Selasa, 4 Disember 2012

Reka Bentuk Dapur Kering

Saya ada membaca seorang blogger memperuntukkan 3 hari 3 malam untuk mencari maklumat tentang dapur.Saya rasa agak beruntunglah bloger tersebut kerana semuanya ada dalam internet dan hanya mengambil masa 3 hari saja untuk mencari maklumat tersebut sedangkan saya mengambil masa berbulan-bulan lamanya.Wow...lamanya!

Apa tak lamanya,rumah belumpun siap tapi saya sudah berfikir-fikir reka bentuk kabinet dapur yang diingini kerana saya tidak mahu dapur saya hanya dipenuhi dengan papan yang bergantung sahaja.Itu gara-gara sangat teruja nak masuk rumah baru sebenarnya.Di samping ruang penyimpanan,saya boleh mencuci mata apabila berada di dapur.Itu yang menyebabkan saya pening memikirkan reka bentuk yang sesuai dengan keluasan yang terhad.Banyak keinginan tetapi ruang terbatas,maka terpaksalah berkorban mana-mana yang tidak wajar.

Disebabkan saya hanya merujuk buku,majalah dan risalah yang ada,saya hanya memikirkan reka bentuk kabinet sahaja.Soal kos dan kontraktor, itu hanya masa yang akan menentukannya.Yang penting saya perlu mempunyai modal mencari kontraktor yang bersesuaian.Lakaran-lakaran yang dibuat diterjemahkan melalui gambar dalam buku Dapur Anjung Seri kerana saya memang tak pandai melukis.Plan dongakan dalam subjek matematik pun saya kurang menguasai namun alhamdulillah saya tetap juga jadi cikgu...cikgu BM sebab saya suka menulis.

Pada masa itu,majalah Dapur Impiana baru edisi Pengenalan dan tidak banyak contoh rekaan kabinet yang saya peroleh tetapi dengan dengan buku Dapur Anjung Seri,saya banyak mempunyai pilihan reka bentuk dan idea sentiasa berubah-ubah hingga fikiran makin celaru.Majalah Dapur Impiana dibaca untuk mencari idea menyusun barang-barang dapur supaya dapur saya kelihatan menarik.

Idea-idea rekaan yang ingin diketengahkan pada mulanya:


saya pernah cuba mereka bentuk sebegini iaitu ruang pameran di atas tu tapi kosnya agak mahal dan kurang sesuai dengan keluasan dapur rumah baru...





sangat suka dengan kaunter bar sebegini tapi apakan daya,dapur sempit sangat dan tiada ruang  untuk ini...

memandangkan perbincangan hari itu pada bulan puasa dan saya hampir pitam kerana rumah baru tu belum dibersihkan dan tiada tempat untuk duduk berbincang,  akhirnya saya putuskan untuk memilih reka bentuk seperti ini dengan mengubahsuai sedikit bagi mewujudkan ruang pamer.jika rumah baru dekat dengan rumah lama,mungkin saya ambil masa sikit untuk mereka yang baru supaya betul-betul puas hati...


maka,saya putuskan mesti ada meja seperti ini kerana meja kecil inilah yang memberikan kelainan




2 ulasan:

  1. salam kenal...

    betul tu,tk sabar2 rasa nk mausk rumah baru kan..nk mhias bagai..hehe...insyaallah sy bakal alami situasi itu.. yg last juga cantik sbb npm tk berselerak..kemas jew..:)

    BalasPadam
  2. salam kenal kembali...terima kasih sudi singgah sini...mmg tak sabar sebenarnya.selamat mendiami rmh baru

    BalasPadam