Rabu, 22 Julai 2015

Raya Kedua:Misi ke Eco Shop RM 2

Selepas balik dari kubur,kami menghala ke bandar Jerteh.Banyak perubahan yang berlaku.Sudah ada Mr Diy,dua lot kedai lagi tu.Kedai Sakan pun dah ada.Memang dua tempat ni saya suka singgah.
Masa nak singgah di Kedai Eco ni,suami tanya:"nak beli apa?" "Tengok-tengok je",saya jawab tapi dalam kepala memang ada barang yang nak dicari.Bila dah masuk,memang tak sahlah kalau tak ambil bakul.Dua plastik juga memborongnya.Nasib baiklah suami tak bersuara.Puas hati sebab dari tahun lepas lagi mata dok intai kedai ni tapi tak jadi-jadi nak masuk.Memang betullah moto kedai Eco ni:Beli sekali pasti kembali.Memang terasa nak pergi lagi tapi bukan di Besutlah,nak cuba masuk yang ada di Rawang pula.
inilah barang-barang yang dicari.mesti beli

Masa ke Super Save tempoh hari,botol ni berharga hampir RM 5 rasa-rasanya.

Nasib baik tak jadi beli

jumpa pelekat ni.borong semua dua corak tu

Kedai Eco Shop di Selangor

4 ulasan:

  1. kalau ke ECO memang berbakul beli. ntah pelaris apa yang dia gunakan. hahaha..
    beratur panjang kat kaunter pun sanggup. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbakul-bakul pun masih boleh tahan lagi wang yg keluar...itu yg buat tak sedar diri...mmg sanggup beratur utk barang murah....ha3

      Padam
  2. ha ah kan,,, kat rawang ada..tak masuk lagi..sereeemmm... takut terborong macam2.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang mungkin cuci mata saja kalau masuk situ...mmg seram tu,duit dah banyak keluar buat raya...

      Padam