Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2018

Tip Melancong ke Sabah Mengikut Citarasa Sendiri


Disebabkan saya penggemar pasu,mana-mana tempat yang ada pasu pasti nak singgah.Kali ni teringin ke Sabah untuk meninjau pasu di Tamu Gaya dan kilang yang ada di Tuaran.Alang-alang dah sampai di Sabah,saya pun teringin untuk menjejaki Gunung Kinabalu di Kundasang.Saya sudah sampai di Kundasang pada tahun lepas tapi kurang berpuas hati kerana pada masa tersebut cuaca kurang baik.Harap-harapnya kali ini cuaca akan baik kerana teringin sangat nak melihat Gunung Kinabalu waktu senja dan matahari terbit.Makanya,bertungkus lumuslah saya mencari info di internet supaya mudah untuk saya membuat persediaan.

1.Menempah tiket kapal terbang seawal jam 7 pagi.Bila dah sampai di KK,hari masih pagi dan saya masih sempat melawat beberapa tempat menarik sebelum  melihat matahari terbenam di Kundasang. Menempah tiket kapal terbang juga perlu awal supaya tidak kelam kabut dan dapat harga yang murah.Dua bulan lagi tempoh perjalanan,tiket murah sudah kehabisan.Reda saja dengan tiket yang agak mahal disebabkan teringin sangat.

2.Menempah tempat penginapan dengan awal supaya dapat mencari tempat penginapan murah dan dekat dengan tempat yang ingin dikunjungi.Apabila saat-saat akhir,tempat penginapan akan penuh dan harganya akan menjadi mahal.

3.Mencari maklumat tentang waktu solat maghrib, terbit matahari dan subuh supaya dapat merancang perjalanan ke Kundasang dan KK tanpa terlepas waktu-waktu tersebut.Saya sangat teringin merakam waktu senja di Kundasang dan KK.

4.Mencari maklumat mengenai tempat yang cantik untuk melihat pemandangan waktu senja.Di Kundasang,pemandangan waktu senja di Gunung Kinabalu itu sendiri jangan dilepaskan.Di KK pula,Todak Waterfront dan Pantai Tanjung Aru menyajikan pemandangan yang indah waktu senja berdasarkan gambar yang ditemui dalam Google.Harap-harap saya juga dapat merakamkannya.




5.Mencari maklumat tentang tempat penginapan yang ditempah dari segi lokasinya dan kemudahannya.Di Kundasang,seboleh-bolehnya saya mahu mengelakkan tempat penginapan yang susah diakses dan tiada parkir.Seboleh-bolehnya tempat penginapan yang berlatar belakang pemandangan Gunung Kinabalu sangat diutamakan.Di KK pula,saya mencari tempat penginapan yang dekat dengan Jalan Gaya kerana senang untuk ke Pasar Gaya,lagi pun tempat tersebut banyak kedai makan.

6.Mencari maklumat tentang jarak dan masa perjalanan supaya mudah mengatur masa agar tidak ketinggalan sesuatu perkarayang ingin dilakukan disebabkan kesuntukan masa.Mengatur masa perjalanan juga penting untuk mengelakkan sampai ke KK pada waktu malam yang akan menyukarkan pemanduan.

7.Menyusun tempat yang ingin dilawati mengikut kesesuaiannya supaya tidak terlepas merakamkan gambar yang cantik.Misalnya, pemandangan Gunung Kinabalu sangat cantik sebelum jam 11 pagi.Makanya,Kinabalu Park dan Desa Cattle Dairy Farm perlu dilawati awal pagi agar tidak terlepas melihat Gunung Kinabalu yang cantik.

8.Mencari maklumat tentang kedai makan,pam minyak dan tempat-tempat menarik yang ingin dilawati supaya pergerakan jadi teratur kerana sudah mengetahui tempat untuk dituju bila hendak makan,isi minyak dan jalan-jalan.Di Nabalu,ada kedai makan halal.Masa ke sana tahun lepas,tidak perasan pun.

9.Mencari maklumat tentang kilang pasu di Tuaran.Puas mencari maklumat ini.Gambar pasu tidak kelihatan tetapi banyak pula gambar orang yang belajar membuat pasu.

10.Jangan lupa juga mencari maklumat tentang jalan yang nak dilalui nanti.Saya ingin singgah ke Tambunan,semestinya saya mesti mencari maklumat tentang jalan dari Ranau ke Tambunan supaya perjalanan kami akan lancar.Setakat ini,Alhamdulillah.


Jalan dari Tambunan ke Ranau

Setelah puas mencari maklumat.Jumpa satu video ni.Jalannya ok.Harap-harap perjalanan akan lancar nanti.Agak-agaknya nanti,saya pun kena merakam juga keadaan jalan di sana supaya makin bertambah info tentang Ranau-Tambunan.

Sabtu, 21 Oktober 2017

Ke Sabah 4h 3 m

Dah 13 tahun saya kembali ke Semenanjung, baru Oktober lalu sempena cuti Deepavali saya ke Sabah semula.Sebelum ni dah ke Kundasang tapi singgah lagi ke sana.Misi nak mencari pasu hijau tak kesampaian kerana puas mencari di Pasar Filifin tapi tak juga jumpa.Dua tempat yang sangat teruja singgah untuk cuci mata ialah di Nabalu Park dan Pasar Filifin.Di Nabalu Park,barang agak murah kerana produk tempatan berbanding di Pasar Filifin.Misalnya baju dewasa saiz S madih boleh ditawar hingga RM18 tapi di PF tetap RM23.Baju kanak-kanak pun dah berharga RM20 di PF.Nak tak nak terpaksa beli kerana dah tak jumpa pasar malam untuk dapatkan harga yang murah.