Memaparkan catatan dengan label Autisme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Autisme. Papar semua catatan

Khamis, 15 Jun 2017

Dah 8 Hari Puasa

Akmal dan Adib.Beza umur mereka 4 tahun.Alhamdulillah,Akmal yang akan genap 6 tahun pada penghujung tahun nanti sudah berpuasa 8 hari.Abangnya Ammar pun dulu memang mula berpuasa sejak umur 6 tahun.Macam abangnya,Akmal juga merengek untuk sampai waktu berbuka,pukul 6 memang dah masanya tapi bila dipujuk-pujuk,mampu pula bertahan hingga berbuka.
Berbeza dengan abangnya Adib,abangnya ni belum berpuasa lagi malah dia masih tidak faham lagi maksud puasa.Bila dia makan,mesti dia akan pelawa abang dan adiknya.Setelah diingat-ingatkan,bila dia nak makan,Adib akan bertanya dulu sama ada boleh makan atau tak.Kadang-kadang bimbang juga jika adiknya yang berpuasa akan turut makan bersama-samanya.Jika gambar diambil masa dia makan,dia sudah tahu malu.Alhamdulillah,dah ada perasaan malu.

Nota kaki:Adib paling awal yang tak sabar-sabar untuk makan masa berbuka.Reda dengan dirinya yang dikategorikan sebagai istimewa.

Khamis, 15 Januari 2015

Adib Lompat Kelas


Sebelum makan,mereka akan beratur di luar kelas dan makanan di kantin disediakan untuk mereka.Tak perlu nak beratur untuk membeli.Hingga sekarang,Adib memang tak pandai gunakan duit yang diberikan tapi bila ke kedai,pandai dia mengambil barang yang dikehendakinya.
Bersama-sama rakan yang lain sedang makan pada waktu rehat.Mereka akan dipantau oleh beberapa guru mereka.

 Disebabkan Adib ada sedikit ciri Autisme,dia ditempatkan di Kelas Khas.Tahun ni,dia telah melompat satu paras,sepatutnya berada di Paras Dua tapi ditempatkan di Paras Tiga.
Alhamdulillah,moga dia terus berjaya.

Nota kaki:Tak perlu rasa malu jika anak ada kekurangan,tapi sepatutnya mengambil tindakan untuk merawat kekurangan yang ada supaya mereka boleh berjaya seperti orang biasa. 

Selasa, 25 November 2014

Alhamdulillah

Dua minggu lepas,Ammar beritahu dia dapat nombor 7 dalam kelas.Bila mendengarnya,saya memang tak percaya kerana  semasa pertengahan tahun,dia mendapat nombor yang corot.Tempat tercorot dan sekarang melantun dalam kategori 10 tertinggi,agak mustahil.Nasib baiklah teringat tentang SAPS.Sekarang,tak perlu tunggu laporan daripada guru,ibu bapa sendiri boleh tahu keputusan anaknya melalui internet.
Bila buka slip keputusan dalam SAPS,Ya Allah…Macam tak percaya pula bila dia mendapat nombor 6 dengan 81%.Terasa selama ni susah payah saya mengajar anak-anak PT3 telah berbayar.Saya percaya dengan kata-kata ni:sekiranya kita berusaha untuk mengajar anak-anak orang dengan bersungguh-sungguh,kita juga akan dapat imbuhannya.Sejujurnya,komitmen saya terhadap pelajar PT3 sangat banyak hingga saya tiada masa untuk memantau anak-anak sendiri.Tapi,sebelum peperiksaan,dia ada membuat ulang kaji sedikit kerana saya sangat bimbang dia akan turun kelas.Anak lelaki,belajar bukan nak serius pun.Satu jam buat latihan pun dah jemu.Saya tak mengharapkan dia di kelas A dan mendapat nombor satu kerana saya dulu pun bukannya cemerlang di sekolah,cuma rajin yang lebih.Lagipun,membesarkan anak lelaki sangat besar cabarannya.Jika nak mengongkongnya mengikut kemahuan kita,stress sepanjang masalah jawabnya.Untuk itu,pada saya memadailah dia tahu tanggungjawabnya sebagai anak,abang dan Hamba-Nya. 

Kemudian,si adiknya yang berada di Kelas Khas pula mendapat surat untuk Hari Anugerah Cemerlang.Biarpun dia diletakkan di Kelas Khas kerana ada ciri-ciri Autisme(walaupun tak ketara),sekurang-kurangnya dia ialah yang terbaik.Alhamdulillah..
Aksi Adib setelah balik dari sekolah pada hari Sabtu lalu.
suka main telefon.suka melihat Youtube...Alhamdulillah,setakat ni mereka suci bersih lagi,tak pandai lagi mencari benda yang tak baik tapi kena selalu memantau apa yang dilihatnya...

Memang dia mendapat nombor satu tapi tersalah pula pialanya...




Isnin, 16 Disember 2013

Terapi Percakapan


Semasa Adib mengikuti terapi percakapan,saya sempat rakamkan.Sebelum ini,ayahnya yang hantar kerana saya tak boleh nak keluar sesuka hati,nanti kena ganti kelas,leceh juga tu.Bila dah cuti sekolah yang lepas,saya berkesempatanlah menghantar Adib untuk terapi percakapan ni memandangkan encik suami tak dapat hantar.Terkial-kial juga membawanya ke Hospital Sungai Buloh,maklumlah lesen kereta hanya lulus ke sekolah saja.Nak bergerak jauh kurang keberanian terutamanya nak ke hospital yang selalu mengalami masalah nak parir kereta.Apabila dah terpaksa,boleh pun.Kemudian,barulah minggu berikutnya berani ke Tesco Setia Alam,Setia City Mall.Masih ke tempat yang berdekatan lagi.
Berbalik kepada terapi percakapan ni,nampak mudah saja cara tetapi nak praktikkan di rumah jadi masalah juga kerana Adib hanya akan tumpukan perhatian di tadika,dengan kata lain dia akan buat jika orang lain suruh iaitu cikgunya.Di rumah,dia tak mahu buat.Itu yang masalahnya.

Proses terapi percakapan:
Juruterapi hanya menunjukkan kad imbas dan minta dia menyebutnya.Belajar sambil main- main saja.Nasib baiklah dia tak meragam untuk datang ke sesi terapi ni.Jika meragam,masa sejam berlalu begitu saja.

Sabtu, 24 November 2012

Rawatan Adib

Setelah melalui Rawatan Kak Raw, Adib juga akan menjalani terapi percakapan tetapi apabila dia tiba di tempat rawatan(Shah Alam), dia akan menangis dan tidak mahu mengikutinya.Kekangan masa dan masalah untuk mengawal Adib yang sangat aktif semasa menunggu menjalani rawatan menyebabkan kami sudah tidak ke sana.Suami mula mencari hospital yang sesuai untuknya.Pada bulan Oktober yang lalu,Adib telah ke PPUM.

Memandangkan 16 Oktober lalu merupakan temu janji yang pertama tetapi saya tidak tahu kehadiran di sana mestilah tepat pada masanya pada jam 8.30 pagi.Kami tiba pada jam 9.30 pagi, maka tak sempatlah nak berjumpa doktor kali ini.Rugilah pula cuti rehat saya kali ini.Sebelum ini memang saya selalu membuat temu janji doktor di PPUM.Kelewatan sampai tiada sebarang masalah tetapi tidak bagi unit psikiatri.Masa mesti tepat kerana sesi berjumpa doktor mengambil masa.

Saya diberikan temu janji yang lain dua minggu lagi iaitu pada 30 Oktober.
Alhamdulillah.Semasa temu janji yang kedua ini,barulah saya diberi penerangan yang jelas tentang penyakit Adib.Doktor sahkan dia mempunyai sedikit ciri kanak-kanak autisme.
Adib sangat suka menyusun mainannya dan dia juga suka mainan yang sama dalam satu-satu masa.
Menurut doktor,Adib perlu menjalani terapi percakapan buat masa ini kerana itulah masalah utamanya..


Adib dengan robotnya,Selagi tidak membeli mainan,dia tidak mahu masuk
tempat kanak-kanak bermain...




Rawatan Adib

Sudah lama mencari jalan untuk memulihkan sikap Adib yang sangat aktif. Tapi,kalau saya seorang saja yang beiya-iya,tak menjadi juga.Semasa ke rumah kawan semasa cuti Jun, saya ada bersembang dengannya tentang Adib yang tak fasih lagi bercakap.Kata-katanya "...masa setahun sekejap saja kalau kita buat-buat tak kisah..." menyebabkan saya makin risau.Apabila balik,saya menegaskan bahawa perlunya Adib dibawa berjumpa doktor dan tidak dibiarkan begitu.

Agak lama saya meminta suami membawa Adib berjumpa dengan doktor tetap tidak diendahkan kerana suami beranggapan bahawa anaknya Adib tidak bermasalah.Adib seperti kanak-kanak lain juga cuma dia tidak boleh bercakap dengan lancar.Walau begitu, dia boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan menggunakan perkataan Inggeris yang didengarinya di tv dalam kehidupannya.

Di tadikanya The Little Caliphs,gurunya juga ada menasihati ibu bapa supaya mengambil berat terhadap anak-anak jika mereka tidak berkembang seperti anak-anak yang lain kerana berkemungkinan mereka mempunyai masalah.Mereka sepatutnya perlu dibawa berjumpa dengan doktor Selepas itulah suami barulah mengambil serius tentang Adib dengan membawa berjumpa doktor.Hari Ahad (5.8),kami ke Felda Gedangsa untuk mencuba rawatan Kak Raw.Di sekolah,ada juga rakan-rakan yang bercerita tentang ini.

Rawatan Kak Raw

Rawatan yang telah Adib lalui masa bulan puasa dulu di Felda Gedangsa.





Cutenya...Tenang saja masa ni...
Menangis setelah selesai dibungkus...
Mainan Angry Bird dibelikan supaya dia dapat bertahan selama 4 jam.Tapi,nampaknya dia rimas dibungkus begitu, hanya 2 jam dia bertahan.Dia sendiri dapat membuka ikatan kain itu..