Rabu, 4 Jun 2014

Dah Terjebak Dengan 'Decoupage'

Sangat tertarik apabila nampak bunga ni dalam fb.Rupa-rupanya ada dijual di Romantika.RM 15.Pada mulanya tak dapat nak gambarkan rupa asal bunga ni.Dua minggu sebelum cuti sekolah hari tu,sempatlah ke Plaza Alam Sentral seorang diri saja.Dapatlah ke sana kerana minggu tu dah peperiksaan,taklah terbeban sangat nak fikir hal-hal sekolah.
Rupanya-rupanya bunga ni dalam bentuk pelekat.Ada 11 kuntum bunga rasa-rasanya dalam satu kertas pelekat,rapat-rapat pula tu.Memang kena gunting mengikut bunganya.Tak dapatlah nak letak bunga ni dalam bingkai gambar kerana tak dapat nak fikirkan caranya.
Semalam,cubalah buat deko ni dengan Ammar,seronok pula menolong.Mudah saja,cuma tak tahu nak gunakan pengilat untuk kilatkan lapisan bunga ni bila dah siap.Biarkanlah,guna sendiri,itupun dah cantik..
kebetulan pinggan ni dah lama dibeli hingga jadi menyemak di rak pinggan,guna saja pinggan ni...kuranglah pinggan di rak pinggan yang memang dah semak tu...hijau tetap menjadi pilihan

pinggan ni pinggan lama...ambil 3 sahaja dari kampung




2 ulasan:

  1. Waa cantik! Akak pun slalu pegi Romantika tu ek? Suke sangat dalam tu kalau masuk boleh gile hahaha... Jemput Singgah: Jom Tambah Saham Akhirat yuk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka ke KK Home deko tp skrg tak dah masuk situ....serba putih je,nak cuci mata pun tak seronok.blh gile tu yg tak sanggup nak ke romantika😁😳
      Rambang mata juga wpun tak semua barang sy suka

      Padam