas kenyang,main bunga api pula.Layan lagi kerenah Akmal yang tak tahu nak main tapi nak main juga.



Nota kaki:tahun ni Akmal makin lasak.setiap kali ke rumah orang untuk beraya,pintu mesti ditutup,kalau tak ,tak tahulah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan