Rabu, 19 Disember 2012

Keputusan PMR 2012

Hari ini keputusan PMR diumumkan,maka saya perlu ke sekolah untuk mengagihkan keputusan peperiksaan bagi kelas 3 N.Entah apa nasib,tiga tahun berturut-turut saya menjadi guru kelas bagi kelas tercorot.Menderita juga dalam masa tujuh bulan lebih kerana mereka amat  dan tidak mahu mendengar apabila ditegur.Itulah cabarannya berhadapan dengan anak remaja kini.

Rasanya tahun ni dah habis tenaga nak melayan kerenah mereka,maka saya hanya buat selamba saja dalam bab pengurusan kelas.Meja yang selalu hilang,pandai-pandailah cari sendiri sebab cikgu tak daya nak mengikat meja-meja tersebut.Penyapu yang dibeli dah hilang,pandai-pandailah pinjam dari kelas lain...jangan biarkan kelas kotor.Hanya hal-hal sebegini boleh dipandang remeh,bab disiplin jangan,nanti naik lemak mereka

Paginya memang dah tak senang duduk kerana bimbang yang teramat bimbang kerana majoriti main-main masa belajar malah tak minatpun nak belajar bagi pelajar lelaki.

Pelajar yang nampak malas sangat memang dapat habuannya hari ini.Tak perlu kata apa-apa,cuma serah sahaja keputusan itu..tiada guna menyesal kemudian..

Pelajar yang rajin senyum memanjang.Alhamdulillah dua orang dapat B untuk BM.


suasana dalam dewan

asingkan helaian asli dan salinan sambil menilai keputusan

salin keputusan dahulu sementara menunggu ke dewan...analisa yang seterusnya dibuat semasa di dewan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan