Jumaat, 20 Jun 2014

Pasu Sarawak

Dah lama berhasrat nak mengumpul pasu yang cantik-cantik.Selama ni memang ada pun simpan dua pasu kecil yang biasa-biasa tapi tersorok dalam kabinet pula kerana tak ada tempat nak peragakan. Apabila lihat gambar masa di Tuaran,Sabah masa bujang-bujang dulu,keinginan untuk memiliki pasu seperti yang dalam gambar tu sangat tinggi macam mengidamlah pula.Belum sempat nak minta bantuan rakan yang masih tinggal di Sabah untuk membelikannya,tiba-tiba ada orang nak nak menjual pasu Sarawak dalam fb deko-deko.Rezekilah ni setelah dah lama mencari orang yang menjual pasu secara on line.
tak sangka, zaman bujang2 dulu saya masih pakai baju kurung apabila keluar berjalan-jalan.sekarang mana nak kenal baju kurung dah kalau tak masa kenduri atau pergi kerja... 
pasu yang tinggi RM25..


pasu kecil sikit RM 8.kos penghantaran RM 14 kerana pasu dipos dari Bangi sahaja..kalau beli di Sarawak,kos penghantaran lebih mahal...


letak di atas kabinet dapur ni supaya selamat daripada mainan anak-anak.agak terlindung sikit terutamanya yang rendah tu.dekat nak raya,baru akan ditinggikan sikit kedudukannya tu..




4 ulasan:

  1. salam perkenalan....baru ketemu blog puan. seronok tengok deko, saya agak berminat dgn pasu serawak terutama yg tinggi, mungkin soalan nie agak lewat tapi masih available tak? Sy follow ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga..kena jalan2 sendiri cari pasu Sabah,Sarawak..baru puas hati

      Padam
  2. oh yer ker...sy ingat puan jual,maaf. sy scroll cr butang follow tapi xjumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan saya ada 2 biji saiz besar tahun 1984 . Yg kecik pun ada 0197721746

      Padam