Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2013

Rumah Lama(2)

Rumah teres dua tingkat yang mempunyai dua bilik ini saya sewa di Seksyen 19,Shah Alam.Mengambil kira bentuk rumah yang sama,makanya saya membuat salinan melalui internet kerana saya tidak mempunyai gambar.Pada mulanya terasa rumah ini agak besar(14' x 60') berbanding rumah flat yang dihuni sebelum ini.Apabila agak lama,(tak sampai dua tahun pun) saya mulalah terasa sudah masanya kami memiliki rumah sendiri kerana sewa rumah ini agak mahal.RM 600 tetapi hanya ada dua bilik dan satu bilik air.Jika ada saudara nak datang bermalam,memang kurang selesa.Istimewanya,rumah ini terletak depan SMK Seksyen 19.Saya hanya berjalan kaki ke sekolah tetapi jika hujan.bermasalah juga. Nasib baiklah rumah yang disewa ini telah diubahsuai oleh pemiliknya dengan menambah bahagian dapur.Dapatlah tiga ruang di bahagian bawah iaitu ruang tamu,makan dan dapur.Bahagian depan rumah,ada juga ruang untuk anak-anak bermain.

Apabila meninjau harga rumah pada awal 2007,rata-rata rumah sudah mahal berbanding di Puncak Alam dan Saujana Utama.Ada orang tidak kisah jika rumah mahal asalkan kemudahan kawasan tersebut lengkap dan dekat dengan tempat kerja.Tetapi sudah rezeki di sini, tak perlu kata apa-apa kerana Saujana Utama sekarang sudah menbangun.Semuanya ada di sini melainkan sekolah.Hanya sebuah sekolah menengah sahaja yang ada di sini sedangkan penduduknya makin tahun makin bertambah.

Pengalaman yang masih diingat hingga kini semasa tinggal di rumah ni:dah jam 11 malam,tiba-tiba saya terkejut kerana tersentak dengan jerkahan jiran sebelah yang memarahi anaknya.Bahayanya tinggal di rumah yang kecil sebegini.

p/s:Kekadang perlu muhasabah diri supaya aktiviti dalam rumah tidak melibatkan jiran sebelah.nak marah pun mesti berpada-pada tetapi selalu terbabas.Selalu mendengar suara jiran yang tingga di belakang rumah apabila berada di dapur tetapi tak kenalpun dia...harap2 dia pun tak kenal saya yang selalu bising dengan anak-anak...



Sabtu, 8 Disember 2012

Anak Patung Kertas dan Kain

Tiba-tiba saya teringat akan anak patung daripada kertas yang telah dikongsikan oleh bekas pelajar saya di fb.Mulalah saya mencari maklumat tersebut dalam google.Banyak juga.Ada juga insan yang berkongsikan kenangan lama tu.Elok jugakan kita simpan maianan kita dulu untuk ditunjukkan kepada anak-anak kita sekarang.

Dulu, masa tahun 1980-an,seronok main anak patung kertas ni.Dah lupa harganya tapi murah sangat.Anak-anak patung dan bajunya dijual dalam bentuk lembaran kertas.Lupa juga jumlah baju dan anak-anak patung dalam satu lembaran tapi kita akan koyak-koyakkan kertas itu untuk mendapatkan anak patung tersebut.

Semasa bermain,saya berdialog.Seingat saya,kami ada koleksi baju rekaan sendiri.Dah lupa siapa yang lukis:kakak atau adik?Tak pasti pula.Masa ni dah tertonjol bakat untuk jadi pereka fesyen dan pelakon.Daya kreativiti pemikiran kanak-kanak masa dulu sudah terdidik dalam permainan mereka.
Sekarang?Sukar untuk diperkatakan.

Selain anak patung kertas,saya juga pernah bermain anak patung daripada kain yang dipanggil "anak biawak".Mengapa?Tak pasti tapi itulah nama yang saya ingat.Jom kita tengok gambar yang diambil daripada GOOGLE.




anak patung kain

Khamis, 29 November 2012

Sekolah Lama

Rindunya kepada sekolah ni.Apa boleh buat,hanya dapat memandang dari jauh.Sebahagaian gambar disalin daripada eyraz.blogspot kerana sukarnya nak mencari gambar sekolah ni.Rasa nak ke sana saja untuk ambil gambar dinding-dinding yang dihiasi mural yang cantik tapi takkanlah...
dari jauh sudah nampak aura cerianya...

tapak perhimpunan.tempat letak kereta dibahagian lain...

Selasa, 27 November 2012

Rumah Lama(1)

Semasa membelek-belek majalah Impiana edisi 83 Julai 2006 yang lalu,ada satu rumah yang seakan-akan sama dengan rumah yang pernah saya duduki semasa baru-baru kahwin dulu.Apabila sudah memiliki seorang anak,keluasan rumah yang sangat sempit itu sudah tidak selesa untuk kami kerana rumah itu sangat sempit berbanding dengan rumah ini.

Apa boleh buat,saya hanya menyewa rumah itu dan terpaksalah menerima seadanya kekurangan rumah itu.Jika rumah sendiri,sempitpun tiada masalah kerana kita boleh membuat apa-apa sahaja termasuklah mengubahsuainya.Disebabkan rumah itu ialah rumah abang ipar dan pernah diduduki oleh abang ipar dan adik ipar yang lain sebelum ini,maka banyak barang yang ditinggalkan di situ.

Berdikit-dikit saya mengemas dan membuang barang-barang daripada tiga orang pemilik yang tidak diperlukan lagi.Saya juga cuba mengubah perabot yang ada untuk mencari keselesaan dalam rumah itu.Itu sajalah yang mampu saya buat.Pernah suami agak terkejut  melihat beberapa perabot kecil telah saya ubah.Mana tidaknya, masuk saja ke rumah,tiba-tiba berubah wajah.

Sekarang,dia sudah tidak kisah jika keadaan susun atur perabot berubah kerana dia sudah lali dengan perangai saya yang selalu tidak boleh diam.Paling tidak,dia akan bising apabila barang-barangnya tidak dijumpai setelah saya selesai kerja mengemas rumah.

Jom cuci mata melihat dekorasi rumah ni.Rumah secantik ini,sempitpun tak kisah dah...




Jumaat, 26 Oktober 2012

Rabu, 24 November 2010

Kenangan Zaman Persekolahan

Sudah dua hari saya bertugas mengawas peperiksaan SPM. Ulser mulut kian baik tetapi semalam memang tak boleh makan nasi.Hanya bihun berkuah sahaja yang dapat ditelan setelah agak kelaparan.Petang ni baru boleh makan nasi.Dua pinggan berjaya dihabiskan.Itupun dengan adanya budu sebagai pembuka selera.Orang Pantai Timur,memang tak boleh berenggang dengan budu.Bila mengawas SPM untuk subjek BI tadi memang bosan. Semalam sempat pula saya mencuri-curi membaca jawapan murid kerana subjek yang saya ajar. Sedikit sebanyak tahu juga cara nak menjawabnya,bila tiba subjek BI,termenung panjanglah saya di dalam dewan tu hingga mengantuk dan nak terlelap.Bila dah begitu,mulalah saya terkenangkan zaman saya menjadi pelajar di tingkatan 4 dan 5 dulu.

Saya menduduki SRP yang terakhir.Berkat kerajinan setelah turun kelas semasa di tingkatan 3,saya berjaya mendapat keputusan yang di luar jangkaan.Maka,terpelantinglah saya seorang diri ke kelas sains sosial.Rakan2 seperjuangan yang lain saya tinggalkan.Bermulalah episod baharu saya bersama rakan-rakan yang baharu.Pada mulanya memang saya sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dan keadaan sekeliling.Sampai sahaja seawal pagi,rakan2 tekun menyiapkan kerja sekolah.Jarang-jarang sekali mereka bersembang kosong.Maklumlah kami amat takut dengan cikgu yang mengajar kami terutama kepada cikgu prinsip akaun.Jika kami tidak dapat menjawab soalan yang disoal,maka akan keluarlah kata-kata ini daripada mulut cikgu pakar kami, ‘mung sipang nota dale buku,bukang dale pale’(loghat Terengganu).Kini,kata-kata ini saya gunakan kepada pelajar saya pula.

Jika tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan,tak dapat pula saya mengingatnya kerana saya tak pernah tak siap kerja.Tak boleh jawab soalan yang ditanya,memang ada.Tetapi renungan mata cikgu Nordin amat kami ditakuti.Pada masa ini,kami memang hanya meniru kerja akaun yang tidak dapat disiapkan.Sambil meniru jawapan daripada kawan,pada masa inilah kami mengenalpasti jawapannya dan tidaklah menru semata-mata.Angka2 yang dibawa ke bahagian debit dan kredit dikenalpasti punca dan sebabnya.

Sekadar melepaskan pandangan ke bangunan sebelah setelah penat berhadapan dengan subjek2 yang agak menderita jiwa kononnya,saya terminatlah pula seorang dengan seorang mamat di kelas sebelah.Maklum sajalah,bila saja pertukaran guru,ada antara mereka yang mula berkeliaran di luar kelas dan bersembang di koridor.Alahai. Pembakar semangatlah konon. Masa ini saya dah dapat menyesuaikan diri dengan rakan2 cuma agak tertekan dengan subjek yang diambil.Hendak ke sekolah pun terasa malas,tetapi saya tidak pernah ponteng tanpa sebab.Bila dah ada ‘secret admire’, semangat untuk belajar tiba-tiba muncul.

Entah dari mana datangnya.Daripada balak itulah agaknya sedangkan dia sendiri tidak tahu-menahu tentang hal ini dan dia pun tak berbuat apa-apa.Pernah juga kami terserempak,tetapi saya buat selama waima hati memang berdebar-debar.Entah macam mana saya membuka mulut kepada rakan2 yang rapat.Alahai,ingatkan boleh berkongsi cerita secara senyap2 tetapi rupanya dah terbocor dan telah sampai ke pengetahuannya.

Aduhai,malunya.Saat ini memang kelakar,bila dia tahu seorang daripada kami berempat meminatinya,pernah satu ketika dia menutup mukanya dengan buku apabila bertembung dengan kami.Pada masa ini,kami memang buat selamba sahaja.Bila habis tingkatan 4,cerita tersebut berakhir begitu saja dan kami tak pernah bersemuka.Malu…takut dikata perigi mencari timba.Pengajarannya,banyak cara untuk memotivasikan diri,terpulanglah kepada kita untuk memilih caranya,jangan pula mengambil cara yang salah.Seboleh-bolehnya,ambillah pendekatan yang tidak menyusahkan diri.


-kawan2 semasa di t4 dan t5 dulu.sekarang masih berhubung lagi melalui fb-

-semasa di tingkatan 5-kecut perut kalau ada jadual PA

Khamis, 10 Disember 2009

Rindu Sahabat Lama


Buku autograf dan alamat kawan2 semasa menuntut di USM dulu saya masih simpan.Hari ini entah mengapa saya rasa perlu untuk menulis catatan ini apabila membaca semula buku ini dan teringat akan sahabat lama dari Kota Belud,Sabah.Semasa mengajar di sana, saya tidak pula berkesempatan untuk berkunjung ke rumahnya kerana sudah terputus hubungan.Entah macam mana,Ahad lepas saya cuba mencari namanya di internet.Dapat pula sedikit maklumat tentangnya. Dua emel saya hantar kepadanya dan hingga hari ini belum lagi berbalas.Usaha diteruskan dengan membuka facebook dan sekali lagi saya menghantar mesej untuknya. Harap2 kali ini akan mendapat balasan.Kenangan di Kepala Batas dan SMKPK masih dalam ingatan walaupun sudah lama berlalu.

Ahad, 22 November 2009

Hidup Biar Berbudi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kata-kata seumpama ini pernah saya tulis di bahagian akhir kertas soalan peperiksaan semasa praktikum dulu.Kata-kata itu sebenarnya nak menyedarkan murid2 supaya tahu akan peranan mereka di mukabumi ini.Bila terbaca kata-kata ini,teringatlah pula saya kenangan di SMK Paya Keladi,Kepala Batas.

Ahad, 15 November 2009

Kenanganku

Seingat saya, setelah tamat SRP(yang terakhir dan diganti dengan PMR) saya kerap berkunjung ke perpustakaan sekolah. Banyak novel remaja yang saya baca. Apabila banyak membaca, banyak pula idea yang berlegar-legar di minda. Tapi masa itu, saya belum lagi mencuba. Tak pasti pula kenapa.

Semasa di tingkatan enam, cikgu BM saya telah meminta kami secara kumpulan menulis satu esei bagi menyertai pertandingan menulis esei peringkat negeri. Pada masa itu, saya menyertainya semata-mata ingin mengambil hati cikgu saya. Baru separuh jalan, ahli kumpulan saya yang lain sudah tidak berminat untuk meneruskannya dan tinggalah saya seorang.

Satu kumpulan lagi meneruskan usaha mereka. Disebabkan saya ketua pengawas perpustakaan, tiada masalah untuk menggeledah majalah di perpustakaan. Kami sama-sama mencari bahan di perpustakaan. Cemburu juga apabila melihat orang lain berusaha dalam kumpulan tapi kumpulan saya, saya seorang saja. Akhirnya saya berjaya menyiapkannya.Tiba masa pengumuman pemenang, saya telah menddapat nombor tiga. Hadiahnya sijil dan RM 300.

Berbaloi rasanya. Kumpulan satu lagi hanya dapat sagu hati dan terpaksa berkongsi hadiah kerana esei mereka dihasikan dalam kumpulan. Sejak itu saya mula meminati penulisan dan selalu mengaplikasikan gaya penulisan yang dipetik daripada bahan bacaan yang dibaca apabila menghasilkan karangan.Selepas STPM, saya mula mencari2 buku yang berkaitan dengan penulisan.Semasa menunggu STPM,beberapa kursus penulisan sudah ada dalam kepala saya.

Memandangkan masa itu ekonomi gawat, kursus pendidikan lebih sesuai kata abang saya.Saya jadi serba salah. Disebabkan saya tidak mahu mengecewakan keluarga lagi apabila abang dan kakak yang keluar u telah menjadi penganggur terhormat, saya hanya tawakkal.Kursus pendidikan menjadi pilihan utama manakala 4 lagi pilihan saya isikan dengan kursus penulisan.Sekiranya ada rezeki,insya Allah saya akan dapat kursus penulisan.

Rezeki berpihak kepada keluarga kerana saya mendapat kursus pendidikan di USM.Disebabkan saya gagal mengambil jurusan penulisan di u,saya mengambil sastera sebagai opsyen supaya minat saya tidak berkubur.Saya belajar sastera hanya untuk mencukupkan kredit sebagai guru sastera.

Ahad, 1 November 2009

USM... Memori Tercipta


Saja nak mengimbau kembali pengalaman di USM pada 1998 dulu.Seronok membaca cerita yang berlatarbelakangkan USM,percubaan saya yang pertama juga mengambil latar di USM,Penang.Semenjak meninggalkan USM, saya belum lagi sampai ke sana. Mungkin dah banyak perubahan yang berlaku.Terfikir pula sama ada cerita yang dalam percubaan ini logik atau tidak.Dah sepuluh tahun saya tidak mengikuti perkembangan USM tapi mengambil latar USM.Disebabkan kebimbangan tu, saya cuba cari kepastiannya. Tak tahu nak bertanya kepada siapa, internetlah tempat saya mencari maklumat. Alhamdulillah,,,jumpa maklumat yang dikehendaki.Lega rasanya.Memandangkan banyak peluang untuk menjadi guru,bimbang pula jika kursusu DPLI tu dah tidak wujud lagi di USM.Watak Ilyana sebagai salah seorang penuntut DPLI di USM bukan rekaan semata-mata.Filem Ali Setan juga mengambil latar USM.Lagu tema Ali Setan,combit mempunyai memori tersendiri.Masa mula-mula bergelar mahasiswi dulu,bila disebut 'saspend', saya tak faham.Bila dah lama saya pun turut sebut 'saspend' bila ditanya kursus yang diambil.Rupa-rupanya sastera dengan pendidikan(kursus bagi guru bukan aliran sains)Kebetulan pula saya mengambil Kesusasteraan dengan sejarah.
Manuskrip baru mencecah 291 muka surat yang telah disiapkan.Manuskrip tu disemak dan pengalaman di USM perlu ditambah kerana sesetengah penerbit mahu 300 muka surat.Bahagian yang ditambah mesti mengandungi maklumat, bukan sekadar catatan yang melalut.Otak masih berfikir...apa lagi yang perlu ditambah??

Khamis, 1 Oktober 2009

Moga Kalian Dapat Lakukan Yang Terbaik






Semasa hendak berpindah sekolah dulu(awal bulan 6)sekelas murid 3 PS datang ke bilik guru untuk memberi kad yang besar ni. Terkejut sakan saya dibuatnya. Tidak menduga mereka akan terasa kehilangan guru sejarah mereka. Satu kenangan yang sukar dilupakan dan saya sebak serta hampir menangis kerana terharu.PMR akan menjelma awal bulan 10 nanti, cikgu doakan kalian dapat menjawab dengan baik dan mendapat keutusan yang baik. Pasti ada beberapa orang daripada kalian yang akan mendapat 8 A.Kepada murid-murid saya yang lain, moga kalian juga berjaya dalam PMR dan SPM. Kesimpulannya, jika kita marah dalam keadaan emosi terkawal, murid-murid akan menyayangi kita.