Rabu, 22 September 2010

Mengatasi Anak Degil,Nakal dan Melawan..

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Selasa, 21 September 2010

Semangat Hari Raya

Semalam sesi mengubahsuai yang dilakukan pada hari Ahad diteruskan.Anak sulung yang suka menghias rumah pun turut main peranan.Walaupun dinding di belakang kerusi merah masih banyak kesan contengan,semangat nak mengubah suai masih membara.
tempat yang selalu digunakan.
tak banyak yang berubah di sudut ni.hanya tambah bunga mawar saja...taklah pandangan sepi bila memanjat tangga untuk ke atas..sambil panjat tangga,bolehlah cuci mata membaca hadis yang digantungkan...
sudah banyak mainan yang disorokkan ke dalam stor.ubah posisi tv dan kerusi supaya sudut ni dapat dikurangkan penggunaannya.mural di belakang kerusi tidak nampak dalam gambar,tapi jika dilihat secara dekat,memang kreatif anak2 terunaku
harap bunga orkid ni akan terus bergantung di situ.barang hiasan termasuk bunga terpaksa digantung demi keselamatan

Khamis, 16 September 2010

Raya di Kuala Selangor

Hari khamis baru saya berkesempatan beraya di Kuala Selangor disebabkan hari Selasa dan Rabu suami berkerja.Dua hari berada di rumah dengan anak2,bukannya dapat buat apa-apa pun.Kerja sekolah yang dibawa balik langsung tidak diusik.Beg sekolah pun langsung tidak disentuh.Inikan pula nak membelek-belek buku untuk membuat soalan akhir tahun.Beraya sakan nampaknya.Hampir seminggu beraya ipar duai pun dah balik ke rumah masing2.Walaupun begitu,seronoknya di sini sesi kunjung-mengunjungi berlangsung sehingga sebulan berbanding di Besut hanya sehingga raya keenam sahaja.Ada juga yang hanya beraya pada hari raya pertama sahaja .

telur ayam kampung yang menjadi mangsa Ammar.ditanam seperti telur dinasor dalam cerita Jurassic Park.nasib baik neneknya tidak tahu

balang biskut raya penuh dua meja kopi.maklumlah sesi bertandang selama sebulan.masa mula-mula kahwin dulu agak terperanjat juga mereka beraya hingga sebulan

Rabu, 15 September 2010

Bakar Mayat Tak Hapus Bukti

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.

Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya.

Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.

Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis.

Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.

Harian Metro turut difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima ‘habuan’ berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.

Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.

Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.

“Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa.

“Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai ‘kunci’ bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu,” katanya.

Susulan daripada itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu berusia antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan selain beberapa lagi bahan bukti yang digunakan semua suspek.
DIPETIK DARIPADA: HARIAN METRO

Berita tergempar yang mengejutkan pada raya kali ini.Sebenarnya sukar untuk menerima hakikat bahawa kematian Datuk Sosilawati begitu tragis sekali.Apa-apapun,sebagai hamba-Nya,kita tidak tahu bagaimana kesudahan hidup kita,namun senjata kita hanyalah doa agar kita ditempatkan dalam kalangan orang yang dirahmati dan menemui ajal dengan mudah serta mati dalam keadan baik.Al Fatihah untuk mereka.

Selasa, 14 September 2010

Beraya di Besut Lagi(2)

Sesi ziarah-menziarahi tidak serancak zaman kanak-kanak dulu apatah lagi sekarang kebanyakan ibu saudara telah kembali ke rahmatullah.Apa-apapun, saya mengambil kesempatan ini untuk bertandang ke rumah kawan lama.Kami berkawan baik semasa di tingkatan 5 dulu.Hajatnya nak rancak bertandang tetapi disebabkan pada hari raya pertama tiba-tiba mulut kena ulser,maka hasrat itu tinggal harapan.Bertandang ke rumah kawan lama tempoh hari pun saya sekadar minum air tanpa menjamah makanan yang dihidang kerana sukar nak menelan makanan. Hingga sekarang mulut belum baik lagi.Sempat juga saya pusing-puisng sekitar bandar Jerteh yang dah banyak berubah.Nasib baik jalan ke bandar Jerteh tidak sesak.
muka dah berminyak sebab dah petang.Adik sempat menegur muka saya yang tidak secantik dulu(cantik ke saya ni?bersyukur dengan kurniaan Ilahi.)Dah lama saya tak pakai krim kecantikan kerana selalu saja ada masalah wajah tak sekata.Sekarang masih dalam proses melihat perubahan setelah krim kecantikan Sendayu Tinggi diberhentikan seketika.
tempat letak kereta bersebeahan Econ Jaya sudah berubah.Sudah berbumbung.Perhentian bas Jerteh pun sudah tiada ti tempat asal.Berpindah ke mana,tidak pasti
singgah membeli kain selimut dan anak telekung sembahyang.Sempat juga membeli beras nasi dagang.Nak masak bila tak pasti lagi tapi stok mesti ada.Nampak petai jeruk,sempat juga rembatnya.beli barang makanan di sini memang tidak perlu was-was kerana majoriti orang Melayu yang buat.Satar yang selalu menjadi buruan apabila balik ke Besut tidak dapat dibeli kerana mulut ulser..alahai...
Masjid Hadhori berjaya dirakamkan dalam kereta sahaja.

Isnin, 13 September 2010

Beraya di Besut Lagi(1)




baru sempat bersua muka dengan anakbuah yang baru.Anak kakak yang kedua.
Raya pertama,Adib masih berselera makan sate.Adib dan Ammar bersama dengan sepupunya,Fadhil,Aina dan Adiba.Fadhil yang berummur dua tahun setengah sudah petah bercakap mengalahkan Adib yang dah tiga tahun.
Kubur arwah ayah.Kali ini baru berkesempatan



Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini tiada yang istimewa melainkan sambutan hari raya juga disambut di Besut seperti tahun lepas.Sepatutnya tahun ini kami akan beraya di Kuala Selangor terlebih dahulu,tetapi disebabkan suami terlupa bahawa tahun ini giliran di Selangor,saya bernasib baik dapat beraya di Terengganu lagi.Senyum sampai ke telingalah saya.Bukan tidak diberitahu bahawa tahun ini giliran beraya di Selangor tetapi disebabkan suami telah memaklumkan kepada keluarganya dia akan beraya di Terengganu,maka kata-kata tersebut malu nak ditarik balik.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata,bonus untuk saya tahun ni kerana dapat beraya di Terengganu walaupun bukan di kampung halaman sendiri.Tahun ini kami anak-beranak beraya di rumah kakak yang sulung memandangkan rumah kami telah disewakan kepada orang lain.Sejak ayah meninggal hampir tiga tahun yang lalu,rumah itu selalu ditinggalkan kerana ibu telah diajak oleh anak-anak untuk tinggal bersama mereka memandangkan ibu pun agak uzur sekarang.Hari raya pertama,hanya saya sahaja yang tinggal di rumah kakak.Namun, suasana bertukar gamat apabila tiba petangnya setelah adik-beradik yang lain telah datang bertandang.Kebetulan hari raya kedua,kenduri arwah telah diadakan memberi kesempatan kepada kami berkumpul satu keluarga.

Khamis, 9 September 2010

Ramadhan Kali Ini



Ramadhan hampir berlalu namun ibadah tidak juga seberapa seperti tahun-tahun lepas.Cuma,menu berbuka dan bersahur dapat dikurangkan waima dapat juga mengelakkan pembaziran yang ketara.Moga-moga tahun depan akan berjumpa lagi dengan ramadhan untuk menjalani ibadah puasa dengan baik.Dalam kesibukan mengemas rumah,sempat pula saya merakam aksi Adib yang selalu dengan aktivitinya.Setelah bosan beraksi dengan senapangnya,tiba-tiba dapat akal untuk memakaikan seluar kepada patungnya.Walaupun tanpa kata tetapi kelakuannya membolehkan saya memahami maksudnya.Almari saya selongkarkan untuk mencari bajunya masa bayi bagi disesuaikan dengan patung Hulknya.
gambar Adib yang baring bersama patungnya tak sempat dirakam kerana bila ditegur sahaja dia jadi malu-malu.Aksi abangnya pula yang dirakam.Saya tolong pakaikan baju ni..sempat juga saya buat kerja macam ni.
pagi-pagi lagi dah menghadap cd.lagak orang kayalah pula.pegang senapang kerana meniru aksi cerita dalam cd.selalu saja meniru aksi cerita yang ditonton..bosan menonton cd,cari pula kerja lain(pakaikan baju untuk Hulknya)

Selasa, 7 September 2010

Apa Nak Buat?

Dah masuk hari kedua cuti sekolah namun projek untuk menjahit manik yang yang ada di fikiran belum lagi bermula.Nampaknya tak jadilah nak menjahit manik di baju kalau belum dimulakan hari ini.Kerja-kerja mengemas yang rumah yang selalu bersepah pun belum bermula juga.Cuti-cuti sungguh kali ini nampaknya.Majalah yang makin banyak dan perlu diletakkan di tingkat atas belum selesai lagi.Bilik bawah yang menjadi transit barang2 semasa ubah suai dapur pun belum dikemas dengan sempurna lagi.Bilik tu masih menjadi stor besar,penuh dengan barang2.Sekarang ni dah tak tau nak buat yang mana satu:mengemas rumah ataupun jahit manik.Nampaknya satu daripadanya tu mesti dimulakan hari ini

Jumaat, 3 September 2010

Majlis Khatam Quran dan Penutupan Ihya Ramadhan

Penghujung persekolahan sebelum cuti bermula,program Khatam Quran telah diadakan.Sememangnya banyak program keagamaan diadakan setakat ini untuk mengisi santapan rohani pelajar-pelajar dan guru-gurunya.Terpegun mendengar alunan ayat2 suci oleh seorang daripada pelajar perempuan yang terlibat.Tersentuh jua hati sanubari mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pelajar lelaki.Pengisiannya sarat dengan mesej kepada perempuan tentang aurat.Gambar ini boleh merumusakan isi kandungan tazkirahnya.