Khamis, 4 Oktober 2018

Tip Melancong ke Sabah Mengikut Citarasa Sendiri


Disebabkan saya penggemar pasu,mana-mana tempat yang ada pasu pasti nak singgah.Kali ni teringin ke Sabah untuk meninjau pasu di Tamu Gaya dan kilang yang ada di Tuaran.Alang-alang dah sampai di Sabah,saya pun teringin untuk menjejaki Gunung Kinabalu di Kundasang.Saya sudah sampai di Kundasang pada tahun lepas tapi kurang berpuas hati kerana pada masa tersebut cuaca kurang baik.Harap-harapnya kali ini cuaca akan baik kerana teringin sangat nak melihat Gunung Kinabalu waktu senja dan matahari terbit.Makanya,bertungkus lumuslah saya mencari info di internet supaya mudah untuk saya membuat persediaan.

1.Menempah tiket kapal terbang seawal jam 7 pagi.Bila dah sampai di KK,hari masih pagi dan saya masih sempat melawat beberapa tempat menarik sebelum  melihat matahari terbenam di Kundasang. Menempah tiket kapal terbang juga perlu awal supaya tidak kelam kabut dan dapat harga yang murah.Dua bulan lagi tempoh perjalanan,tiket murah sudah kehabisan.Reda saja dengan tiket yang agak mahal disebabkan teringin sangat.

2.Menempah tempat penginapan dengan awal supaya dapat mencari tempat penginapan murah dan dekat dengan tempat yang ingin dikunjungi.Apabila saat-saat akhir,tempat penginapan akan penuh dan harganya akan menjadi mahal.

3.Mencari maklumat tentang waktu solat maghrib, terbit matahari dan subuh supaya dapat merancang perjalanan ke Kundasang dan KK tanpa terlepas waktu-waktu tersebut.Saya sangat teringin merakam waktu senja di Kundasang dan KK.

4.Mencari maklumat mengenai tempat yang cantik untuk melihat pemandangan waktu senja.Di Kundasang,pemandangan waktu senja di Gunung Kinabalu itu sendiri jangan dilepaskan.Di KK pula,Todak Waterfront dan Pantai Tanjung Aru menyajikan pemandangan yang indah waktu senja berdasarkan gambar yang ditemui dalam Google.Harap-harap saya juga dapat merakamkannya.




5.Mencari maklumat tentang tempat penginapan yang ditempah dari segi lokasinya dan kemudahannya.Di Kundasang,seboleh-bolehnya saya mahu mengelakkan tempat penginapan yang susah diakses dan tiada parkir.Seboleh-bolehnya tempat penginapan yang berlatar belakang pemandangan Gunung Kinabalu sangat diutamakan.Di KK pula,saya mencari tempat penginapan yang dekat dengan Jalan Gaya kerana senang untuk ke Pasar Gaya,lagi pun tempat tersebut banyak kedai makan.

6.Mencari maklumat tentang jarak dan masa perjalanan supaya mudah mengatur masa agar tidak ketinggalan sesuatu perkarayang ingin dilakukan disebabkan kesuntukan masa.Mengatur masa perjalanan juga penting untuk mengelakkan sampai ke KK pada waktu malam yang akan menyukarkan pemanduan.

7.Menyusun tempat yang ingin dilawati mengikut kesesuaiannya supaya tidak terlepas merakamkan gambar yang cantik.Misalnya, pemandangan Gunung Kinabalu sangat cantik sebelum jam 11 pagi.Makanya,Kinabalu Park dan Desa Cattle Dairy Farm perlu dilawati awal pagi agar tidak terlepas melihat Gunung Kinabalu yang cantik.

8.Mencari maklumat tentang kedai makan,pam minyak dan tempat-tempat menarik yang ingin dilawati supaya pergerakan jadi teratur kerana sudah mengetahui tempat untuk dituju bila hendak makan,isi minyak dan jalan-jalan.Di Nabalu,ada kedai makan halal.Masa ke sana tahun lepas,tidak perasan pun.

9.Mencari maklumat tentang kilang pasu di Tuaran.Puas mencari maklumat ini.Gambar pasu tidak kelihatan tetapi banyak pula gambar orang yang belajar membuat pasu.

10.Jangan lupa juga mencari maklumat tentang jalan yang nak dilalui nanti.Saya ingin singgah ke Tambunan,semestinya saya mesti mencari maklumat tentang jalan dari Ranau ke Tambunan supaya perjalanan kami akan lancar.Setakat ini,Alhamdulillah.


Jalan dari Tambunan ke Ranau

Setelah puas mencari maklumat.Jumpa satu video ni.Jalannya ok.Harap-harap perjalanan akan lancar nanti.Agak-agaknya nanti,saya pun kena merakam juga keadaan jalan di sana supaya makin bertambah info tentang Ranau-Tambunan.

Selasa, 2 Oktober 2018

Sukarnya Mencari Tentatif Jalan-jalan ke Tamu Gaya di KK

Tak ramai orang yang berminat untuk berkunjung ke Tamu Gaya semasa bercuti di KK.Nak mencari gambar pasu di Tamu Gaya pun susah.Nasib baik jumpa juga dua keping gambar pasu Sabah.Usaha saya mencari gambar pasu Sabah pun sukar.tiada tentatif program yang jalan-jalan ke kilang pasu di Sabah yang terletak di Tuaran.Makanya,lebih seronok dan menepati kehendak jika bercuti sendiri di Sabah berbanding dengan mengikut program yang dianjurkan oleh pihak agensi.Oleh itu,saya rancang untuk ke Tamu Gaya pada pagi Ahad dan petangnya ke Tuaran bagi meninjau pasu di sana pula.Mudah-mudahan berjalan lancar rancangan yang ada di minda.


Pasu yang suami beli di Tamu Gaya.Kononnya nak mencari ganti selepas dah pecah

Jumpa satu tentatif yang bawa jalan-jalan ke Tamu Gaya.. 

Pasu-pasu yang dijumpai dalam google..ada juga penawamr mata..