Selasa, 25 November 2014

Jahit Skirt Kembang Cara Mudah

Satu skirt memerlukan 4 meter kain.Agak membazir juga kerana apabila ditenung-tenung skirt yang saya pakai,tak sampai pun 4 meter.Bila dicuba untuk 2 meter,tak boleh pula kerana kain yang saya beli bidang kecil.Makanya,akan jadi skirt pendek pula.
Maka,mulalah saya mencari pola untuk skirt yang menggunakan 2 meter kain saja.Jumpa pun tapi bila dilihat bahagian atas yang lipat-lipat tu dan guna pinggang keras,malaslah pula nak buat macam tu.Jadi,timbullah idea sendiri.Idea yang malas.Saya hanya jahit skirt tu guna 2 meter kain tanpa membuang bahagian lebihan keliling pinggangnya.Saya hanay potong kain bahagian labuhnya saja.Jadilah skirt yang kembang setaman.Jangan pula orangnya kembang juga,nanti jadilah kembang bertaman-taman.


inilah hasilnya.pinggang guna getah saja.bahagian bawah hanya dijahit tepi halus dan bahagian penyambung bahagian dalam hanya dijahit tepi setelah siap dijahit..kain tu saya beli RM10 saja untuk 4 meter..

Sumber lain pun ada juga.Sebenarnya banyak paten untuk jahit skirt kembang.Memandangkan banyak kain cotton murah yang dibeli,bolehlah dicuba.

Nota kaki:Kena beli kain bidang 60,baru boleh buat skirt kembang guna 2 meter kain.

3 ulasan:

  1. Terima kasih sis..saya guna cara sis untuk jahit skirt kembang labuh ni...nak ajar anak2 pendidikan khas menjahit juga.muga bertambah rezeki sisi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila cara ni memang tak kemas susunan kedutnya...untuk pakai di rumah ok saja...sekarang baru saya faham fungsi lipatan tu...

      Padam
    2. Bila cara ni memang tak kemas susunan kedutnya...untuk pakai di rumah ok saja...sekarang baru saya faham fungsi lipatan tu...

      Padam