Memaparkan catatan dengan label Jahitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jahitan. Papar semua catatan

Khamis, 23 Ogos 2018

Blaus Raya Korban

Salam Aidiladha..
Agak lama menyepi.Kini sesi nak menambah catatan..
Sebelum raya,gigih saya  siapkan blaus ni.Konon-kononnya untuk raya.Alhamdulillah siap juga akhirnya


Blaus ni agak pendek.saya labuhkan guna kain yang dibeli atas talian.Idea untuk buat ropol seperti diperoleh setelah melihat video dalam fb.guna garpu untuk bentukkan jadi macam tu..
Blaus ni pula agak besar dan labuh.pada mulanya tak terfikir nak pendekkannya tapi bila dah siap kecilkan baru rasa nak pendekkan.agak bermasalah bila nak samakan bahagian penyambung empst penjuru tu setelah kedua-dua bahagian kiri kanan dah dijahit.rupa-rupanya kena pendekkan dulu baru kecilkan blaus tu.puas tetas dan tetas,akhirnya siap..
Nota kaki:Catatan raya puasa masih dalam proses.susahnya nak menulis sekarang..🤔🤔

Selasa, 8 Disember 2015

Cara Jahit Tampal Cantum

Sudah 2 minggu cuti sekolah, tapi saya tak ke mana-mana pun.Pada hal kaki ni nak saja singgah di Mr Diy,Daiso,Romantika mahupun Kedai Eco.Bila cuti sekolah,anak-anak tidak mahu ke taska walaupun untuk sementara.Memang tak ada jalanlah nak jalan-jalan.Minggu pertama dulu,dah siap buat corak tampal cantum ni tapi tak ada idea nak habiskan.Alang-alang dah beli 'batting' secara atas talian,makanya saya bercadang untuk buat sarung bantal.Jika nak tampal corak di bantal yang dibeli,susah juga nak jahit menggunakan mesin jahit.Memang tak selesai masalah juga.Hujung minggu baru-baru ni barulah ada mood nak siapkan.Itulah setelah lihat hasil jahitan Nabilah Hasyim.Projek saya madih tergendala sedangkan dah diuar-uarkan dalam blog.Sebenarnya,banyak projek jahitan saya tergendala.Antara mendeko dengan menjahit,saya lebih gemar mendeko.
Corak heksagon tu dicetak daripada internet saja tapi yang petak-petak tu kena buat sendiri kerana komputer riba sudah bermasalah.Lagipun tak pandai juga nak buat ukuran melalui komputer riba.Dah siap,gunting mengikut jumlah corak yang dikehendaki.

Buat ukuran di atas kain.Lebihkan sikit untuk jahitan bagi melekatkan kain dengan kertas.Yang ini corak lain tapi kaedahnya sama.

Cantumkan.Jelujur halus bahagian belakangnya.Untuk corak ini,saya hanya peniti sahaja kain dengan kepingan kertas dan menseterikakan saja kainnya.Apabila nak mencantumkan kepingan kain tu agak bermasalah juga kerana tapaknya yang dari kertas tu tak tetap.


Kepingan corak yang dijahit jelujur dahulu sebelum dicantumkan(hijau)

Setelah corak dicantumkan.





'Batting' tak bergam...



Lupa untuk kemaskan bahagian tepi zip tu.Abaikan saja sebab bahagian dalam,tak nampak pun

Inilah hasilnya.Walaupun tak sama saiz,tapi bolehlah untuk puaskan hati.Alhamdulillah,tercapai juga hasrat nak buat bantal hiasan ni walaupun setahun lalu lagi nak mencubanya.

Untuk corak petak tu saja saya gunakan 'batting'.Tidak letak alas bahagian dalam pun tak ada masalah.Lebih jimat kain sebenarnya kerana penggunaan alas menyebabkan kita perlu ada satu lagi kain pada bahagian bawahnya.

Rabu, 25 November 2015

Bertampal Cantum Cuti Ni

Dari tahun lepas lagi nak buat  tampal cantum ni atau patchwork tapi tak juga jadi walaupun sanggup usung kain hijau dan hitam tu dari Kuala Terengganu.Alang-alang dah jumpa kain hijau,beli sajalah.Memang saya mencari corak yang mudah untuk sarung bantal hiasan kerana cuti ni banyak perkara yang nak dikerjakan jika diikutkan keinginan.Mudah-mudahan akan dilaksanakan terutamanya projek kertas didnding yang masih berlambak dalam simpanan.


Corak yang ketiga terpaksalah korbankan kain pasang ni.Nasib baik tak dibuat baju lagi.

Tak pasti lagi nak buat bantal atau tampal saja dibantal yang dibeli.Masih dalam pertimbangan kerana tak berapa nak pandai dan rajin menjahit sarung bantal...

Memang cantik walaupun ringkas saja coraknya




Selasa, 2 Disember 2014

Quilt

Masa tingkatan 3 dulu,saya ambil subjek ERT.Pernah buat 'quilt' untuk alas pinggan dan tampal cantum untuk napkin.Masa tu guna span saja sebagai alas dalamnya.Bila dicari maklumat dalam encik Google,banyak juga perkara baru yang diperoleh untuk buat quilt.Banyak juga cara jahitnya tapi saya dulu hanya jahit petak-petak saja.
Banyak kain kapas yang dibeli untuk projek quilt ni tapi nak cari corak yang mudah-mudah dan kecil saja.Bimbang terbengkalai sebab cuti sekolah pun hanya tinggal sebulan saja lagi.
Masih dalam proses mencari corak dan benda yang nak dibuat lagi.Kena ke kedai jahit dulu untuk mencari peralatannya.
Sangat banyak corak yang ada tapi memang berkenan dengan yang ini.Cantiknya corak di bawah ni.



Perlu gigih mengusahakannya ni...jadi satu sarung bantal pun dah ok..

Pelbagaikan corak untuk sarung bantal hiasan...rajin ke nak buat ni.cantik,memang cantik tapi perlu gigih...


Sumbernya di atas...

Selasa, 25 November 2014

Jahit Skirt Kembang Cara Mudah

Satu skirt memerlukan 4 meter kain.Agak membazir juga kerana apabila ditenung-tenung skirt yang saya pakai,tak sampai pun 4 meter.Bila dicuba untuk 2 meter,tak boleh pula kerana kain yang saya beli bidang kecil.Makanya,akan jadi skirt pendek pula.
Maka,mulalah saya mencari pola untuk skirt yang menggunakan 2 meter kain saja.Jumpa pun tapi bila dilihat bahagian atas yang lipat-lipat tu dan guna pinggang keras,malaslah pula nak buat macam tu.Jadi,timbullah idea sendiri.Idea yang malas.Saya hanya jahit skirt tu guna 2 meter kain tanpa membuang bahagian lebihan keliling pinggangnya.Saya hanay potong kain bahagian labuhnya saja.Jadilah skirt yang kembang setaman.Jangan pula orangnya kembang juga,nanti jadilah kembang bertaman-taman.


inilah hasilnya.pinggang guna getah saja.bahagian bawah hanya dijahit tepi halus dan bahagian penyambung bahagian dalam hanya dijahit tepi setelah siap dijahit..kain tu saya beli RM10 saja untuk 4 meter..

Sumber lain pun ada juga.Sebenarnya banyak paten untuk jahit skirt kembang.Memandangkan banyak kain cotton murah yang dibeli,bolehlah dicuba.

Nota kaki:Kena beli kain bidang 60,baru boleh buat skirt kembang guna 2 meter kain.

Selasa, 7 Oktober 2014

Cara Jahit Skirt

Saya juga mengikuti laman sosial untuk menjahit.Sekadar mengikuti sahaja kerana kebanyakan gambar yang dipos ialah baju.Saya lebih berminat nak menjahit untuk keperluan hiasan saja.Nak menjahit baju dan pakai sendiri,agak renyah juga tu.Makanya,tak berminat pula lagipun bimbang jika tak selesa.Skirt kembang ni nampak mudah saja tapi tak pasti pula bila boleh jahit ni.Disebabkan projek ni  tak pasti bila akan dibuat,catatan ni diharapkan boleh dirujuk bila-bila masa. 







Ahad, 17 Ogos 2014

Kain Berenda Labuhkan Tudung

Ambil idea daripada tudung yang dibeli ni, hari ni baru berkesempatan jahit kain renda di tudung.Padahal mudah sangat tapi mood nak menjahit dah hilang gara-gara kesibukan PT3.Habis sejarah, BM pula menyusul.


Sebelum...

Selepas...renda tu dipilih untuk disesuaikan dengan bahagian kepala.Tak sampai 2 meter pun renda digunakan.Satu meter RM 5..

Contoh renda yang ada di kedai, sangat cantik untuk dijahit di baju...



Rabu, 23 Julai 2014

Cara Jahit Sarung Kerusi dan Reben

Semalam salah seorang rakan mendapat pos laju untuk sarung kerusi yang dibeli atas talian.Sempatlah saya menyibuk-nyibuk dan membeleknya.Barulah terbuka minda apabila bendanya di depan mata.Kerja menjahit sarung kerusi mesti disambung tapi tak pasti pula kerana macam rasa tak sempat saja sebelum raya.Rumahpun belum habis kemas...
Letak getah, barulah bahagian bawah jadi kecil sikit


Baru nampak dek fikiran cara menjahit reben.memang dah cari dalam internet tapi tak boleh nak bayangkan kerana benda tiada depan mata...jahit macam biasa saja cuma diletak kain kecil tu.bahagian atas dan bawah kain dijahit tangan sikit supaya terbentuk


Isnin, 21 Julai 2014

Lepas PT 3 Sejarah:Projek Menjahit Disambung

Minggu lepas,langsir sudah berjaya digantung tetapi belum sempat nak buat catatan kerana sibuk mengejar PT3 Sejarah.Selesai sahaja PT3 Sejarah hari Jumaat yang lalu,macam tak sabar-sabar nak menjahit.Apa kaitannya PT3 dengan kerja menjahit?Kalau difikirkan macam tiada kaitannya pun.Sebenarnya PT3 sejarah dan geografi ni memberi satu tekanan kepada guru-guru sejarah dan geografi. Disebabkan komitmen terhadap PT3,kelas jadi berganda pula pada minggu lepas dan minggu ini semata-mata nak siapkan PT3.Dahlah bulan puasa,makanya kudrat memang tak banyak.Balik rumah,tidur dulu sebelum memasak untuk berbuka.Malamnya,mata memang dah tak boleh tahan-tahan lagi,pukul 10 malam dah tidur.Makanya,memang tiada masalah nak menjahit.6 pagi mesti bertolak dari rumah kerana kesesakan lalu lintas dalam taman yang amat teruk.Walaupun jadual harian lebih kurang sama dengan hari-hari biasa,tapi bila dah bulan puasa tau-tau sajalah...
Pada malam Sabtu,kuatkan semangat untuk menyambung menjahit.Dapatlah siapkan alas untuk dalam almari.Jahit berdasarkan imaginasi sendiri kerana dahlah tak tahu nama penuh benda ni,nak 'Google' cara menjahitnya pun tak dapat.Nasib baiklah kain dah potong dan dikelim minggu lepas lagi.

baru saja nak menjahit,benang asyik kaku tak nak jalan.macam mana ni?dahlah baru diservis RM75,dah buat hal lagi.cubalah google sebab benang tak nak jalan.rupa-rupanya benang tak masuk dengan betul...patutlah..disebabkan dah lama beli mesin ni,buku-bukunya entah letak di mana.kena google juga cara masukkan benang dengan betul...
tak berapa nak faham tentang nombor 3,4,5 ni...

rupa-rupanya bahagian nombor 4 ni tak dimasukkan dengan betul.tak nampak cangkuk di nombor 4 ni kalau tak naikkan bahagian cangkuk tu...baru faham...inilah akibatnya jika tak berapa nak pandai tapi nak ada mesin jahit sendiri...
Dengan gigihnya saya menjahit sarung kerusi tapi rasa macam nak buat alas untuk almari dulu.Maka,jahitlah pula alas untuk dalam almari ni.Tak cukup dua keping pula.Terpaksalah jahit saja bahagian tepinya.Pukul dua pagi baru siap pasang alas ni dalam almari...
dah siap letak,terus ambil gambar.nampaknya kena buatlah untuk bahagian bawahnya tu...almari belum dilap betul-betul lagi,berhabuk lagi tapi teruja nak tengok wajah barunya yang berwarna hijau...

Nota kaki:kerja mengemas masih belum habis.Barang-barang yang tak diperlukan makin banyak tapi tak tahu cara nak buang,lepas rayalah akan dioperasikan lagi.... 

Sabtu, 12 Julai 2014

Projek Jahit-menjahit

Sejujurnya kerja menjahit ni saya taklah pandai sangat walaupun masa tingkatan 3 dulu memang ambil ERT.Sementara menunggu mesin jahit diservis untuk dua hari, barulah ada masa sesi mencuba untuk jahit sarung kerusi ni.Pengamatan hanya dibuat melalui internet saja.Secara kasar nampak mudah tapi nak menjahitnya, mula terfikirlah dua perkara
a)reben perlu dikedutkah?
b)macam mana nak potong kain apabila bahagian atas dan bawah tempat menyandar tak sama ukurannya?
Percubaan dibuat dahulu dengan menggunting kain berdasarkan ukuran atas tempat menyandar sahaja.jahitpun ikut ukuran atas juga.menjadi saja, tiada masalahpun.tak nampak cacatpun...disebabkan tak pandai nak buat reben dengan kain, saya membeli reben yang dah siap tapi macam tak sesuai je...kena tukar warna merah ni...

cuba lekat guna peniti dulu.reben tu dicadangkan oleh tauke kedai untuk jimat kerana satu meter renda berharga RM6...kerusi ada lapan.ok saja guna reben tu.tak jahit kedut-kedutpun cantik juga... 

Apabila sesi percubaan telah meyakinkan untuk diteruskan, barulah saya berani potong kain.

Saya hanya ambil rekaan yang mudah saja.Dalam pada itu datang pula idea untuk jahit alas almari dan pelapik dalam almari pula...Mampukah buat tu?