Jumaat, 7 November 2014

Terjah Mr Diy di Strand Kota Damansara Pula

Saya ada baca komen di DRKSK yang mengatakan Mr Diy ada di Strand Kota Damansara.Kebetulan saya masih mencari penyangkut untuk diletakkan di pintu kabinet dapur kerana yang baru beli dua hari lepas tidak mencukupi untuk menggantung kuali.Memang kena sangatlah dengan situasi ni untuk membawa saya ke Kota Damansara lagi.
Lepas sekolah semalam,saya bergerak ke Kota Damansara lagi.Pada mulanya tak berapa nak faham juga dengan peta yang dilihat dalam Google tapi berharap moga dipermudahkan perjalanan.Macam mana nak faham,peta yang saya lihat sebelum ni tak ada pun jalan masuk ke  Strand tu tapi bangunan tu di tengah-tengah.Tapi, dalam peta ni ada pula jalan masuknya.Terlewat dapat peta ni.Nasib baiklah petang tadi,perjalanan dipermudahkan.
Nak bertanya kawan,saya sendiri tak pernah sampai,makanya memang takkan faham pun sebab tak nampak jalannya.Bila dah ke sini,jalan nak ke Giant dan Aeon Big pun dah faham tapi disebabkan MRT sedang dalam proses pembinaan di Jalan Sungai Buloh tu,jalan agak sesak.Kemungkinan nak ke sana selalu tu,rasa-rasanya tak juga.
Masuk saja dalam kawasan ni,tak tahu tempat nak tuju sebab luas dan banyak bangunan tapi kaki ke bangunan besar saja.Dah tersalah parkir kereta jauh,maka kenalah berjalan ke bangunan pusat beli-belah tu.Bila masuk bangunan ni,memang pusat membeli-belah yang moden sangat.Saya hanya terjah di Mr Diy.Tak pula saya meronda sekeliling kerana hajat hanya nak tahu tentang Mr Diy saja kali ni.Mr Diy berada di tingkat 2.Masa nak naik tangga bergerak ke Mr Diy,ternampak Daiso yang berada di bawah Mr Diy tu.Wah,ini sudah bagus.Dapat cuci mata di dua tempat kegemaran sekali gus.Memang tak membeli-belah sangat sebab masih dalam keinsafan,jangan membazir.




Lihat peta ni,dah dekat dengan Ikea...memang tergugat imanlah kalau dapat pergi sendiri ke Ikea...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan