Selasa, 29 Januari 2013

Maafkan Cikgu

Hari yang tidak boleh dilupakan hari ni.Kelas pertama hari ni ialah kelas 3F.Macam biasalah,sebelum masuk ke kelas,perut mesti diisi dahulu.Apabila masuk ke kelas,bersemangat nak habiskan bab 2 sejarah.Baru saja masuk Malayan Union,saya dapati seorang pelajar yang agak baik sedang membuat kerja lain.Menyirapkan darah.Sebelum ini saya sudah beri amaran bahawa saya akan koyakkan buku jika mereka membuat kerja lain masa saya.Entah apalah malangnya budak lelaki seorang ni,apabila saya tegur dia membuat kerja lain,dia dengan selambanya masih meneruskan kerja tersebut.Dahlah duduk di bahagian yang agak depan,buat kerja lain pula tu.Hati cikgu sejarah ni tak tercalarkah?Saya menghampiri mejanya lalu mengambil buku tersebut dan mengoyakkannya. Pelajar lain terdiam.Saya juga terkedu kerana entah buku siapa yang saya koyakkan tadi.Yang pasti bukan buku sejarah kerana sejarah tiada buku latihan bertulis.Yang digunakan ialah modul yang telah dibukukan.Pelajar tadi terdiam.Dia tidak memprotes.Maka,saya dengan selambanya meneruskan pengajaran hingga loceng berbunyi.

Masa kedua untuk sejarah bersambung selepas rehat.Sebelum masa tamat,saya menghampiri pelajar tadi dan menasihatinya tapi masih dalam ego yang tidak rasa bersalah padahal dalam hati,kasihannya budak tu.Apa nak buat,nasi sudah menjadi bubur.

Isnin, 28 Januari 2013

Jumaat, 25 Januari 2013

Menulis Bukan Kerana Nama

Hujung minggu ni dapat bercuti tiga hari,leganya.Terasa panjang sedikit masa yang ada untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah dan kerja sekolah.Dua beg buku latihan dibawa balik.Harap dapat menandanya dalam masa tiga hari ni.Buku kedatangan juga diseludup balik dengan selambanya kerana nak menyiapkan maklumat murid pada bahagian belakang.Sistem APDM belum lagi selesai.Begitu juga dengan SMM.Banyaknya kerja nak dibuat.Walaupun begitu,terapi mata dan otak hanya di blog ini.

Seronok pula saya singgah di rumah alam maya ni membaca catatan-catatan lama setelah beberapa hari tidak menjengah.Seronok juga kerana ada pengunjung yang sudi singgah di blog ini untuk mencari maklumat.Catatan tentang pengalaman mengandung dan ubahsuai dapur antara catatan yang banyak disinggah.Moga catatan itu dapat memberi maklumat kepada pembaca.Saya menulis bukan kerana nama dan bukan juga untuk duit tetapi untuk tatapan diri sendiri dan menyampaikan maklumat(jika sampai) kepada pembaca.


@@ Ralat sangat apabila gambar simpanan dalam pendrive telah dimakan virus.Nasib baiklah ada buat muat turun dalam blog,kalau tak sampai bila-bila pun akan ralat saja...

Katak oh Katak

Minggu lepas saya telah mengikuti LADAP(Latihan Dalam Perkhidmatan) yang kedua.Ladap kali ini untuk belajar tentang FROG.Hingga hari ini,saya belum berjaya menembusi talian frog.Mana silapnya tak tahu...

Mula-mula tak tahu juga tentang frog.Apabila sudah mempelajarinya walaupun belum dapat mempraktikkannya,frog seakan-akan blog cuma lebih tertutup.Untuk membina laman frog agak susah berbanding blog biasa kerana kita perlu masuk laman frog dahulu.Jika dah begitu,rumah maya ini juga yang selalu dikunjungi..

Jumaat, 18 Januari 2013

Hias Kelas

Hari ini kerja-kerja menghias kelas sudah bermula.Kain biru muda yang dibeli tidak mencukupi untuk menutup permukaan papan kenyataan,maka kain yang digunakan pada tahun lepas digunakan semula untuk bahagian depan kelas.Banyak perkara yang tidak selesai kerana persediaan awal tidak dibuat dengan teliti.Nampaknya guru kelas tidak boleh lepas tangan walaupun untuk kelas depan kerana mereka masih mengharapkan kesungguhan cikgu,bukannya kesungguhan mereka.Jika guru tidak bersungguh,maka mereka pun akan lepas tangan juga.

Nampaknya hari Jumaat depan mesti disambung lagi bagi menyelesaikan semuanya iaitu melekatkan slogan kelas,maklumat mata pelajaran dan hiasan-hiasan lain.Tengah hari tadi hanya sempat melekatkan kain di papan kenyataan belakang kelas sahaja di samping beberapa pelajar sedang menyiapkan maklumat mata pelajaran.Jika ingin mengecat kelas,
terpaksalah tambah satu hari lagi.Rasa-rasanya tak sanggup nak mengecat kelas.

Dalam menghias kelas,tercari-cari idea untuk menghias papan kenyataan kelas supaya menarik.Biasanya saya hanya buat biasa-biasa saja kerana tahu pelajar tidak pandai menghargai apa yang ada.Mungkin gambar-gambar ni boleh dijadikan idea.Sumber,internet.




Rabu, 16 Januari 2013

Siapa Menang...Tunggu dan Lihat...

Mesyuarat agung untuk rumah sukan telah berlangsung pada hari Selasa,semalam.Guru yang agak senior juga menjadi ketua rumah.Tahun lepas,rumah sukan Hang Nadim mendapat nombor dua.Tahun ini,belum pasti kerana acara sukan akan bermula pada bulan Februari dan Kejohanan Olahraga dan Padang pada Julai.

Pakaian Sekolah di Karnival

Agak lama juga saya peram idea nak berkongsi cerita mengenai pakaian sekolah anak.Dua tahun lepas,saya membeli pakaian sekolah Ammar di Tesco.Harganya murah tetapi saya dah lupa harganya.Tahun ini,suami beli pakaian sekolah Ammar di Tesco lagi cuma baju sekolah kebangsaannya agak berlainan sikit kali ini kerana tiada poket dan kolarnya agak luar biasa sedikit.Suami tersalah pilih atau memang itu saja pilihan yang ada,tak pasti sebab urusan membeli dibuat oleh suami.
kolar baju yang lembik

tiada poket...
Baju sekolah agama pula hanya dibeli dua pasang saja kerana suami menganggap baju yang saya beli pada pertengahan tahun masih boleh dipakai  padahal baju tu dah singkat.Ammar makin membesar.

Apabila kolar baju dah pelik sikit kerana lembik dan tiada poket,saya membeli dua pasang baju lagi.Pada mulanya nak membeli di Kedai Hari-hari tapi jauh sangat dengan rumah.Saya pun meninjau-ninjaulah di Kedai Karnival.Pada pertengahan tahun lepas, saya ada menanyakan baju sekolah di kedai itu tetapi kualiti kainnya tidak seberapa.Nampak sangat baju murahan walaupun saya tidaklah mementingkan jenama.
Maka,selepas itu saya memang anggap baju sekolah di Karnival tidak elok sangat berbanding Kedai Hari-hari.

Tahun ini,saya dapati baju sekolahnya memang cantik cuma tidak berjenama terkenal.Jenama Cemerlang dilekatkan di kolar baju.Baju daripada kain kapas sudah kehabisan,maka saya membeli baju daripada kain licin yang bersaiz 16 berharga RM 18.90.Biasanya masalah juga nak membeli baju kerana tidak dapat mengagak saiz yang sesuai.Jika di Tesco,saiznya mengikut umur,senanglah sikit.Baju untuk sekolah agama pula saiz 28 yang berharga RM 20.90 sepasang.Jadi,saya tidak perlulah ke Kedai Hari-hari.
baju seragam sekolah dihantar dobi untuk diseterika sahaja..RM 0.80 sehelai  dan mendapat diskaun 10 %.jika 6 kali mendapat perkhidmatan mencuci pakaian secara percuma bagi 2 kg pakaian

Cara Jahit Lencana Sekolah

Sudah minggu ketiga persekolahan bermula namun kerja menjahit lencana sekolah baru selesai.Setiap hari memang kepenatan.Hingga kini banyak kerja yang belum selesai tapi mengemaskini blog menjadi terapi tekanan.Disebabkan tahun lepas saya berseronok saja pada awal tahun,maka tahun ini memang terasa tak terkejar rutin harian.

Apa-apapun saya nak kongsikan skil yang tak seberapa menjahit lencana sekolah Ammar.Semuanya jahit tangan kerana malas nak membuka mesin jahit.Apabila tiada,mesin jahit dianggap perlu tapi bila sudah dimiliki,malaspula nak memanfaatkannya..

Dua cara jahitan saya buat iaitu jahit jelujur halus dan jahit kia iaitu jahit secara undur ke belakang dan cubit sedikit kain

letak peniti dahulu supaya lencana tak senget.lagi bagus  jahit  jelujur   besar  supaya lencana  tetap pada kedudukannya  sebelum dijahit


jahit jelujur
jahit kia

Selasa, 15 Januari 2013

Apabila Akmal Suka ke Dapur

Apabila sudah pandai berjalan,Akmal suka sangat ke dapur.Macamlah dia tahu di dapur banyak makanan.Kerja yang selalu dia buat di dapur...Setakat sepah-sepahkan barang,ok lagi tapi jika dah pecah satu cawan,bimbang juga.Maka,tiada barang kaca disimpan di rak bawah. Peliknya,dia tidak berjalan apabila di taska.Cikgunya kata,tak pernah nampak dia berjalan di taska tapi tiba-tiba dia dah berada di tempat lain.Di rumah, semua ceruk dia meneroka...






akhirnya,inilah yang jadi untuk seketika...


Ahad, 6 Januari 2013

Sudah Sibuk

Masa cuti sekolah yang lepas,banyak masa untuk buat catatan kerana tidak ke mana-mana.Bila sudah tahun baharu,agenda harian makin sibuk dengan persediaan untuk buka sekolah.Hari ini,saya belum berkesempatan lagi untuk menulis peristiwa semalam yang penuh bersejarah. Baru tiga hari bersekolah,saya sudah sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis dan kerja-kerja sekolah:kemaskini maklumat murid,menulis minit mesyuarat guru yang baru berlalu,menyiapkan buku rekod mengajar(tahun ni baru mula buat fail kerana rancangan mengajar ditaip sepenuhnya.buku yang tebal dah tak digunakan kerana tak cukuppun untuk setahun)

Apa-apapun moga tahun 2013 ini akan membuka lembaran baru buat kami sekeluarga.Paling penting, harap-harap Adib dapat bbercakap dengan fasih dan mula mengenal huruf kerana tahun depan dia akan ke sekolah rendah.Ya Allah,permudahkanlah usaha kami...

Selasa, 1 Januari 2013

31.12 Hari Lahir Akmal

Malam tahun baharu ni Akmal tidur kekenyangan kerana puas hati makan kek hari lahirnya.Burger seberat 1 kg(RM40-di Seksyen 7 Shah Alam) dibeli untuk meraikan hari lahir Akmal yang pertama.

Masuk 11 bulan,Akmal mula berjalan 2/3 langkah.19 haribulan,setelah saya balik dari sekolah kerana urusan penyerahan keputusan PMR,dia makin pandai berjalan.Selepas itu,kemahiran berjalannya makin menyerlah.Hari ni,dia sudah pandai bangun sendiri.Biasanya dia akan berpaut pada sesuatu...

ini yang tinggal....