Isnin, 29 September 2014

Kain Renda di Kedai RM2 Saja



Hampir RM8 dibelanjakan untuk membeli kain renda di Kedai Dua Ringgit .Kain-kain tu dipotong mengikut ukuran.Pada mulanya memang nak membeli menerusi internet saja tapi saja nak cuba dulu kain yang dibeli di kedai RM 2.

Susun Atur Hiasan di Dapur


Menjelang raya tempoh hari,sempatlah saya kemas atas kabinet ni dan susun semula perhiasan yang ada.Biasanya orang memperagakan bakul di atas kabinet dapur tapi saya tak suka pula cara itu.Kabinet dapur dahlah warna coklat ,letak pula bakul yang warna coklat lagi,murungnya dunia.Lagipun saya memang suka kumpul perhiasan yang warna-warni, maka apa-apa hiasan yang tak selamat diletakkan di rak bawah ,itulah tempat yang selayaknya.Bila masuk ke dapur, terjamulah mata dengan hiasan warna-warni tu





 Kain lap tangan..terpaksa sepit macam tu kerana Akmal selalu saja tarik kain tu..suami yang buat tempat gantung tu.penyangkut rama-rama tu dah rosak, penyangkutnya dah tercabut tapi sayang nak buang...jadi hiasan di situ
 Penyangkut ni masih ok.digunakan untuk menyangkut tudung di dapur
Kain lap...jadi hiasan semata-mata sebab comel sangat

Ahad, 28 September 2014

Sudah Sempurna Sudut Kopi


Sempurnalah Sudut Kopi di sudut ni.Bersudut juga tempatnya.Pada mulanya nak gantung cawan di dinding tapi tak tahu bila pula boleg digantung penyangkut tu.Nak tebuk sendiri dinding tu tak berani pula kerana berjubin.Nanti pecah jubin,masalah lain pula timbul.Sepantas kilat,semasa sarapan pagi semalam sebelum ke sekolah,terpandang rak putih tu dan idea datang.Hari ni, mesti ni diusahakan.
Rak yang dibeli di Cosway ni memang dah tak digunakan  kerana rak rempah dah ada yang banyak tingkat.Mug yang berlebihan boleh disusun di situ

Ada cawan lagi di gantung di situ untuk kegunaan anak-anak.Saya hanya gunakan penyangkut S yang dibeli di Kedai NT saja untuk menggantungkan cawan tu..

Selesai bancuh air, minum di meja tu.Memang sesuai sangat kalau dapur memang dah sempit...

Cara Tampal Kertas Dinding Berpelekat

Video ni sebenarnya dirakam sendiri semasa saya menampal kertas dinding berpelekat tempoh hari.Agak mudah juga walaupun buat sendiri tapi jika buat berdua lagi mudah untuk meletak kertas dinding tu kerana seorang lagi boleh pastikan kedudukan bahagian tepi kertas dinding bersambung dengan bahagian sebelahnya.Jika dah banyak yang melekat tapi tak bersambung, terpaksa reda saja kerana agak susah nak menanggalkannya...

Pendek saja video ni kerana nak menunjukkan caranya saja ...terpaksa berhenti kerana bawahnya ada
tombol pintu


Nota kaki:kalau tak berapa nak menjadi video ni,saya minta maaf kerana kurang mahir nak muat naik video sendiri.akhirnya muat naik melalui gambar saja..dalam video 37 saat tu memang nak tunjukkan pergerakan tangan saja.satu tangan tarik dan satu tangan lagi ratakan kertas dinding dengan plastik seperti tu.tak ada plastik tu,boleh gunakan apa-apan yang sesuai...

Jumaat, 26 September 2014

Amalan Awal Zulhijjah

Assalammualaikum...berkat Jumaat yang berkat, saya kongsikan catatan untuk pengisian rohani pula...

Hari yang terbaik ialah 1 hingga 10 Zulhijjah....
malam yang terbaik adalah malam lailatulqadar....

Maksud hadis nabi saw .....Tidak ada hari yang Allah suka hamba-Nya beribadat padanya melainkan hari 10 awal bulan Zulhijjah...

Buat amal dengan banyak dari 1 hingga 10 Zulhijjah nanti..1 Zulhijjah bermula pada hari Jumaat ni...buatlah sebanyak mungkin amalan pada 10 hari tersebut.

Antara amalan-amalan yg boleh dibuat  ialah..
1. Bersedekah
2. Puasa sunat
3. Membaca al quran
4. Menolong orang dgn ikhlas
5. Menjamu makan
6. Berzikir, bertahlil, bertakbir, bertahmid.
7. Berselawat
8. Buat baik pada ibubapa
9. Qiamullail
10. Solat sunat tahajjud
12. Solat berjemaah
13. Solat sunat rawatib
14. Solat sunat dhuha
15. Solat sunat witir
16. Berdoa dan mohon kebaikan drpd Allah swt serta tolak keburukan.

Amalan  lain yang baik-baik digalakkan sepanjang 10 hari tersebut.

Jangan ada satu waktu pun dalam 1 hingga 10 zulhijjah ni solat bersendirian..pastikan solat berjemaah setiap waktu..  Allahuakbar... Banyaknya rahmat Allah khusus untuk kita..

Rabu, 24 September 2014

Troli Jati Di Dapur...

Salam Rabu...
Puas juga mencari idea di internet untuk hiasan troli jati seperti ini tapi agak mengecewakan.Troli ini menjadi kegemaran Akmal untuk ditolak ke sana ke mari.Makanya, troli ini perlu disembunyikan.Jadi, idea nak mendeko troli tak berapa nak menjadi kerana dah jadi tempat simpan barang.
Selepas beberapa rak diletakkan di tepi singki ni, nampaknya rak-rak tersebut kurang praktikal kerana berkulat dan berdebu, inilah inisiatif terakhir untuk meletakkan bekas hijau tu di samping barang-barang lain tu.Teko, labu sayong dan pasu tu sebelum ini diperagakan di atas kabinet dapur tapi tempat telah diambil oleh pinggan lama.Beberapa bulan juga barang-barang tersebut diletakkan di bawah singki hingga sesak jadinya.Sekarang nak kosongkan ruang bawah singki supaya periuk belanga ada tempat yang selesa dan tak sakit mata memandang.



Nota kaki:ini kali keempat perubahan perabot di situ.harap-harap troli tu boleh bertahan lama..cepa betul ruang dapur jadi sesak.tiap-tiap minggu kena buat 5 S...kagum dengan orang yang pandai urus dapur yang kecil..

Ahad, 21 September 2014

Ubah Wajah Pintu Hanya RM7

Dah lama tak selera tengok pintu dapur ni.Hari ni dapat ubah wajah pintu dengan kertas dinding berpelekat yang dibeli semalam.Jika tidak diusahakan segera, maka tersimpanlah saja dan tak pasti pula bila akan menampakkan hasilnya.Terjadi sebegitu kerana kertas dinding berpelekat yang dibeli tidak mencukupi.Garis tengah tu pula kerana kedua-dua bahagian di atas tidak bercantum.Untuk menutup kecacatannya, timbullah idea itu dengan menggunakan kertas dinding yang ada.





Tambahan Hiasan Dinding di Ruang Tamu Pula

Aktiviti petang semalam.Tak tahu tempat untuk lekatkan hiasan ni tapi bila dah berkenan, beli juga.Kebetulan ruang bawah tu nampak kosong, maka itulah tempat yang sesuai.Selepas ni saya peru tonjolkan banyak elemen merah di ruang tu.Pelekat tu hanya berharga RM11.90 di Mr Diy dengan empat keping kesemuanya.



tampal guna double tape saja kerana di belakangnya tiada gam

Barang-barang lain yang diborong.Hari ni baru bawa keluar dari bonet kereta semasa suami pergi ke kedai kerana tak nak dia bising-bising.Nanti dia cakap, nak buat apa lagi tu?Inilah bahananya jika isteri boleh pergi sendiri, semua benda nak dibelinya.




Ruang Kerja Dapur Comel

Salam hujung minggu.Esok dah mula kerja.Hari ni nak kongsikan tempat saya masak hari-hari.Masak pun yang mudah-mudah saja.
Semasa pembinaan kabinet ni,saya pastikan ada ruang kerja kerana apabila memasak,saya akan menggunakan sepenuhnya ruang yang ada.Saya tidak selesa jika ruang kerja sangat sempit apatah lagi jika kena berjalan sana sini.Ruang dapur yang lebih kurang 4 x 3 kaki saja luasnya ni memang memudahkan kerja.Kerja-kerja memasakpun tak penat sangat.

Saya tertarik dengan rak pinggan ni semasa ke rumah kakak di KT dulu.Teratur saja pinggan mangkuk di rumahnya.Makanya,saya belilah juga tapi disebabkan skil mengemas tu kurang ada berbanding kakak, rak pinggan tiga tingkat saya ni pun masih berkeadaan sesak.Gambar ni selepas sesi mengemas,nampaklah tersusun sikit.biasanya saya letak saja pinggan mangkuk yang dicuci tanpa menyusunnya dengan teratur..

Gagal untuk menjaga benda kalau warna cerah..rasa nak tampal kertas dinding berpelekat untuk ruang kerja yang tak berapa luas ni..

nasib baik ada ruang lagi di sini.bolehlah guna untuk letak apa-apa..

Sebelah kiri pun ada ruang juga.biasanya saya menumbuk bawang di situ saja.Bila dah perasan ada sedikit retak di jubin tu,makanya kerja menumbuk kena pindah ke tempat lainlah 

Nota kaki:Susah juga nak biasakan diri menyusun atur pinggan mangkuk di rak pinggan setiap kali mencuci pinggan...

Sudut Kopi

Sudut kopi...jika di pejabat nampaklah fungsinya.Tapi jika di rumah,pentingkah sudut ni?Tak pasti pula tapi macam seronok saja kalau ada sudut kopi di sini.Setakat ni tempat untuk simpan kopi,teh,gula, dan milo memang adapun tapi tak sempurna keadaannya kerana cawan dan sudu di tempat lain.Sudut kopi seperti ini memudahkan kerja juga sebenarnya kerana semua kelengkapan untuk bancuh air ada di satu tempat.Susun atur di rumah juga lebih tersusun.








Sabtu, 20 September 2014

Dilema Sebagai Guru BM

Saya pernah ditegur oleh rakan kerana menggunakan bahasa yang standard apabila membalas mesejnya.Itulah kesannya apabila menjadi guru BM.Terasa bersalah pula apabila menggunakan bahasa rojak dalam penulisan walaupun dialek Kelantan agak ketara di bibir.




Pelekat Suis Lampu di Mr Diy

Banyak betul saya memborong di Mr Diy.Bekas plastik dibeli lagi.Kertas dinding berpelekat pun dibeli juga.Alang-alang dah sampai ke Mr Diy,beli saja yang terfikir.Harap-harap akan dideko kemudian dan bukannya tersimpan saja...




harga RM 2.90 di Mr Diy

Cuci Mata di Romantika Setia Alam

Semalam dapat cuci mata di Romantika.Suka sangat sebab dekat sikit tempat ni dengan rumah.Kalau tak kena pergi ke Shah Alam,jauh sikit dengan rumah.Pada mulanya tak tahu tempat nak terjah,cuma tahu berhampiran Tesco sahaja.Memandangkan saya tinggal di Saujana Utama,setiap kali ke Tesco memang terus ambil jalan ke kiri menghala ke Setia City Mall.Makanya,memang tak perasan bangunan-bangunan yang ada selepas Tesco tu.Rupa-rupanya deretan kedai perabot ni berada selepas bangunan Tesco jika dari SU dan sebelum Tesco kalau dari Klang.
Tak banyak barang yang saya beli kerana selepas ni nak ke Mr Diy.Puas hati menghabiskan duit semalam kerana penuh bonet kereta saya memborong di Mr Diy...















Khamis, 18 September 2014

Almari Dapur

Salam hari Khamis..Sudah Khamis,cepatnya masa berlalu.Cuti-cuti ni saya suka berblog.Makin banyak bilangan catatan,makin seronok.Gara-gara suka membuat koleksi,begitulah teruja sangat apabila bilangan bertambah..
Catatan tentang dapur memang orang suka.Saya juga suka mencari cerita tentang dapur di blog-blog untuk melihat cara bloger lain mengurus dapur mereka.Pengurusan yang bijak di dapur membolehkan kita melakukan rutin harian dengan mudah dan terurus kerana zaman sudah berubah.Tuntutan harian sangat banyak,maka pengurusan masa dan mata sangat penting.Jika tidak,kita akan 'stress' yang akan memudaratkan kesihatan.
Sebenarnya saya nak kongsikan susun atur almari dapur.Tidak semua orang mampu memiliki kabinet dapur.Ada juga berpendapat,kabinet dapur tak penting.Guna rak pun boleh asalkan boleh simpan barang.Terpulanglah pada kemampuan dan pendapat masing-masing.Gambar-gambar ni memnag saya ambil dalam internet sebab mana lagi nak cari.Disebabkan blog saya ni memang tak jana duit,(tak berkat rasanya jika banyak salin yang orang lain,maka saya seronok berkongsi cerita macam ni)gambar-gambar  ni memang tak  memberi keuntungan kepada saya,sebab tu tak rasa bersalah bila saya salin gambar daripada blog orang lain.Moga anda yang empunya gambar ni juga dapat pahala apabila orang mengambil idea anda.Itulah niat saya...
Moga dapat inspirasi daripada susun aturnya.