Isnin, 10 Disember 2012

Doa Suami Kedekut

Doa untuk suami kedekut, bacakan selalu surah Al Kausar. Selain itu, bacakan juga zikir pelembut hati ini agar hati suami lembut untuk memberi nafkah:

“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Kalau suami terjaga, pandai-pandailah berpura-pura. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

Selain itu amalkan doa ini:
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi”.

Demikian doa suami kedekut yang boleh diamalkan.

Tahukah anda apabila seorang suami enggan membayar nafkah untuk penggunaan keluarga, dia sudah dikira mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1442)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan