Ahad, 9 November 2014

Barang-barang Deko

 Ini hasil rembatan di Mr Diy,Romantika dan pasar raya berhampiran rumah.Moga tiada pembaziran.Sarung biru tu dibeli di Cosway,RM 9.90.Sarung ni diletakkan di bawah katil. 

Stok untuk saya mendeko.Tak perlu nak tunggu cuti  hujung tahun kerana sekarang pun dah ada masa juga kerana waktu di rumah dah tak fikir nak beri kerja kepada pelajar.Untung juga SPM berlangsung dalam 3 minggu waktu persekolahan.Sebelum ini,hanya seminggu saja dalam waktu persekolahan.Jadual peperiksaan juga sangat mesra guru.Setiap kertas untuk satu-satu mata pelajaran mempunyai selang yang agak lama membolehkan penandaan kertas peperiksaan habis sebelum kertas yang lain menjengah.Walaupun agak banyak penandaan kertas peperiksaan pada tahun ini tapi tidak secara serentak menyebabkan terasa banyak kerja menanda kertas kerana bermula dari Mei hingga November.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan