Tak sabar menunggu hiasan ni.Ditempah dengan Eima Craft.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Isnin, 31 Disember 2012
Dekorasi Dapur-Doa Masuk Dapur
Jalan-jalan Hari Krismas
Kononnya nak mencari tas tangan baharu di Sacc Mall tapi tempat letak kereta sudah penuh..Ramainya orang.Maka,kami ke akuarium berhampiran Wet World.Rupa-rupanya akuarium tersebut sudah berpindah sementara di Seksyen 23 berdekatan Caffour kerana tempat asalnya sedang diubahsuai.Sudah ada Caffour di situ.Ohh lamanya tak sampai di Shah Alam.Sebelum ini,itulah tempat yang saya suka jalan-jalan dulu.Pergi dengan teksi saja.
Seronok sungguh Akmal berada dalam kendongan ayahnya semasa kami singgah di Ole-Ole Shah Alam untuk membeli buku.Masa tu Karangkraf ada buat promosi jualan.Kemudian barulah kami ke Jakel.Sebenarnya dua matlamat saya ajak suami jalan-jalan,nak ke Sacc Mall dan Jakel.Sacc Mall dah melepas,jadi ...Jakel mesti pergi.Ya Allah,jalan sesaknya.Nak cari tempat letak kereta pun susah tapi berjaya juga masuk ke Jakel.Membeli masa maghrib,manalah sempat nak memilih.Hanya sempat pilih kain untuk alas sofa saja.Mahal juga kainnya(RM30 semeter).Susah juga nak cari warna biru.Harap-harap ruang tamu akan ceria sikit nanti.

Rabu, 26 Disember 2012
Besut Sudah Bah
Pantai timur Semenanjung sudah dilanda banjir.Lamanya tidak mengalami pengalaman main air banjir seperti masa remaja dulu.Rindu suasana tu.Saya salin gambar yang dimuat turun di fb oleh rakan untuk melepaskan perasaan rindu tu.Rindu??
Khamis, 20 Disember 2012
Koleksi Hadiah Percuma
Tanpa disedari,banyak hadiah percuma yang memang digunakan dalam rumah terutama pinggan mangkuk.Ada lagi jug air rebina,sunquick..Jug tu digunakan juga.Jug Tuperware disimpan saja sebab tak telus pandangan...
![]() |
| dah jadi pinggan makan Adib sekarang setelah pinggan dari menu kitchen telah pecah |
![]() |
| hanya koleksi suami semata-mata.dia juga nak buat koleksi di dapur... |
Nafkah
Kata-kata di atas memberi makna yang mendalam.Kesibukan tidak menjadi alasan untuk abaikan anak-anak.Dalam sibuk berblog,siapkan modul yang masih belum juga siap kerana banyak proses nak dibuat,tidak semena-mena boleh abaikan uperhatian terhadap perkembangan anak-anak.
Seronok melihat perkembangan Akmal.11 bulan dah boleh berjalan (rasanya agak cepatlah ni),
pandai baring sendiri hingga dia akan berguling di mana-mana saja yang dia suka.Sudah pandai tepuk tangan.Bercakap juga sudah boleh.Ayah perkataan pertama yang dia pandai sebut.Nampak makanan,sebut nak.Boleh dikatakan semua perkara dia dah pandai.Alhamdulillah...
![]() |
| sedang belajar untuk duduk di kerusi supaya senang nak tiup lilin hari lahir nanti |

Tahun 2013 Tahun Hasilkan Buku?
Saya mengikuti fb tentang kursus penulisan baru-baru ini. Kursus penulisan telah diadakan pada awal bulan Disember lalu tetapi tempatnya agak jauh.Susah juga hendak ke sana,maka saya tidak menyertai begkel tersebut.Tetapi disebabkan saya telah berdaftar dengan mereka,maka saya masih menerima emel daripada mereka.Terbaru,jika diberi satu pilihan,buku apakah yang akan saya tulis?Susah juga nak memberi satu jawapan sebab saya ada banyak idea nak menulis.Idea banyak tetapi usaha tiada....itulah masalah utama.
Jawapan saya,bukukan blog saya.Apabila difikirkan semula,siapalah saya ni nak membukukan kisah sendiri?Rendah dirilah pula.Maka jawapan yang seterusnya ialah hasilkan koleksi cerpen saya dan hasilkan buku tentang hobi-hobi yang ada.Manuskrip novel yang sudah lama saya cuba siapkan dah dilupakan padahal hasilnya yang ada cuma edit semula saja..
Apa-apapun moga tahun 2013 memberi ruang untuk ke arah itu....

Rabu, 19 Disember 2012
Pinggan Corell dan Botanic Garden
Semalam agak sibuk menyiapkan modul BM tingkatan 3 hingga tiada masa nak buat catatan.Hari ni qada...bukannya nak berbangga dengan koleksi yang sedikit tapi sekadar nak berkongsi kerana ada rakan bertanyakan mengenai pinggan corelle.Saya membelinya semasa projek perumahan saya sedang naik.Rumah diduduki,saya sudah ada set pinggan mangkuk untuk digunakan.Tak perlu nak pening-pening cari pinggan tapi terbeli juga pinggan milamin Leno...
![]() |
| masa mula-mula beli secara bayaran kutu.RM 300 satu set.Masa ni pada 2008 untuk digunakan harian.hanya jenis ini saha yang dibeli walaupun pinggan makannya agak leper... |
![]() |
| tak kesampaian lagi nak menggunakan pinggan ni kerana sayang...teko sahaja RM 320.beli masa harga biasa... |
![]() |
| beli dua set lagi untuk dapatkan cawan ni...bayaran secara kutu,tak terasa sangat tapi sudah mahal berbanding masa beli pada 2009 dulu...apabila diteliti cawannya,alamak!Cacatnya... |
![]() |
| tak cantiknya,melekat begitu kerana digam |
Keputusan PMR 2012
Hari ini keputusan PMR diumumkan,maka saya perlu ke sekolah untuk mengagihkan keputusan peperiksaan bagi kelas 3 N.Entah apa nasib,tiga tahun berturut-turut saya menjadi guru kelas bagi kelas tercorot.Menderita juga dalam masa tujuh bulan lebih kerana mereka amat dan tidak mahu mendengar apabila ditegur.Itulah cabarannya berhadapan dengan anak remaja kini.
Rasanya tahun ni dah habis tenaga nak melayan kerenah mereka,maka saya hanya buat selamba saja dalam bab pengurusan kelas.Meja yang selalu hilang,pandai-pandailah cari sendiri sebab cikgu tak daya nak mengikat meja-meja tersebut.Penyapu yang dibeli dah hilang,pandai-pandailah pinjam dari kelas lain...jangan biarkan kelas kotor.Hanya hal-hal sebegini boleh dipandang remeh,bab disiplin jangan,nanti naik lemak mereka
Paginya memang dah tak senang duduk kerana bimbang yang teramat bimbang kerana majoriti main-main masa belajar malah tak minatpun nak belajar bagi pelajar lelaki.
Pelajar yang nampak malas sangat memang dapat habuannya hari ini.Tak perlu kata apa-apa,cuma serah sahaja keputusan itu..tiada guna menyesal kemudian..
Pelajar yang rajin senyum memanjang.Alhamdulillah dua orang dapat B untuk BM.
![]() |
| suasana dalam dewan |
![]() |
| asingkan helaian asli dan salinan sambil menilai keputusan |
![]() |
| salin keputusan dahulu sementara menunggu ke dewan...analisa yang seterusnya dibuat semasa di dewan |
Isnin, 17 Disember 2012
Ruang Tamu
Pada mulanya ruang tamu seperti ini.
| pandangan dari atas... |
Sudah berubah wajah dengan menempatkan tv di bahagian tengah ruang.Ruang tamu ni dah kurang dikerjakan dua beradik tu.
| suasana yang paling cantik masa ni |
| ok saja nampak dari ruang makan |
Sekarang sudah begini.Rasa susahnya nak serikan ruang macam ni...
![]() |
| mata agak terkejut dengan warna birunya.. |
Jualan Murah di Blackred Butik
Geramnya tengok kain pasang di butik ni sangat murah sempena jualan akhir tahun.Kalau diikutkan hati,mahu memborong semua jenis kain tapi...
Kain pasang semurah RM 20,mungkin kita akan membuat andaian bahawa kain tersebut kurang elok.Tidak semuanya begitu kerana kain Korean silk yang saya beli sangat lembut walaupun harganya RM 20 sahaja.
Kain-kain lain yang berharga RM 20.Berkenan juga sebab kainnya swiss cotton,cuma tak pasti lagi sama ada kainnya lembut atau kasar ..Kena ke butik itu untuk melihatnya sendiri..
Jenis lain dah ni...

| RM 40...berkenan juga tapi cuba sabarkan diri... |
Di butik ni juga saya tempah jahit baju kurung kerana RM 35 sepasang baju.Harga tu sama juga di tempat-tempat lain.Masa yang diambilpun tidak lama iaitu hanya seminggu sahaja.Biasalahkan,baju baharu memang tak sabar nak pakai.Kalau lama sangat masa yang diambil untuk menjahit,itu yang buat nak marah...
Info tentang butik ni,layari saja fb Blackred Butik yang terletak di SU3,Sungai Buloh.Penghantaran melalui pos juga dibuat oleh pemilik butik ni.
Langgan:
Catatan (Atom)