Isnin, 28 September 2015

Kain Lap Dapur Jadi Pemegang Periuk

akhirnya kain lap dapur hijau ni jadi pemegang periuk.biasanya pemegang periuk yang dijual saiznya agak besar sikit.bila jahit sendiri,kita boleh kecilkan sedikit saiznya mengikut keperluan

Susahnya nak dapatkan kain pemegang periuk yang berwarna hijau.Akhirnya,tercetus idea ni.Berbekalkan kain lap dapur hijau ni,saya potong dan jahitkan.Tak perlu nak jahit tepi,sekadar cantumkan kedua-dua bahagian sahaja supaya tebal sikit.Span pun tak letak walaupun ada stok span dalam simpanan.Gara-gara nak cepat siaplah katakan.Akhirnya puas hati kerana dapat 4 semuanya.

Sabtu, 26 September 2015

Syahdunya Raya Korban 2015

Pagi Rabu,kek  yang ditempah dengan rakan sekerja sempena hari lahir suami pada Hari Raya Korban nanti telah sampai.Mujurlah kawan  nak buat kek tu sebelum balik ke kampung.Memang tempah dengan rakan kerana mahukan kek coklat sebegitu.Murah pula tu,memang berbaloi.
Malam raya,saya memang tak masak apa-apa kerana masak lebih sikit pada tahun lepas,memang tak habis pun kerana suami selalu ke surau untuk majlis korban. Suami memang akan makan di situ.Setiap tahun pun begitu.Tinggallah saya dan anak-anak di rumah.Makanya,saya akan masak seperti hari-hari biasa.
Pagi raya,kononnya nak makan nasi berlauk dengan ikan keli goreng kerana gulai kuning yang dimasak petang semalam masih ada.Panaskan saja.Sedang panaskan gulai kuning tu,tiba-tiba gas habis.Habis cerita.Hari Raya pula tu.Mana nak cari gas?
Lepas solat Hari Raya,mulalah acara potong kek.Nasib baik ada kek ni.Bukannya senang nak simpan satu hari kek ni.Bising memanjang saja budak-budak.Terpaksalah beli kek kecil yang lain supaya mereka tak bising.Hari Raya pertama tu kami makan kek sajalah.Disebabkan banyak coklat,budak-budak tak bising.Adib pun tak minta nasi.Memang tak berani nak masak ikan keli dalam periuk elektrik.Dibuatnya meletup masa sedang buka tudung periuk tu,memang terkorban betullah.Dahlah pengalaman minyak terpercik masa goreng keropok lekor tu masih meninggalkan parut di muka.
Hari Raya kedua,kedai belum dibuka lagi.Petangnya suami belikan ayam KFC dan saya pula masak sup sayur dalam periuk elektrik.Nak masak banyak lauk,memang taklah.Cukuplah sup sayur tu satu.Malamnya pula,sup sayur tu bertukar menjadi bihun sup.Sedihnya,tulang lembu banyak dalam peti ais tapi tak boleh nak dimasak.









Khamis, 24 September 2015

Ubah Suai Deko Jam

Salam Aidiladha.
Tiba-tiba pagi ni nak sempurnakan ruang deko jam di dapur.Dua kali saya singgah ke Hinode Shop di Tesco Setia Alam namun belum lengkap koleksi yang diperoleh.Semalam,jalan-jalan ke Aeon Rawang pula.Alhamdulillah,lengkaplah koleksi jam yang diketahui ada.Itupun belum lagi ke Shah Alam yang banyak tempat yang boleh disinggah,tapi biarlah dulu.Cukuplah untuk koleksi kali ini.
Sebenarnya,saya tak suka dengan ukuran jamnya yang kecil tapi bila dah nampak unik bentuknya,terniat nak buat koleksi pula.Pada mulanya memang nak buat sudut di ruang lain tapi bila hari kejadian,tiba-tiba malas nak ambil tangga di atas,gunakan saja ruang yang ada di bahagian atas pintu dapur.
Saja nak tutup jam tu.kononnya nak tema hijau tapi kertas yang dibeli belum nampak hijaunya...


Memang nak tutup gambar orang tu.masa beli tempoh hari,terbeli yang ni
Pada mulanya ruang nilah nak ubah kerana kosong saja.Saya selalu duduk di kerusi yang menghadap tv di ruang menonton,bila melihat jam,pandangan kosong saja tapi masih belum sempat mengubah ruang ni...



Jam hijau tu dah rosak kerana dah dikerjakan Akmal...yang penting hijau menyerlah di situ.bahagian atas tu kosong lagi.kalau ke Romantika,bolehlah intai-intai bingkai gambar yang sesuai



Nota kaki:sebelum singgah di Tesco Setia Alam,singgah dulu di Romantika.bila sampai dekat,lot kedai tu dah kosong...bila berpindah...ke mana?

Rabu, 23 September 2015

Cuci Mata di Eco RM 2 Rawang

Alhamdulillah,sampai juga di Eco RM 2 di Rawang ni.Projek cuti-cuti sekolah semalam.DAri Aeon Rawang hanyalah 6 minit saja mengikut peta.Selagi tak sampai ke sini, nak membuka kertas soalan akhir tahun k3 pun tak ada semangat.Dalam kepala asyik nak jalan-jalan saja.Bila sampai,terujanya kerana kedai ni besar, 4  lot kedai.Banyak barang masih dalam proses penyusunan.


penuh bakul tu...padahal dah pilih-pilih barang yang nak dibeli.




jumpa pukat untuk buat cuci pinggan...

kertas dinding berpelekat..




pasar raya biasa harganya hampir RM 12...murah sangat di sini

hijau dah habis...

Nota kaki:Ke sana hanya berpandukan peta saja.Bila nak balik,tak nak ikut peta kerana nampak macam susah saja jalan yang ditunjukkan.Buat keputusan sendiri dengan nak melalui jalan yang sama tapi dah menongkah arus.Rupa-rupanya depan jalan masuk tu merupakan jalan untuk keluar...

Ahad, 20 September 2015

Cuti Sekolah

Cuti sekolah seminggu dah bermula.Banyak perancangan dalam kepala walhal seminggu saja cutinya.Memang kena rancang dengan teliti supaya boleh selesaikan perkara yang nak dibuat.Antara yang ada dalam kepala:
1.Siapkan soalan sejarah k2.Dah ada draf soalan tapi tergendala kerana sibuk nak siapkan penandaan 
kertas percubaan PT3 dan fail PPPB
2.Siapkan penandaan kertas 3 sejarah t4.
Kalau siap 1 kelas pun ok juga.
3.Buat stok buku teks t4
4.Siapkan bahan pecutan PT3

Banyak kerja sekolah kena siapkan.Orang yang tak kerja sebagai guru mesti sangkakan kami para guru ni bersenang lenang masa cuti...



Sabtu, 19 September 2015

Membeli-belah..Terapi Diri

Masa balik dari sekolah tempoh hari,baru perasan ada dua buah kedai RM 2 di kawasan berhampiran sekolah.Dah lama nak singgah tapi tak jadi-jadi.Memang diakui,saya pantang nampak kedai RM 2,mesti akan singgah walaupun tak ada barang yang nak dibeli.Sekadar cuci-cuci mata pun jadilah.Biasanya,tak akan cuci-cuci mata saja,akan tercuci duit sekali.Hari Khamis lalu,tak ada perancangan nak singgah di kedai tu tapi berpeluang singgah juga gara-gara jalan lengang nak melencong ke arah kedai tu.Kalau jalan sibuk,malas nak beratur untuk melencong ke simpang jalan kerana jalannya sempit.Malas nak kacau kereta lain.Lagipun masih trauma nak memotong arus kerana pernah kemalangan masa nak keluar simpang.Itupun masa tumpang kereta orang lain.

Inilah hasil rembatan di dua buah kedai tu.Periuk pun beli juga.Memang hari tu hari gaji.Orang lain beli-belah barang mahal tapi saya hanya beli di kedai RM 2...
yang penting koleksi hijau bertambah

Hari Khamis tu juga kain yang saya pesan atas talian telah sampai.Kain ni cadangnya nak buat patchwork hujung tahun nanti.Disebabkan tak tahu nak mencari kain kapas yang ok,apabila melihat iklan ni dalam fb,saya terus beli.Projek hujung tahun lepas masih adalam angan-angan.Moga-moga tahun ni boleh buat.


RM 160 +RM 15 pos...beli dalam kumpulan Kelas Menjahit & Alatan Jahitan.Kumpulan ni memang ada jual beli kain.




Google lagi corak yang mudah untuk dibuat...

inilah kain yang dah sampai.warna sama seperti yang dilihat dalam fb.
biasanya kalau beli kain,warna dan coraknya akan berbeza dengan yang dilihat 
dalam internet.tapi ini,tidak.Alhamdulillah.


berkenanlah pula dengan kain ni untuk dijadikan baju kurung...
bertambahlah lagi baju kurung...

Nota kaki:sukarnya nak cari kain kapas yang murah tapi kualiti ok di sini.Memang berbaloi jika borong kain kapas di Vietnam dulu tapi saya tak memborongnya pun..hanya beli sepasang RM 35.itu pun beli di gudang yang memang tak boleh nak tawar-menawar

Selasa, 15 September 2015

Jerebu Lagi

Biasanya tak sempat pun nak bergambar macam ni.hari ni terlebih gembira kerana hadir ke sekolah seperti biasa walaupun sekolah ditutup

Bila bangun dari tidur pagi tadi, memang akan menjengah ke telefon.Bila melihat whatsapps sekolah,terdapat hampir 50 mesej yang masuk.Dalam hati,apa yang disembangkan tu?Bila baca,wah hati gembira.Hari ni sekolah tutup kerana jerebu tapi guru mesti ke sekolah juga.Memang akan ke sekolah pun kerana banyak perkara yang belum diselesaikan:
1.Soalan cuti terancang 
2.Semakan buku sejarah belum dihantar
3.Senarai kehadiran Kelab 1 Malaysia belum dihantar
4.Profil PPPB belum buat
5.Markah percubaan PT3 belum ditulis

Tapi,yang pasti hari ni sangat gembira kerana kerana tidak perlu selesaikan jadual kelas ganti.Sebelum balik pada petang semalam,relief hari ini memang sudah diselesaikan supaya tidak kalut menjelang loceng berbunyi.Pagi ni hanya menambah nama yang cuti sakit sahaja.
Walaupun dah ada telegram dan whatsapps,masih ada beberapa cikgu yang tidak mengetahui peri hal sekolah ditutup hari ni.Sampai sekolah,tergelak sendiri mereka.
Selesai semua kerja yang nak diselesaikan,baru balik dalam jam 10 pagi.

Bekas Bawang

Cara saya simpan bawang.Memang kekampungan komen seorang ahli fb deko.Memang terserlah kekampungannya.Yang penting,mudah nampak bawang yang jarang-jarang digunakan tu.Cara memasak pun begitu.Biarlah asalkan hati suka.
bawang ni dibeli dalam kuantiti yang banyak sedangkan semasa jamuan hari raya di kawasan perumahan tempoh hari,suami sudah membawa balik satu bekas bawang yang telah dikisar.Memang guna bawang itulah untuk masak hingga terabai bawang ni...

akhirnya,bercambah bawang ni...
rupa-rupanya ramai juga yang suka bekas bawang ni bila saya pos gambar bekas bawang dalam fb deko

tiba-tiba tergoda pula nak jadikan warna hijau.pantang nampak hijau.kalau beli baru, dah tak guna pula bekas yang sedia ada,membazirlah pula.jika rajin,boleh sembur sendiri warna hijau tu tapi biar dulu buat masa sekarang...kalau rajin datang,bolehlah buat nanti..


Ahad, 13 September 2015

Kelas 3 B2 Menang

Biarpun hadiahnya hanya sekeping coklat untuk setiap pelajar yang seramai 36 orang,namun kejayaan itu sangat bermakna.Jerihnya nak menasihati mereka supaya kekalkan keadaan kelas yang bersih.Kemenangan dikira berdasarkan jumlah kemenangan mingguan.Untuk tahun hadapan,belum pasti saya akan memperoleh pelajar seperti ini.Walaupun begitu,sebagai guru saya sentiasa bersungguh-sungguh untuk menceriakan kelas.Selebihnya terpulanglah kepada mereka untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada.







Nota kaki:banyak bingkai gambar yang tak digunakan,tahun depan bolehlah digantung di kelas..

Sabtu, 12 September 2015

Jam di Dapur

Tahun lepas,dah ada cerita mengenai jam sudu di fb tapi saya buat tak tahu saja kerana tiada warna hijau.Tahun ni,ada lagi cerita ni timbul.Ramai pula tu yang sedang mencarinya.Makanya,saya pun terjebak juga.Risik-risik dengan rakan,jam ni ada dijual di Hinode Shop.Kalau dulu kedai ni barang-barangnya hanya RM 5 tapi sekarang dah RM 6.Kedai paling dekat ialah di Tesco Setia Alam.Selepas waktu sekolah semalam,saya ke sana walaupun berjerebu tebal.Alhamdulillah,jam yang dicari ada..

RM 15.90.32x12 cm jam ni.Besar sikit tapi jamnya tetap kecil.

RM 12.90 saja.25x12cm saja ukuran jam ni.agak kecil sebenarnya.