Malam ni emak saya dari Besut akan berkunjung ke sini dengan penerbangan dari Kuala Terengganu.Macam biasa,saya agak sibuk mengemas rumah yang selalu bersepah dikerjakan oleh dua beradik yang tak tahu diam.Masa inilah nak pastikan bilik2 yang jarang disapu,disapu sebersih-bersihnya.Jumaat ni,kakak saya yang sulung bersama keluarganya pula yang tiba. Akan meriahlah rumah ini nanti.
Cuti sekolah ini saya hanya menghabiskan masa bersama anak2.Saya akui kata Dato Siti Norbahyah bahawa anak juga merupaka ujian buat ibu bapanya.Jika di sekolah saya terpaksa berhadapan dengan kerenah budak2,di rumah kerenah anak pula yang terpaksa dihadapi. Apa2pun mereka penyeri hidup saya.Tak ada mereka,tak cerialah hidup saya dan suami.Melihat keletah mereka,saya boleh tersenyum sendiri.
Dalam kesibukan yang bertambah disebabkan sudah mempunyai minat yang baharu,kadang kala anak2 agak mudah ditangani. Minat mereka yang suka menonton kartun menyebabkan tv dipasang siang dan malam tanpa henti.Nasib baiklah ayahnya telah download beratus cerita dalam satu cd,jadi tak perlulah saya nak tukar2 cd.Pemain cd sudah masuk yang keempat dibeli oleh ayahnya.Mana nak tahan jika siang malam cd dipasang.Sebut saja kartun apa,semuanya ada dalam rumah ni.Bila anak2 selalu menonton cd, memang tidak berpeluanglah saya untuk menonton tv.Drama Nur Kasih pun tak dapat tengok habis.Nasib baik cerita Nenek kebaya dapat tengok hingga habis kerana anak yang sulung juga berminat menonton cerita itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan