Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tinggal 2009

Beberapa minit lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya.2010 menjelma menandakan usia saya makin meningkat.Biarpun azam tahun ini ada lagi yang tidak kesampaian,namun perjuangan itu diteruskan pada tahun depan.

Menilai kembali perjalanan sepanjang tahun ini,banyak sukanya kerana berjaya menerombos ke beberapa majalah walaupun dukanya tetap ada di hati.Tahun glamor berjaya diukir pada 2009 walaupun tidaklah glamor sangat.

Januari dulu,naman saya terpampang dalam majalah Keluarga.Gembira tak boleh nak dikata walaupun hanya nama yang terpampang.Dalam kesibukan di sekolah,saya cuba lagi menulis surat untuk Dapur Impiana.Rasanya macam dah terlambat kerana majalah untuk keluaran seterusnya memang tidak lama lagi akan diterbitkan.Hantar sajalah.Kalau ada rezeki,majalah keluaran akan datang baru disiarkan.Tiba-tiba bila saya membelek majalah tersebut beberapa minggu kemudian,terpampang nama saya yang ditanda bintang.Tanda bintang tu menandakan saya dapat hadiah pinggan hiasan yang ditawarkan kepada pembaca yang bertuah.Tersenyum hingga ke telingalah saya.

Penghujung tahun pula emel saya kepada Anjung Seri pula disiarkan.Lawaknya,tak perasan pula masa ambil gambar tu saya hanya pakai baju yang berlengan pendek.Baju basahan yang dipakai di rumah pula tu.Bila dah hantar baru terperasan.Tak sangka pula akan disiarkan.

Bukanlah glamor yang dikejar,tapi sekadar mengisi minat dan mencari hiburan diri.Apa pun biarlah tahun 2010 akan lebih bermakna.

Berita Tergempar Penghujung 2009-Suami mati nikah mentua

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
Dipetik:Harian Metro-Khamis/31 Disember 2009


SIK: Bimbang kekerapan kehadiran bapa mentua ke rumahnya, untuk menjenguk cucu menjadi cemuhan masyarakat sekeliling, seorang balu menikahi bapa mentuanya itu di negara jiran, sebelum perkahwinan terlarang itu di bongkar Pejabat Agama Islam Daerah Sik di sini, kelmarin.

Pasangan ‘mentuaku-suamiku’ selama 21 hari itu berlaku selepas wanita yang kematian suami sejak satu setengah tahun lalu itu, mengambil keputusan bernikah dengan bapa mentuanya, di negara jiran pada 8 Disember lalu.

Wanita berusia 40 tahun dan bapa mentuanya, 63, dinikahkan seorang juru nikah, sambil disaksikan dua orang saksi di negara jiran dengan kos RM1,400 yang dikongsi bersama.

Hubungan suami isteri terlarang itu terbukti apabila Pejabat Agama Daerah Sik memperoleh sijil pernikahan mereka yang dikeluarkan di negara jiran selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum menahan pasangan itu pada malam Selasa lalu (29 Disember).

Dunia akhir zaman menampakkan manusia kini lebih takut kepada keadaan semasa daripada takut balasan daripada Allah...Sikap rasional dalam menangani permasalahan ini amat penting.Bab hukum hakam,memang kita tidak boleh buat sesuka hati dan perlu bertanya kepada orang yang arif tentangnya.

Hairan juga mengapa masyarakat boleh ambil kisah tentang hubungan menantu dengan mentua yang tidak putus walaupun menantu telah kematian suaminya.Apa-apapun,minta dijauhkanlah perkara sedemikian.Tepuk dada,tanyalah iman.

Ahad, 27 Disember 2009

Hasrat Tak Kesampaian


Pagi-pagi lagi suami asyik berkebun di depan rumah yang memang dah tak ada tanah kerana telah disimenkan.Semua pokok ditanam dalam pasu sahaja. Pokok akar dani yang sebelum ini seakan nak mati mula berpucuk dan menjalar kembali.Kedudukannya yang di depan pintu memang dah tidak sesuai dan dialihkan ke tepi pagar.

Memandangkan cuti sekolah kian tamat,saya mengajak suami ke Kuala Selangor.Macam biasa,dia memang tak banyak cakap,hanya emmm saja yang keluar dari mulutnya.Bila dah begitu,saya cepat-cepat memasak untuk tengah hari.Sebenarnya saya sudah lama teringin nak panjat Bukit Malawati untuk melihat kesan sejarah Kota Malawati di Kuala Selangor.Setiap kali balik ke KS,tak pernah pula ke sana.

Hampir jam dua baru suami siap berkebun.Nampak gaya tak jadilah nak keluar petang ni sebab kebiasaannya dia akan tidur selepas solat disebabkan kepenatan seharian berkebun.Saya memujuk dalam hati,kalau ada rezeki,adalah. Rupa-rupanya suami tak lupa janjinya pagi tadi. Sebelum asar kami bertolak ke KS. Bila sampai di sana,kereta tidak dibenarkan masuk ke dalam sebaliknya perkhidmatan trem pula disediakan.

Jika dah begitu,kami hanya memandang dari dalam kereta sahaja pengunjung yang sedang menanti untuk menaiki trem di pondok yang disediakan.Rupa-rupanya pada hari minggu kenderaan sendiri memang tidak dibenarkan masuk ke Kota Malawati.Tiada peluanglah bagi Ammar dan Adib untuk melihat lotong jinak yang berkeliaran di situ.Nampaknya hari Jumaat ni kena cuba datang lagi,mana tahu ada rezeki...

Sabtu, 26 Disember 2009

Cuti-cutiku...

Lebih sebulan cuti persekolahan berlalu.Isnin ni mula sibuk kerana mesyuarat sudah bermula.Sepanjang cuti persekolahan, saya memang tidak bercuti ke mana-mana.Memang saya tidak mengharapkan untuk bercuti ke mana-mana kerana memikirkan anak-anak yang sukar dikawal.Tunggulah bila mereka sudah agak besar nanti. Insya Allah,ketika itulah nanti saya akan menikmati apa yang telah ditangguhkan sekarang.

Berada di rumah sepanjang hari,saya memang tidak bosan kerana banyak perkara yang boleh dilakukan.Koleksi majalah,novel dan buku memang tidak habis jika nak dibaca kesemuanya.Namun, sasaran saya untuk cuti kali ini bukanlah untuk menatap novel yang belum dibaca,tapi menyiapkan manuskrip yang agak lama terbengkalai.

Dalam pada itu,kesempatan untuk melawat FB kawan-kawan seolah-olah saya bertemu mereka.Jadi,tak ada perasaan bosan.

Malasnya...

Agak lama saya tidak menjenagah manuskrip setelah berkenalan dengan FB.Tahun 2009 hampir pergi tapi manuskrip belum siap walaupun saya sendiri tidak tahu ke mana hendak menghumbannya.Apa-apa pun mesti disiapkan dulu,baru boleh panjangkan ke mana-mana.

Jumaat, 25 Disember 2009

Terimalah Seadanya

Semalam keputusan PMR diumumkan.Anak saudara saya mendapat keputusan yang agak cemerlang,8A 1B.B untuk Pendidikan Islam.Ternyata keputusan itu tidak memuaskan hatinya kerana selama ini dia belum pernah mendapat B untuk PI.Itulah dugaan namanya.

Saya sering mengalami keadaan seperti itu.Namun,apa boleh buat melainkan terima sahaja keputusan itu sambil memujuk hati mungkin ada hikmah di sebalik keputusan yang sebegitu.Dalam melalukan sesuatu,kita perlu reda atas apa yang telah ditetapkan.Semuanya sudah ditulis.

Rabu, 23 Disember 2009

Resepi Perkahwinan Bahagia

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati(daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian,kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing2,dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan2 pasangan
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang2nya
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku(sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita)
secubit campur tangan mentua.Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian

Cara membuat atau mengamalkannya:
1Kita adunkan dengan cermat semua bahan di atas dan asingkan rasa cemburu,sikap mengkritik,sikap marah dan sakit hati

2Aisingkan dengan bunga2 cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran

3Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing2

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Sesedap makanan pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar.Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang

Selasa, 22 Disember 2009

Pagar atau Pendinding Rumah

Petua pindah ke pejabat/umah baru
Info ni pernah saya baca dalam majalah Nur. Berguna juga masa masuk rumah baharu tahun lepas.Tak dapat nak kongsikan sebab malas nak menaip, simpan sajalah.Masalah biasa tu.Kebetulan hari ni jumpa info ni dalam internet. Bolehlah dikongsikan bagi mereka yang tidak tahu.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

Walahualam.

Jangan Leka...

Lebih seminggu saya menjadi ahli facebook.Kemaruk untuk menerokai dunia facebook kian hilang.Bila difikirkan semula,saya hanya mampu mengeluh mengingatkan kelalaian diri melayani facebook sehingga sanggup tidur jam 3 pagi.Aduhai...mudahnya terpedaya.Beberapa hari saya tidur lewat malam,badan mula tak sihat.Semuanya kerana asyik berbual2 dengan kawan lama dan melampir gambar di facebook.Selepas itu,saya mula mengingatkan bahawa facebook tidak boleh mendominasi diri saya.

Hari ni,kemaruk itu datang lagi.Setelah menjadi peminat Dapur Impiana,saya cuba untuk melampir gambar di facebook Dapur Impiana.Cuba...cuba...tak dapat juga menyebabkan saya terpaksa menghadap note book agak lama.Nasib baiklah sambil melampir gambar, saya sempat suapkan nasi untuk anak2,dan bersama mereka menonton cd.Puas berusaha, barulah saya perasan bahawa kotak kongsi di facebook Dapur Impiana tiada item untuk gambar,video...patutlah tak dapat nak melampir gambar.

Begitulah situasinya apabila cuba menyiapkan manuskrip.Saya selalu keluar masuk bilik untuk memstikan aktiviti anak2 di ruang tamu.

Isnin, 21 Disember 2009

Dinasor...



Terpengaruh dengan cd Ice Age 3 yang ada dinasor dalam cerita itu,anak saya yang kedua (Adib)mula menyebut nenesor untuk dinasor.Itu maknanya dia hendak menonton cd Ice Age 3 lagilah.Maka berulang-ulanglah cd itu dipasang.Jika tidak diikutkan kemahuan,menangislah pula.Bising semacam pula.Terpaksalah pula dituruti.Ammar pula minta saya lukiskan gambar dinasor.Sejak semalam Ammar meminta saya melukis gambar dinasor,tapi saya malas nak melayan kerenahnya hingga dia lupa.

Pagi ni,dia belum pun bangun,saya sudah melukis empat ekor dinasor yang diminta semalam.Tersenyum dia apabila melihat empat dinasor telah saya lukis sebaik sahaja dia bersuara meminta saya melukisnya.Belumpun apa-apa,dinasor itu telah diconteng oleh adiknya.Meragamlah pula dia.Ammar minta pula saya melukis dinasor yang baru.Terpaksalaha saya melukis dua ekor dinasor yang lain pula kerana malas nak melihat kerenahnya yang makin manja dan kerap merajuk sekarang.Pantang jika kemahuan tidak dituruti,maka muncunglah mulutnya.Sekiranya saya menaikan suara,mulalah dia menunjukkan aksi Upin dan Ipin merajuk:"Tadi marah".Terpengaruh dengan cdlah pula anak saya ni.

Saya ni sebenarnya bukannya pandaipun melukis,tapi disebabkan terpaksa memenuhi kemahuan anak,terpaksalah cari idea.Nasib baiklah dapat tekap gambar dinasor tu melalui buku yang saya beli masa Pesta Buku di Shah Alam.Kalau tak,dinasor lidilah jadinya.Teringatlah pula zaman sekolah dulu.Masa tingkatan satu,saya hanya tekap sahaja gambar yang nak dilukis.Maklumlah tak pandai.Dapat juga hasilnya.

Ahad, 20 Disember 2009

Nasi Dagang


Acar mentah

Pagi ni saya belajar untuk memasak nasi dagang kerana kakak yang datang dari Trg ada membawa beras nasi dagang dan rempahnya sekali.Sebelum ni saya hanya melihat dan membantu sahaja jika emak memasak nasi dagang di kampung.Jadi,ilmu yang dapat hanya kekal seketika sahaja kerana tidak dipraktikkan.Lagipun sukatan santan dan air untuk memasak nasi memang tidak lekat di kepala.Jadi, hari ini saya cuba mengingatinya dengan membuat catatan ini supaya tidak hilang dan saya akan mahir memasaknya nanti.

Bahan-bahan untuk nasi
• 1.5 kg beras nasi dagang
• 3 cawan santan pekat
• 6 ulas bawang merah
• 4 sm kecil halia
• 1 sudu kecil halba
• Garam secukupnya
• 5 cawan air panas
## 1kg beras = 2 cawan santan/3 cawan air

Cara membuat nasi
•Rendam beras selama 5 jam. Toskan dan kukuskan beras selama 30 minit.
•Angkat nasi yang dikukus dan tambahkan air panas ke atas nasi. Kacau hingga sebati dan taburkan halba, bawang merah & halia.Kukus hingga masak.
•Angkat nasi dan tuangkan santan serta gaul sehingga rata. Kukus seketika.

## Sekiranya air yang ditambah tidak mencukupi,nasi kemungkinan akan keras
## Boleh juga hanya 2 kali mengukus nasi.Sekiranya hanya 2 kali saja nasi dikukus,nasi akan lebih lemak berbanding dengan 3 kali kukus nasi kerana lemak santan telah diserap semasa nasi dikukus.

Bahan-bahan untuk kuah
• 2 ekor ikan tongkol
• santan
• rempah kari dan rempah nasi dagang
• cili boh
• bawang merah
• bawang putih
• halia
• 10 biji cili padi - diketuk
• 1 sudu besar gula pasir
• 3 keping asam gelugur
• gula melaka
• Minyak masak & garam

Cara membuat kuah

•Potong dan bersihkan ikan tongkol. Gaulkan dengan garam & asam gelugur dan gula melaka.Kukus selama 10 minit.
•Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan bawang merah, bawang putih & halia hingga berbau. Kemudian masukkan rempah kari ikan,kari nasi dagang dan cili boh yang telah dibancuh bersama.Tumis hingga naik minyak.
•Seterusnya, masukkan santan. Apabila mendidih, masukkan ikan, garam, gula pasir & cili padi. Masak hingga kuahnya pekat.

Setelah kenyang bersarapan nasi dagang,kami bersiap-siap untuk ke Ikea kerana kakakku berhajat sangat hendak ke sana.Lebih kurang satu jam perjalanan dari Sungai Buloh,kami sampai juga ke tempat yang dituju.Masuk sahaja ke dalam bangunan Ikea,kereta sudah memenuhi kawasan parkir yang ada.Anak-anak sudah bising.Lalu, suami mengambil keputusan untuk ke Tesco yang terletak berhampiran Ikea sahaja.Tak dapatlah lagi saya nak masuk dan merasa suasana di Ikea.Hanya kakak saya dan keluarganya sahaja yang masuk ke Ikea.

Jumaat, 18 Disember 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tahun baharu datang lagi.Moga tahun ini lebih prouktif segala-galanya.
@Ibadat
@Penulisan
@Kerjaya
@Tanggungjawab
@Menabung

Rabu, 16 Disember 2009

Anak Ummi

Malam ni emak saya dari Besut akan berkunjung ke sini dengan penerbangan dari Kuala Terengganu.Macam biasa,saya agak sibuk mengemas rumah yang selalu bersepah dikerjakan oleh dua beradik yang tak tahu diam.Masa inilah nak pastikan bilik2 yang jarang disapu,disapu sebersih-bersihnya.Jumaat ni,kakak saya yang sulung bersama keluarganya pula yang tiba. Akan meriahlah rumah ini nanti.

Cuti sekolah ini saya hanya menghabiskan masa bersama anak2.Saya akui kata Dato Siti Norbahyah bahawa anak juga merupaka ujian buat ibu bapanya.Jika di sekolah saya terpaksa berhadapan dengan kerenah budak2,di rumah kerenah anak pula yang terpaksa dihadapi. Apa2pun mereka penyeri hidup saya.Tak ada mereka,tak cerialah hidup saya dan suami.Melihat keletah mereka,saya boleh tersenyum sendiri.

Dalam kesibukan yang bertambah disebabkan sudah mempunyai minat yang baharu,kadang kala anak2 agak mudah ditangani. Minat mereka yang suka menonton kartun menyebabkan tv dipasang siang dan malam tanpa henti.Nasib baiklah ayahnya telah download beratus cerita dalam satu cd,jadi tak perlulah saya nak tukar2 cd.Pemain cd sudah masuk yang keempat dibeli oleh ayahnya.Mana nak tahan jika siang malam cd dipasang.Sebut saja kartun apa,semuanya ada dalam rumah ni.Bila anak2 selalu menonton cd, memang tidak berpeluanglah saya untuk menonton tv.Drama Nur Kasih pun tak dapat tengok habis.Nasib baik cerita Nenek kebaya dapat tengok hingga habis kerana anak yang sulung juga berminat menonton cerita itu.

Potong Kuku Ikut Sunnah



Inilah yang patut kita ikuti.Rupa2nya berbeza catatan saya sebelum ini.Satu pengajaran yang saya peroleh dengan catan ini dan sebelumnya...buat sesuatu mesti hati2 apatah lagi jika untuk bacaan umum..

Selasa, 15 Disember 2009

Ragamku

Kemaruk dengan FB menyebabkan saya tiada masa untuk menulis blog.Rumah petama telah ditinggalkan beberapa hari.Saya hanya nampak kebaikan mengenai FB ni.Ternyata dengan Fb saya dapat menyebarkan maklumat yang lain daripada orang lain.Tentunya maklumat itu bukannya hanya untuk suka2 tetapi yg bermaklumat.Itulah saya.

Dengan FB, saya dapat berhubung semula dengan rakan lama,abang yang kadang kala dihubungi dan merapatkan hubungan saya dengan guru semasa saya di tingkatan 6 dulu..Apa2pun ,saya cuba untuk tidak taksud dengan perkenalan baru saya dengan FB kerana makin lama saya menghadap note book,makin banyak perkara yang tergendala.Paling malang, manuskrip sudah beberapa hari tidak dijengah.

Mengerjakan manuskrip dengan mengerjakan FB,masing2 berbeza.Saya memang tidak boleh lama menghadap note book untuk menulis manuskrip tetapi boleh berlama membaca blog dan FB.Mungkin disebabkan menulis memerlukan saya berfikir, jadi saya cepat bosan, apatah lagi untuk menghasilkan novel.Rasanya biarlah ini percubaan pertama dan terakhir kerana saya tidak ada kekuatan untuk menjadi novelis.Itu kenyataannya.

Siang tadi saya membeli novel mini di MPH. Sebenarnya istilah novel mini masih baru bagi saya, jadi saya memang nak mengetahuinya. Apabila ternampak sahaja buku tersebut,memang saya tidak berfikir panjang untuk membelinya walaupun penulisnya saya tidak kenal.Hanya untuk menjawab pertanyaan hati, saya membeli dua buah buku.Buku setebal 100 lebih itu memang sesuai untuk saya tangani jika saya benar2 ingin menjadi penulis kreatif.

Jumaat, 11 Disember 2009

Kemudahan IT



Salam pagi Jumaat. Catatan saya semalam tentang seorang sahabat dari Sabah.Tidak lama selepas saya menghantar mesej melalui FBnya,saya dihubunginya dan kami berhubung semula.Ternyata FB dapat menghubungkan rakan2 yang terputus hubungan kerana majoriti masyarakat yang celik IT akan menggunakan perkhidmatan ini.Ada juga saya terbaca tentang keburukan FB ni,tapi harap2 perkara itu tidak terjadi.

Geram melihat Fbnya yang mempunyai beberapa album yang dipenuhi dgn berpuluhan gambar,saya cuba untuk menerokai FB pula.Alhamdulillah,dapat juga saya buat 2 album.Anak2 memang suka melihat cd di runag tamu manakala saya buat kerja saya dlm bilik di tingkat bawah.Gambar dapat menceritakan segala-galanya tanpa bercakap panjang.Sekarang ni saya kemaruk FB dan bloglah pula.Pagi2 lagi buka FB di notebook sebelum anak2 bangun dari tidur.Yang penting, kenalan yang dah lama terputus hubungan dapat dijalinkan semula dan sekurang2nya perkembangan terkini antara rakan2 dapat diketahui melalui FB.

Khamis, 10 Disember 2009

Rindu Sahabat Lama


Buku autograf dan alamat kawan2 semasa menuntut di USM dulu saya masih simpan.Hari ini entah mengapa saya rasa perlu untuk menulis catatan ini apabila membaca semula buku ini dan teringat akan sahabat lama dari Kota Belud,Sabah.Semasa mengajar di sana, saya tidak pula berkesempatan untuk berkunjung ke rumahnya kerana sudah terputus hubungan.Entah macam mana,Ahad lepas saya cuba mencari namanya di internet.Dapat pula sedikit maklumat tentangnya. Dua emel saya hantar kepadanya dan hingga hari ini belum lagi berbalas.Usaha diteruskan dengan membuka facebook dan sekali lagi saya menghantar mesej untuknya. Harap2 kali ini akan mendapat balasan.Kenangan di Kepala Batas dan SMKPK masih dalam ingatan walaupun sudah lama berlalu.

Rabu, 9 Disember 2009

Layan Mata 2

Antara hiasan yang ada dalam rumah bagi menyejukkan mata yang memandang.Pertama kali jiran-jiran berkunjung ke rumah masa hari raya yang lalu,ada antara mereka yang berkata rumah saya banyak gambar sehinggakan salah seorang daripadanya berkata selepas ni kita pun kena pergi cari gambarlah baru rumah kita tak kosong.Sebenarnya saya suka suasana yang ceria dan tidak suka ruang rumah yang kosong sebab saya cepat jemu.Kalau jemu dengan suami, dah tak boleh nak buat apa.

Bingkai yang dibuat sendiri oleh suami apabila pinggan hiasan dah digantung.Asalnya hanya lekuk empat segi sahajaAda tiga lekuk empat segi di sisi tanggaPemandangan diapit dengan bunga merupakan idea si penjualnya.Saya beli di sekolahCermin yang diapit dengan bunga hiasan dan buah-buahan.Bunga dan buah2an tu tumpang di situ dulu sementara waktu.Sampai sekarang pun belum lagi berpindah ke rumah sendiri...Surah Yassin diapit antara Allah Muhammad
Dinding yang dibina bagi menghalang pandangan terus ke tangga.Di tengah-tengah dinding dibuat lubang yang menembusi tangga tapi telah diletakkan rak buku demi keselamatan anak2 saya yang lasak
Melangkah saja masuk ke dalam rumah,mata akan dijamu oleh sudut bacaan.Majalah yang terbaru saya letakkan di sini.3 majalah yang saya langgan iaitu Keluarga,Nur,dan Rasa.Anjung Seri memang tiap-tiap bulan akan beli.Majalah yang lain2 tu saya beli jika tertarik nak membacanya.

Ruang Dapurku Berubah wajah

Pagi semalam entah mana angin datang,tiba-tiba rajin pula nak mengemas dapur.Dah selesai,sedap mata memandang sebab tidak banyak barang di table top.Bila pemanas air dialihkan,memang nampak lain sikit sebab tidak nampak semak atas table top tu.Mesti buat catatan sebab keadaan sebegini biasanya tak lama bertahan.Maklumlah banyak tangan,baru saja mengemas,sudah bersepah semula.Seronok mata memandang...Inilah hasilnya.Dah lama idamkan suasana seperti ini.

Cawan merah yang bergantung itu merupakan cawan yang baru dibeli mengambil tempat untuk menggantikan cawan yang caca merba.Dapur induksi ni dah lama tak digunakan sebaliknya saya lebih seronok menggunakan dapur yang berada diluar.
Seronok mata memandang dengan kabinet dapur yang panjangnya 12 kaki(RM 6+++)
Satu-satunya jenama Vantage dan kenangan dari Sabah
Di sini tempat cawan dan gelas yang caca merba
Dapur yang dibina di luar apabila tanah yang sekangkang kera di bahagian belakang digunakan sepenuhnya.
Ruang kerja yang agak luas berbanding dengan ruang dapur yang ada di dalam.

Khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

WALLAHUALAM.....

Ujian...

Beberapa hari saya tidak membuat catatan, tiba-tiba hari ni bermasalah pula untuk membuka akaun blog ini.Ujian betul...Cuba...cuba...akhirnya dapatlah menjelang pagi Rabu.Sebenarnya catatan yang ingin saya tulis hari semalam berkenaan peleraian sebuah cerita.

Kita biasanya membaca cerita yang gembira sahaja.Peleraiannya mesti hero akan selamat atau masalah akan dapat diselesaikan walaupun telah menempuh pelbagai masalah.Tidak menarikkah jika sesebuah cerita itu berakhir dengan kesedihan?

Hanya satu novel saja yang pernah saya temui iaitu Tangisan Bulan Madu.Adakah jika cerita yang berakhir dengan kesedihan akan membantut minat pembaca untuk membaca?Sukar sebenarnya nak menjawab persoalan ini kerana banyak orang banyak ragamnya.

Sabtu, 5 Disember 2009

Sayur Kangkung


Semasa saya berada di kampung suami tempoh hari, saya terpandang kankung yang hidup subur dalam parit. Ini tentu kangkung liar kerana batangnya agak besar.Serta merta saya teringat entri yang pernah dibaca dalam blog Kak Norzailina.


Pada satu hari seorang anak kecil yang menderita sakit perut telah dibawa ke hospital. Dia mengalami cirit birit selama dua hari. Pelbagai ubat sakit perut sudah diberikan tetapi masih tidak sembuh.

Doktor bertanya, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Ibubapa anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya cirit birit, dia tak mahu makan, hanya minum susu, tetapi akan muntah semula.

Kata ibubapa anak itu, sebelum sakit perut, anak mereka makan kangkung. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor tidak mampu membuat keputusan tentang jenis rawatan yang diperlukan kerana terlalu banyak lintah.

Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Ia tidak akan mati walau dimasak selama mana pun, apa lagi untuk masakan kangkung yang cepat dan mudah. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, hanya dalam 1 hingga 2 hari lintah itu berkembang biak dengan cepatnya kerana menghisap darah. Jadi, jika hendak memasak kangkung, pastikan batangnya dibelah dua dan dibersihkan betul-betul.



### Beberapa hari selepas membaca entri ini, saya memang tak lalu nak makan kangkung.
Beberapa hari lepas, suami membeli kangkung.Hari ni bila nak masak kangkung, pertama kali saya belah batangnya. Walaupun batangnya kecil,tapi supaya puas hati terpaksa buat juga. Kalau tidak,terbayang-bayang pula...

Jumaat, 4 Disember 2009

Cara Mengatasi Marah

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

sumber : berita harian

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM'diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai Islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman; kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

@@@ Selama ini saya hanya mengulangi ayat tersebut 3 kali saja. Tak pernah dengar pula 7 kali
@@@ Niat yang nombor empat tu macam lawaklah pula.Berkali-kali saya cari maklumat dalam internet,itulah yang ada.Apa2 pun catatan ini sekadar berkongsi maklumat.Wallahua'lam

Memotong Kuku


Sebenarnya, ISLAM ini sangat cantik .Kita disuruh memotong kuku pada hari ISNIN, KHAMIS & JUMAAT kerana ada fadhilat2nya…harap kita sama2 mendapat manafaat….insya’allah..
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
*Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
*Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
*Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
*Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
*Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
*Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
*Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri)
Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan.
Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.


Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rif’ah)
Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya.

Khamis, 3 Disember 2009

Dapur Impiana Memberi Manfaat

Surat pembaca yang telah disiarkan dalam majalah Dapur Impiana April 2009.Gambar-gambar  ini merupakan sebahagian daripada aksesori di dapur.

Ruangan dapur bukanlah satu ruang yang tercorot dan tersembunyi dalam sesebuah rumah. Dapur juga wajar dihias sebagaimana kita menghias ruang-ruang lain. Dapur yang hanya dipenuhi dengan rak-rak penyimpanan akan menimbulkan mood yang kurang menarik. Justeru, berdasarkan pengamatan melalui majalah Dapur Impiana yang saya miliki kini, saya masih dalam proses untuk menghidupkan ruangan dapur di kediaman baru. Walaupun ruangan dapur di kediaman saya agak terhad, namun saya tetap berpuas hati kerana dapat mewujudkan ruang pamer dan ruang penyimpanan. Kemunculan majalah Dapur Impiana amat ditunggu-tunggu kerana di dalamnya banyak info yang dapat saya manfaatkan untuk ruang dapur saya.




Sekadar Surat Pembaca



Alang-alang minat mengumpul majalah,minat menulis saya gunakan untuk menulis surat pembaca.Dapat juga ganjarannya.Surat Pembaca ini disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita. Saya suka membeli majalah ini semata-mata berminat nak melihat Ruangan Rumahku Syurgaku dan beberpa ruangan lain.Biasanya saya tidak membaca kesemua ruangan yang ada.Saya membaca ruangan tersebut kerana saya minat nak mengetahui tentang sesuatu perkara yang ditulis.Bukan majalah MW,majalah Keluarga,Harmoni dan Nur pun sama.Majalah-majalah ini ada dalam simpanan saya.Bahkan saya juga turut membeli majalah Midi. Walaupun tidak pernah saya membaca kesemua ruangan yang ada,namun tiada pula perasaan membazir bagi diri saya.Bila dah suka...

Isnin, 30 November 2009

Main-main

Longkang ni dah tak ada sebab dah disimenkan sebelum raya.Ini cerita masa cuti sekolah bulan 6 lalu


Sudah seminggu cuti persekolahan berlalu.Jika tidak bijak merancang masa,waktu akan berlalu begitu saja. Untuk minggu kedua,bangun saja dari tidur jam 7 pagi, anak saya yang kedua sudah menyebut embak...embak.Maksudnya tembak kerana nak menonton cd ultraman.

Saya sekarang ni tak ada kerja lain hanyalah menemani mereka menonton tv.Anak yang sulung sudah ingat rancangan tv. Bermula dengan ultraman,conan, berlanjutanlah hingga cerita Nenek Kebaya.Cerita Nenek Kebaya pun mereka tengok sebab ibunya pula yang suka tengok.Nasib baiklah bila masa untuk cerita tu,mereka tidak buat hal.Lepas tu sambung pula cerita Upin dan Ipin.Baru seminggu cuti,anak yang kedua dah melekat dengan saya.Tak boleh berenggang lama.

Untuk hari ni,saya suruh anak yang sulung buat blok.Pandai pula dia.Dia pula yang ajar saya.Mengalahkan cikgu pula tu. Bila saja saya cakap nak ambil gambar,bukan main gembira lagi dia.Dapat pula siapkan banyak.Jika tak kerana nak bergambar,tak nak pun buat banyak.

Ahad, 29 November 2009

Kemeriahan Hari Raya

Disebabkan kami tidak balik ke Kuala Selangor pada hari raya pertama,kakak ipar saya menyangka kami telah balik ke Terengganu kerana sambutan hariraya di sana lebih meriah sangkanya.Saya sering diajukan persoalan itu dan kadang kala sukar juga untuk menjawabnya kerana pengalaman saya berhari raya di kampung sendiri tiada istimewanya.

Sambutan hari raya di rumah sendiri pada tahun ni memberi jawapan kepada persoalan tersebut.Sambutan hari raya korban mungkin meriah jika kita mengadakan acara korban kerana biasanya di kampung saya,majoriti penduduk akan melakukan acara korban.Paling tidaknya mereka akan berpakat sesama sendiri untuk mengorbankan seekor binatang ternakan atau bagi mereka memang sangat mampu,mereka mengorbankan seekor binatang ternakan.

Biasanya awal-awal pagi lagi sudah ada orang yang bertamu di rumah kita untuk mengerjakan binatang korban sehingga selesai.Jika dah ada orang yang berkunjung, sudah pastinya makanan untuk mereka patut disediakan. Untuk memasak,pastinya memerlukan tenaga yang agak ramai dan bukannya dilakukan seorang diri. Keadaan ini sudah menggambarkan kemeriahan di hari raya.

Kemeriahan ditambah lagi sekiranya daging korban yang dikerjakan dimasak untuk dijamu kepada penduduk kampung. Keadaan ini bermakna rumah kita akan dikunjungi orang sepanjang hari bermula dari acara proses korban binatang ternakan hinggalah majlis makan-makan.Jika tiada acara korban,maka di mana-manapun kita berada sama ada didesa atau bandar,kemeriahannya tidak akan dirasa.

Sekiranya tiada acara korban,pernah juga berasa hari itu seperti tiada apa-apa yang istimewa kerana tiada orang yang berkunjung dan tiada tetamu yang perlu dirai serta tiada apa-apa yang perlu dilakukan kerana pengisian hari raya Aidil Adha ialah acara korban.

Teringat pula pengalaman saya menyambut hari raya korban di Tambunan,Sabah lima tahun yang lalu.Disebabkan penduduk Islam di situ hanyalah minoriti,acara korban hanya dilakukan di masjid.Untuk memeriahkan hari raya, kami saling berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain sambil menikmati juadah yang dimasak.

Jumaat, 27 November 2009

Cerita Hari Raya Korban

Pakai baju raya sekadar tengok tv di rumah

Si abang sudah kepanasan dan menyalin baju lain
masuk saja dalam mikrovef,masak juga akhirnya begedil ni.

Seronoknya apabila tinggal di rumah sendiri pada malam raya. Seronok lagi apabila bangun tidur jam 5 pagi, saya sempat berinternet sementara menanti nasi masak. Pagi raya,saya hanya menyediakan nasi goreng. Tiada juadah istimewa kerana saya sangkakan kami akan bermalam di Kuala Selangor,rumah mentua tapi rupa-rupanya tidak. Jadi,saya memang tidak terfikir pun juadah hari raya. Selepas suami balik dari solat hari raya,dia memberitahu dia ingin memasak begedil dan nasi seperti dalam majalah Rasa.

Rupa-rupanya suami saya nak ‘main masak-masak’ dulu di rumah sebelum balik ke rumah ibunya. Patutlah sebelum suami ke masjid malam tadi, dia asyik membelek-belek majalah Rasa,nak singgah ke kedai beli barang-baranglah tu rupanya.Bila ditanya, tiada pula jawapan.Begitulah suami saya. Mulutnya susah nak bercakap.Ada-ada saja rahsianya. Sebenarnya saya sudah tahu dia nak cuba memasak kerana selepas dia keluar ke masjid, saya segera membelek muka surat majalah yang dibacanya tadi. Tapi saja berpura-pura tidak tahu. Pengukus yang baru dibelinya juga satu jawapannya. Kami memulakan operasi dengan membiarkan anak-anak menonton tv. Bertuah juga saya kerana suami rajin turun ke dapur walaupun bermusim.

Kasihannya anak saya, dengan berpakaian baju melayu, mereka tidak ke mana-mana tapi hanya menonton tv di rumah.Kami berdua pula bertungkus lumus di dapur menyediakan nasi kukus ayam racik dengan begedil. Begedil merupakan percubaan kali kedua kami.Nampaknya kali ini belum berjaya lagi.Bila masuk ke dalam kuali untuk kali kedua,adunan tu jadi hancur dalam kuali.Kami mencari mana silapnya.Rasa-rasanya daging beku yang menjadi penyebab kerana belumpun kering sekering-keringnya daging beku itu ,ia telah bersatu dengan kentang yang dilenyek.Tiada cara lain, masuk saja dalam mikrovef,masak juga akhirnya.

Walaupun resepi basmathi kukus ayam racik agak mudah tapi disebabkan pertama kali membuatnya,agak susah juga nak menjadinya.Belumpun nasi masak,saya dah kepenatan kerana asyik ke hulu ke hilir kerana saya ada anemia.Mencuba sesuatu perkara yang baru menyedarkan saya tentang kelemahan diri. Saya rela menghadap note book berjam-jam daripada bertungkus lumus di dapur mencuba resepi baru.Walaupun ada terniat di hati nak mempelbagaikan stail masakan,namun majalah Rasa yang dilanggan berbulan-bulan belum lagi berjaya memanggil saya bertungkus lumus seorang diri di dapur bagi mencuba resepi baru.

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tahun ni macam tahun-tahun lepas,saya tidak balik ke Terengganu. Tambahan pula keadaan banjir belum lagi reda.Kali terakhir saya balik pada Hari Raya Haji ialah pada tahun 2007.Pada tahun tersebut, ibu saya telah mengadakan korban seekor lembu.Pada tahun tersebut juga, kami masih terasa kehilangan ayah yang telah menemui Ilahi beberapa minggu sebelum hari raya.

Sebut saja hari raya korban,terlalu banyak pengorbanan yang telah dilalui sebagai seorang anak,isteri dan ibu.Pengorbanan sebagai seorang isteri dan ibu paling ketara sekali.Hidup dengan lelaki yang mempunyai perwatakan yang berbeza dengan kita memang menuntut banyak pengorbanan.Tanpa pengorbanan,kebahagiaan tidak akan dikecapi.Yang pasti,pengorbanan itu jika ikhlas akan dapat ganjarannya.Perlu juga diingat, pengorbanan perlu berpada agar tidak tertindas.