Remaja dulu-dulu selalu turun ke dapur menolong emak memasak.Saya pun tak terkecuali walaupun sekarang taklah pandai sangat memasak.Beruntunglah jika ibu-ibu sekarang boleh mendidik anak remaja perempuan terutamanya turun ke dapur kerana remaja kini memang culas di dapur.
Apabila mangga di depan rumah sangat menjadi tahun ini,maka lidah mulalah tak tahan nak makan sambal mangga.Hari ni baru boleh mencuba sambal mangga ni.Resepipun berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.Sukatannya, pandai-pandailah agak.
![]() |
| mangga muda yang ditumbuk bersama dengan 2 ekor ikan(saiz kecil) tawar(rebus dulu) dan dua biji cili |


