Khamis, 18 September 2014

Beli-belah di Kedai RM 2...

Semenjak terjebak dengan deko-deko dan susun atur,saya suka ke Kedai RM 2 dan kedai seangkatan dengannya seperti NT Shop.Ada-ada saja benda yang hendak dicari.Masa kemaruk mug hijau dulu,saya memang pun menjengah ke kedai ni untuk mengintai mug yang cantik kerana mug di kedai biasa agak mahal tapi tak banyak pilihan hijau.Beberapa hari lalu saya pergi lagi ke Kedai RM 2 tu.Biasanya barang di kedai ni kalau dah habis stok,barang tersebut memang dah tak ada.Itulah yang saya perasan.Sebelum ni saya pernah beli penyangkut baju.5 batang dengan harga RM2,tebal pula tu.Kononnya nak beli lagi tapi dah tak ada.Barang-barang deko seperti pelekat yang lain daripada lain sikit tak ada,kertas dinding berpelekat pun tak ada.Sesetengah kedai lain ada.Yang menarik sikit,mug ni...





Antara barang yang saya beli tempoh hari di samping bekas plastik untuk simpan makanan dalam peti ais.


Kedai di tempat saya,Saujana Utama.Gambar sumber google.Manalah nak bergambar malam-malam tu..


Kedai Eco RM 2 ni 'adik-beradiknya' agaknya sebab sama motto je...Kedai Eco ni besar sikit sebab bila balik ke Besut tempoh hari lihat besarnya kedai ni.Tapi rugi,tak sempat nak terjah sana...


Kuala Lumpur dan Selangor tak ada kedai ni...

Jom semak  kedai ni di tempat anda,bolehlah membeli-belah...

cawangannya,rujuk di sini





1 ulasan:

  1. Beli barang RM 2 secara borong atau pakej' klik sini http://kedai-rm2.six.com/jabar

    BalasPadam