Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Jumaat, 30 September 2016
Isnin, 12 September 2016
Perihal Raya Korban 2016
Hari Raya Korban kali ni kami balik ke K Selangor pada tengah harinya.Kebiasaannya hanya di rumah saja dan suami akan ke surau untuk acara korban tapi tidak pada tahun ini.Di KS,kami berkumpul adik-beradik belah suami.Semua ada kerana adik ipar yang tinggal di Perak pun balik.Tak ada apa-apa pun yang boleh buat melainkan borak-borak dan tengok tv saja.Anak-anak sibuk baca komik kerana sepupunya pun suka kumpul komik juga.
Menarik tentang cerita korban serata tempat,jom lihat gambar-gambar ni.Ahad, 11 September 2016
Tak Sengaja Menabung
Amalan mengasingkan duit RM 20 yang ada di tangan pada awal Januari lalu,kini hadilnya sudah boleh dituai.Tiba-tiba terasa nak beli seterika ajaib kerana malas nak ke kedai dobi untuk seterika baju.Ya Allah,kebetulan pula jumlahnya dah cukup untuk seterika tu.Tak perlu nak mengambil duit dari bank.Alhamdulillah...
Duta Online
Sumber fb:Tudung Murah
Senangnya jika semua baju yang dijual atas talian dilabelkan sedemikian.
Baju,tudung dan meja kacang tu dibeli atas talian
Baju dan troli tu juga dibeli atas talian.
Nota kaki:Untungnya beli atas talian ni tak perlu nak keluar tapi risikonya banyak.Antaranya, mungkin barang tak sampai dan barang yang dibeli kurang sesuai dengan kita.
World Quran Hour
Assalamualaikum sahabat Sekalian
MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT
"WORLD QURAN HOUR"!!
Apa yang akan berlaku
PADA 11 SEPT 2016 Seluruh UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM
Apa yg perlu dilakukan??
Pada 11 September 2016
Di Detik 0900 pagi sehingga 1000pagi
Hentikan segala aktiviti lain.
Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam.
Aktivti yg patut dilakukan dalam 1 jam
i. Baca Al Quran
atau
ii Baca terjemahan atau tafsiran (kalau dah atau baca quran)
atau
iii berbincang atau belajar tentang Al Quran dengan yang mahir
atau
iv. apa sahaja yang boleh kita memanafaatkan apabila berdamping dengan AlQuran.
Dalam setahun kita ada 8760 jam.
hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen
WORLD QURAN HOUR!!!
Dampingi lah Quran.
Kasihi lah Quran
Hayati lah Quran
Jadikanlah Quran panduan.
Mana mana yang dah lama sangat tinggalkan tu JADIKANLAH ini sebagai suatu PERMULAAN..
Mari kita gegarkan SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL QURAN
Ahad, 4 September 2016
Pelekat di Lazada
Dah lama nak merasai suasana memasak di tepi pantai,akhirnya dapat juga di Lazada dengan harga RM 18.10.Agak mahal sikit rasa-rasanya jika nak dibanding harga di GM Klang.Jika nak tunggu ke GM,tak tahulah bila.Berbaloilah tu,beli atas talian saja.Banyak pilihan corak dan harga sebenarnya.
Langgan:
Catatan (Atom)























