Sabtu, 13 Ogos 2016

Dapur...Dulu & Sekarang

Sekarang...banyak gajet di atas meja kaunter


Dulu..lapang sikit




Ruang Tamu


Selasa, 9 Ogos 2016

Tempat Hiasan

Saja nak mencari tempat hiasan yang lebih besar,troli dan meja kacang tu jadi pilihan.Tempat muat lagi,Ahad lalu sekali lagi saya memborong ke Kk Home Deco di Shah Alam tapi belum deko-deko lagi.Inilah terapi kala sibuk,taklah stress sangat.






Nota kaki:kalau dapat tukar kerusi yang ada dengan yang ini alangkah bahagianya...



Selasa, 2 Ogos 2016

Barang Penghabisan Stok

Set teko ni sudah habis stok,yang tinggal hanyalah set yang dipamerkanJenuh si juru kedai mencari set teko ni kerana semua yang dipamerkan sudah rosak.Ada dua set yang dipamerkan,set inilah yang paling elok walaupun agak sompet di bahagian penutupnya.Yang satu memang rosak yang agak ketara pada bahagian penutupnya.Antara nak atau tidak,lama-lama terambil juga kerana bahagian tu tak ketara sangat.

Pinggan ni pun yang terakhir untuk 6 biji.Pada mulanya hanya 5 sahaja,memang dah ambil 3 biji yang bulat.Walaupun tak sama dengan bahagian satu lagi tapi reda sajalah.Tiba-tiba mata terpandang satu biji pinggan yang dipamerkan,Alhamdulillah...
cukup juga 6 biji.Maka,samalah kedua-dua bahagian.

Pinggan bertingkat ni memang ambil di rak pamer.Ini satu-satunya yang ada dari jenis ni.Kole tu pun sama.Tak nampak pun kole seperti ni dalam kotak.Yang namoak hanya ni sahaja.

Koleksi Hijau di Kk Home Deco

Berjaya juga menambah koleksi pinggan hijau hiasan tu bila ada jualan murah macam ni.Kalau jualan 90% untuk barang kedua dulu masih terasa mahal.Lagipun masa tu ke Plaza Shah Alam,pinggan hijau tak banyak.Kali ni saya ke Kota Damansara.Pinggan hijau juga masih tak banyak,mungkin stok lama.