Jumaat, 29 Oktober 2010

Banyaknya kerja

Cuti Deepavali ni saya akan ke Langkawi.Saat sebegini rasa macam tak nak ke mana-masa pun kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan.Bertugas di Bilik Peperiksaan tidak memberi ruang untuk saya menyelesaikan kerja-kerja menanda kertas BM dan Sastera dengan tenang.Pendek kata,tidak sempatpun saya nak menanda kertas peperiksaan.Masa yang ada penuh dengan kerja mengejar guru yang lambat masuk kelas dan mengurus fail peperiksaan.Saat sibuk begitupun,sempat lagi saya mengemas kini blog dan membelek fb.Dua perkara tu rutin.
1.Semak kertas BM
2.Semak kertas sastera
3.Siapkan fail ULBS
4.Siapkan fail PATS
5.Kemas kini profil pelajar
6.Buat surat pertuduhan gantung-bila akhir tahun saja,ramailah pula pelajar yang ponteng sekolah hingga 40 hari.
7.Buat TOV tingkatan 4
8.Siapkan sijil PLBS t3
9.Siapkan markah sivik-folio

Kerja yang sepatutnya siap masa peperiksaan PMR pun belum juga dapat disiapkan.Sekarang tambah pula kerja baharu...haru biru juga jadinya.Ya Allah,permudahkan saya untuk menyiapkannya...

Ini belum ditambah kerja-kerja rumah yang tidak pernah siap.Sabar sajalah...

Rabu, 27 Oktober 2010

Operasi Buka Kotak

Pertama kali saya mengikuti operasi ini.Berdasarkan surat yang diterima,operasi bermula pada pukul 7.30 di SMK Bukit Gading.Jam 7 lebih baru saya bertolak dari rumah kerana tempat yang dituju tidak jauh dari rumah.Sampai sahaja di sekolah,kebanyakan guru yang ditugaskan sudah sampai.Sebelum memulakan kerja,kami bersarapan terlebih dahulu.Jam 8 pagi barulah operasi bermula.

Semasa sesi taklimat,saya memang tidak memahami apa yang perlu dilakukan sehinggalah tiba waktu praktikalnya.Dengan berbaju kurung,kerja-kerja membuka kotak agak terganggu sedikit kerana pergerakan agak terbatas.Patutlah ramai guru yang hadir berbaju t-shirt dan berseluar.Rupa-rupanya itu jawapannya.Tiga jam operasi mengelaskan soalan2 SPM bagi pusat yang ditugaskan.Kerja ini dilakukan oleh tiga orang setiap kumpulan.Kerja2 mengangkat kotak memang tidak larat dilakukan oleh orang perempuan,nasib baiklah ada lima orang guru lelaki dalam kumpulan kami.Merekalah yang melakukan kerja2 yang berat.

Kemudian,sesi kedua pula bermula iaitu operasi memasukkan soalan2 ke dalam kotak.Sesi ini memakan masa dua jam.Memang penat OBK.Barulah saya faham cara penyusunan soalan peperiksaan dibuat di bilik kebal.Kelakarnya,masa nak balik barulah saya tahu bahawa akak yang agak rapat dengan saya di sekolah tinggal di depan rumah saya.Ya Allah, kecilnya dunia ni.Selama ni saya asyik berbasikal dan menemani anak2 bermain di luar rumah,tapi tidak pulak saya terserempak dengannya.

Ahad, 24 Oktober 2010

Galeri Keluarga



Baru siap sebelum pergi berkursus pada hari Ahad yang lalu.Guna paku saja supaya tak menyusahkan diri.Nasib baik dapat lekat dengan baik.Namanya galeri keluarga,macamlah banyak benda yang ada tetapi hanya beberapa gambar yang dapat digantungkan di situ.Akhirnya di ruang menonton di tingkat atas tempat yang sesuai.Pada mulanya kawasan di tangga yang akan dijadikan galeri keluarga tapi tak sesuai pula bila difikirkan kerana terlalu terbuka.Malu juga bila gambar kahwin diletakkan di tempat umum.Begitu juga dengan gambar yang dapat APC dan artikel dalam majalah Mingguan Wanita.Tapi,gambar2 tulah yang beri kelainan sebenarnya.Nampaknya di ruang menonton juga tempatnya.Ruang itu jarang2 digunakan.Bingkai gambar yang kecil tu belum penuh lagi gambarnya sebab tak ada pula gambar 3R yang sesuai untuk diletakkan di situ.Kena cuci gambarlah pula ni

Sabtu, 23 Oktober 2010

Kursus Kesusasteraan Melayu

18 hb yang lalu, saya ke Lumut untuk menghadiri Kursus Kesusasteraan.Rupa-rupanya sudah ada buku ulasan di pasaran,cuma saya sahaja yang tidak menyedarinya.Sudah lama saya tidak menghadiri kursus sebegini.Tiga hari dua malam,bolehlah cuci mata dan rehatkan fikiran kerana pengisian kursus tidaklah padat.Anak-anak tinggal dengan suami.Masa inilah nak merehatkan diri.Saya berasa berbesar hati dengan semangat yang ditonjolkan oleh guru-guru KM yang bersungguh-sungguh mempertahankan subjek KM supaya terus diajar di sekolah.Kini,hanya beberapa buah sekolah sahaja yang menawarkan mata pelajaran tersebut.Sekolah-sekolah lain sudah tidak berminat untukmenawarkan subjek KM kerana beranggapan subjek tersebut sukar dikuasai oleh pelajar-pelajar.





Isnin, 18 Oktober 2010

Hi Tea

Hi Tea untuk jamuan akhir tahun telah diadakan pada 17 hb yang lalu.Awalnya!Tak kisahlah, yang penting sudah selesai memandangkan selepas ni perhatian untuk menanda kertas peperiksaan akhir tahun dan ulang kaji untuk pelajar SPM.Walaupun saya bukanlah ajknya, namun kesibukan untuk membuat persediaannya tetap terasa.Alhamdulillah, kali ini tidaklah seperti tahun lepas.Ada cabutan bertuah walaupun tak semua guru yang dapat.Disebabkan tidak semua guru yang dapat, maka setiap kali nombor dibacakan, setiap orang akan memberi tumpuan.Manalah tahu akan bernasib baik.Kumpulan meja saya agak lambat mendapat hadiah menyebabkan kami tertunggu-tunggu.Walau apa-apa pun,hanya empat orang saja daripada meja yang tidak bernasib baik.Saya mendapat jug elektrik.Oklah tu sebab tak ada lagi barang sebegitu di rumah ni.Ada juga kegunaannya.






Ahad, 10 Oktober 2010

Perihal Kuku..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.

Mengenai jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Duduk Antara Dua Sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil...
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya....
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima....
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu..

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Sabtu, 2 Oktober 2010

Tudung Pada Akhir Zaman


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...Mengapa saya BERANI MENGATAKAN SEDEMIKIAN???

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

JIKA ANDA MASIH BELUM MENGENAKAN TUDUNG DAN SUKA TAYANG RAMBUT ANDA kerana INGIN KAN PERHATIAN MANUSIA LAIN,sila baca huraiannya pada salah satu NOTE saya yang bertajuk

Manfaat Berjilbab jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS

(http://www.facebook.com/notes/zameer-fisabilillah/manfaat-berjilbab-jika-anda-masih-belum-mengamalkannya-kaitan-islam-dan-sains/130192303699897)


Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.


Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.


Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Dipetik daripada Zameer Fisabilillah