Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tinggal 2009

Beberapa minit lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya.2010 menjelma menandakan usia saya makin meningkat.Biarpun azam tahun ini ada lagi yang tidak kesampaian,namun perjuangan itu diteruskan pada tahun depan.

Menilai kembali perjalanan sepanjang tahun ini,banyak sukanya kerana berjaya menerombos ke beberapa majalah walaupun dukanya tetap ada di hati.Tahun glamor berjaya diukir pada 2009 walaupun tidaklah glamor sangat.

Januari dulu,naman saya terpampang dalam majalah Keluarga.Gembira tak boleh nak dikata walaupun hanya nama yang terpampang.Dalam kesibukan di sekolah,saya cuba lagi menulis surat untuk Dapur Impiana.Rasanya macam dah terlambat kerana majalah untuk keluaran seterusnya memang tidak lama lagi akan diterbitkan.Hantar sajalah.Kalau ada rezeki,majalah keluaran akan datang baru disiarkan.Tiba-tiba bila saya membelek majalah tersebut beberapa minggu kemudian,terpampang nama saya yang ditanda bintang.Tanda bintang tu menandakan saya dapat hadiah pinggan hiasan yang ditawarkan kepada pembaca yang bertuah.Tersenyum hingga ke telingalah saya.

Penghujung tahun pula emel saya kepada Anjung Seri pula disiarkan.Lawaknya,tak perasan pula masa ambil gambar tu saya hanya pakai baju yang berlengan pendek.Baju basahan yang dipakai di rumah pula tu.Bila dah hantar baru terperasan.Tak sangka pula akan disiarkan.

Bukanlah glamor yang dikejar,tapi sekadar mengisi minat dan mencari hiburan diri.Apa pun biarlah tahun 2010 akan lebih bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan