Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mei 2013

Terkesan...

Kata-kata di atas sangat terkesan.Sejarah tentang proses kemerdekaan yang diajar kepada pelajar tingkatan 3 masih terkesan.Jerihnya untuk menuntut kemerdekaan negara.
Bahang pilihan raya baru-baru ini sangat mengejutkan.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sekadar ingatan untuk diri sendiri,hayatilah lagu WARISAN.Semasa praktikum dulu,saya hampir menitiskan air mata semasa menyanyikan lagu tersebut(persembahan Hari Guru) kerana mengenangkan pelajar-pelajar yang malas dan tak minat belajar.

Khamis, 28 Mac 2013

Astaghfirullahalazim



Jumaat, 26 Oktober 2012

Jiwangnya...



Jiwanglah pula pagi-pagi raya ni.Jam 1 tadi baru siap buat kari untuk nasi dagang.Kononnya buka internet lewat malam tadi sebab nak salin resipi nasi dagang,dah melencong jauh pula hingga berblog pula...

Nada Cinta Luka



Suka lagu ni masa zaman sekolah dulu.Sebab apa?Tak pasti pula.Kecewa bercinta?Saya tak pernah bercinta zaman sekolah dulu..Mungkin lagu ni sentimental...

Wajah Rahsia Hati



Lagu kenangan semasa di USM.

Ahad, 13 Mei 2012

Pohon Hijau



Dengar lagu ini,teringat zaman sekolah dulu masa di tingkatan 6.Minat sangat dengan lagu ni,sanggup beli kaset cetak rompak semata-mata nak dengar lagu ni.Tak puas dengan kaset cetak rompak yang tak tahan lama,barulah beli kaset yang asli.Sekarang sudah tiada dalam simpanan.Sayangnya...Nasib baiklah ada you tube ni...

Sedih mengenangkan pelajar sekarang yang mudah kalah dalam mengharungi kehidupan kini.Belum masanya,sudah mengandung dan menggugurkannya tanpa rasa bersalah.Sayang,lagu-lagu sebegini agak jarang-jarang digemari remaja kini sebagai inspirasi diri.Dengar lagu ni sebenarnya memberi semangat untuk terus bersemangat dalam menempuh liku-liku seorang remaja dan pelajar yang ingin mengecapi kejayaan.

Isnin, 30 Januari 2012

Hafiz AF7 - Awan Nano Juara AJL 26


Tak sangka pula persembahan pada malam tadi untuk AJL 26 merupakan idea daripada video klipnya terdahulu.Bajudan seluar yang dipakai juga sama.Jika dinilai daripada pakaian yang dipakai,layakkah lagu ini diangkat sebagai Juara Lagu?Mungkin bukan pakaian yang menjadi syarat utama untuk menjadi juara tapi persembahan dan keunikan lagu tersebut.Sememangnya layaklah kerana lagunya bukan ditujukan kepada kekasih walaupun temanya juga merupakan tema kebanyakan lagu yang dipertandingkan pada malam tadi iaitu cinta. Jika dilihat daripada usahanya belajar vokal sebelum majlis AJL,memang layaklah Hafiz mendapat gelaran Vokal Terbaik.