Isnin, 30 Ogos 2010

Membaca Fikiran



Cuti 3 hari sudah berlalu tanpa pengisian yang sepatutnya.Harapan untuk menyiapkan penandaan kertas ujian BM tingkatan 4 hanya tinggal harapan.Biarpun tak ke mana-mana,kerja terbengkalai juga.Biarpun begitu,catatan ini untuk merakam rutin harian sepanjang hari Ahad yang lalu.Hati ibu mana yang tidak teruja apabila anak teruna yang baru berumur 5 tahun dapat membaca fikiran ibunya.Memang mengejutkan apatah lagi apabila si anak itu bukanlah si kecil yang telah matang tapi akan matang seperti rakan-rakan seusianya.

Pagi
Bosan kerana berasa tidak selesa makan di meja Jepun anak-anak,saya bertindak mengalih buaian ke laman walaupun tempat yang sepatutnya belum dipersiapkan lagi.Suami masih tidur tetapi anak-anak yang sudah biasa bangun awal sedah kecoh di ruang tamudengan rutinnya.
Melihat saya menolak buaian,Ammar mula bertanya,"ummi nak letak di mana buaian tu?"
"Ummi nak letak di luar."
"Mana muat pintu tu."
Masya Allah,dia boleh terfikir hingga begitu.Kata-kata itu memang mengejutkan.
Sebagai alternatif lain,saya menggunakan pintu sliding untuk mengeluarkan buaian tersebut. Sedang saya terkial-kial untuk menolak buaian tersebut, dia datang membantu.Begitulah selalu.Pantang kalau melihat saya mengemas rumah,dia akan datang menolong.Minat mengemas rumah juga ada dalam dirinya.Alahai Ammar.Melihat abangnya sibuk membantu saya ,si kecil pula datang menyibukkan diri.Kami tiga beranak berhempas pulas.Akhirnya,buaian tersebut berjaya ditempatkan di sisi sliding.Meja kecil yang telah dikeluarkan dari ruang dapur dan ditransitkan di sisi dinding berjaya ditolak ke ruang makan.Sekali si Adib datang menyibuk.Hasilnya,ruang makan sudah ada meja yang sepatutnya berada di situ.Meja Jepun ditolak ke dinding.Maka,kini ruang makan mempunyai kedua-dua meja.


Tengah hari
Masa tengah hari merupakan waktu yang paling seronok melayan mata.Dengan membiarkan anak-anak bermain di aras bawah,saya sempat melayan mata walaupun tidurnya tak selena macam biasa.Celik sahaja mata,Ya Allah!Rumah macam tongkang pecah dikerjakan dua beradik tu.Koleksi novel saya bersepah di lantai,mainannya berselerak juga di lantai.Saya meminta si abang mengemasnya kembali sambil saya juga turut membantunya.Mahu pula dia mendengar kata kali ini.Biasanya ada-ada saja alasannya untuk mengelak.Kali ini dia betul-betul mengemas hingga semua mainannya atau benda-benda lain tidak ada di lantai.Sejak itu,jika dia melihat ada sahaja benda di lantai,dia segera menyimpannya.Bagusnya jika begini selalu.Taklah saya ni pening kepala nak mengemas sepanjang hari.

Malam
Sebelum tidur,sempat lagi dia menyambung mengemas di dalam bilik sedangkan jam sudah hampir pukul 11 malam.Sambil mengemas,sempat lagi dia terfikir tentang barang-barang pertukangan milik ayahnya yang berada di bahagian dapur belakang.
"Mi,barang-barang ayah yang ada kat bawah,simpanlah dalam bilik kat atas tu."
Ya allah,saya memang terkejut kerana itulah yang saya fikirkan tadi.Di setiap ceruk rumah,ada-ada saja barang milik suami yang ditransitkan sehingga naik rimas saya melihat.Saya memang bercadang begitu supaya hanya satu tempat sahaja digunakan untuk menyimpan barang-barang pertukangan suami.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Rahsia 13

Rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sagu Gula Melaka

sagu gula Melaka yang telah dicampur dengan santan dan gula Melaka.Sedia untuk dimakan.Rasanya manis dan lemak.
gula Melaka yang dah dimasak tiada ...warna sagu yang asli kerana tiada pewarna

Diam tak diam, hari ni sudah masuk hari yang ke-17 kita berpuasa.Begitu cepat masa berlalu.Ujian 2 dan percubaan PMR sudah berlalu biarpun kertas untuk BM tingkatan belum habis ditanda. Kini,soalan untuk peperiksaan akhir tahun bagi kertas sastera pula yang perlu difikirkan.

Alhamdulillah,sepanjang berpuasa kali ini,sikap berjimat dalam berbelanja memang ketara.Setiap kali berbuka puasa, menu berbuka puasa seperti hari-hari biasa.Saya hanya memasak masakan yang ringkas kerana sepanjang hari persekolahan,saya berpeluang membeli makanan di kantin.Memanglah makanan tersebut dimasak dari pagi lagi,tetapi jika kita membeli di pasar Ramadhan,keadaan yang sama juga berlaku,bahkan kita tidak pasti sama ada masakan tersebut dimasak hari ini atau lebihan yang semalam.Kita juga tidak pasti sama ada masakan tersebut sedap atau tidak.Dengan berbelanja serendah RM 6,saya dapat membeli tiga jenis lauk,maklumlah setiap lauk dijual RM 2 sahaja.Memang jimat juga.Cuma,saya hanya memasak satu atau dua lauk lagi untuk tambahan dan kadang kala saya memasak kuih untuk pencuci mulut.Untuk memasak pencuci mulut,ia bergantung kepada kerajinan.

Kali ini teringin pula merasa sagu gula melaka.Sudah lama saya tidak memasak pencuci mulut ni.Kali pertama saya cuba memasak pencuci mulut semasa saya mengajar di Sabah dulu disebabkan ingin membalas kuih yang diberi oleh seorang kakak.Dah 8 tahun agaknya.Pertama kali membuatnya memang menjadi.Bila cuba memasaknya untuk kali kedua beberapa hari yang lepas,alahai tak berapa nak menjadi pula.Begitulah agaknya bila sesuatu perkara tu jarang dilakukan,untuk membuatnya dengan sempurna,ia mungkin akan makan masa.Silapnya kerana sagu kurang masak disebabkan tempoh merendamnya agak sebentar.Walaupun begitu, suami tetap makan dan tak pula dia komen apa-apa.Semalam cuba lagi kerana tdak puas hati.Alhamdulillah,kali ini sudah menjadi.Resipinya:

Bahan A :
* 2 cawan sagu
* 5 cawan air
Bahan B :
* 3 cawan santan
* 2 sudu tepung beras
* 1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
* 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
* 1 cawan air
* 1 cawan air
* 1 helai daun pandan

Cara-cara

1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan tepung beras hingga mendidih.Masak hingga santan agak pekat
5. Buang daun pandan dan sejukkan.
6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Aduna C

@@@saya suka makan dengan santan pekat.Kebiasaannya dalam resipi menggunakan santan cair sahaja

Khamis, 26 Ogos 2010

Mari Kita Amalkan

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

6. Sabda Nabi , Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Selasa, 24 Ogos 2010

Hati-hati Semasa Membeli




SEKADAR NAK BERKONGSI INFO DARIPADA FACEBOOK.GAMBAR LAICI NI MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.BERINGAT-INGATLAH SEMASA MEMBELI MAKANAN.MAKANAN MENJADI DARAH DAGING.NASIB BAIKLAH SAYA MEMANG CEREWET DALAM MEMILIH MAKANAN.JIKA NAK MEMBUAT TRIPPLE,BUAH PIC DAN BUAH-BUAHAN KOKTAIL PERLU DITELITI.MAKA,TAK MUSTAHILLAH SAYA TERPAKSA MENUKAR BAHAN-BAHAN LAIN SEPERTI NATA DE COCO DAN ISINYA KERANA SUKARNYA NAK MENDAPAT BUAH-BUAHAN DALAM TIN YANG DIYAKINI KEHALALANNYA.

Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah


Soalan :

Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep english @ english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah patung-patung hiasan seperti chef, itik,ayam, bear. Patung ini ada yg lengkap seekor itik/ayam/bear atau seorang chef..ada juga patung yang tidak lengkap spt patung chef duduk, patung ayam/itik sedang mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah juga di peti ais jika fridge magnet.

Jawapan :

Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram. Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.

Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasa. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :

1. Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.

2. Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap : “Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka : “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.

Kesimpulannya

Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan, untuk mengetahui perbahasan lanjut mengenai hukum meletakkan gambar hiasa di rumah sila klik di sini. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bubur Lambuk Citarasa Pantai Timur

pucuk miding yang sinonim dengan bubur lambuk

Sebut saja pucuk miding(sejenis pucuk paku),terbayang bubur lambuk.Sememangnya pucuk miding sinonim dengan bubur lambuk yang digemari pada bulan puasa.Hanya bubur lambuk versi pantai timur sahaja yang menggunakan pucuk miding.Teringatlah zaman remaja dulu,bila saja mak ingin memasak bubur lambuk,pasti saya akan dikerah masuk semak-samun untuk mengutip daun-daun yang akan dijadikan bahan dalam bubur lambuk.Bubur lambuk citarasa pantai timur memang berbeza dengan citarasa pantai barat kerana cara pantai timur menggunakan banyak ulam.Rasanya juga agak berlainan. Bubur lambuk pantai barat saya tidak suka,maklumlah dah sebati dengan citarasa pantai timur.Seingat saya,antara daun yang selalu diminta oleh emak untuk mencarinya ialah kangkung,kesum,mata ayam,serai kayu,pucuk manis dan pucuk miding.Apabila berada di bandar,ada antara daun tersebut memang sukar didapati,namun ia tidak membantutkan keinginan untuk memasak bubur lambuk.Pucuk miding sebenarnya hidup meliar di kawasan semak terutamanya di tepi jalan,namun tak pula saya sanggup untuk mengutipnya.Dalam banyak daun yang digunakan oleh ibu,saya hanya mengekalkan beberapa saja iaitu daun kesum dan pucuk manis.Daun kesum mesti ada supaya bubur lambuk mendapat aromanya.Tanpa pucuk miding,rasa bubur lambuk tidak terjejas.Hari ini saya berjaya memasak bubur lambuk dengan mengekalkan rasanya walaupun tanpa banyak ulaman.Sebenarnya senang sahaja untuk memasak bubur lambuk kerana ia tidak perlu banyak ramuan.
ini dah yang terakhir..jika banyak ulam/daun,lebih sedap rasanya.

Antara bahannya ialah:
beras-jika nak banyak,masukkan banyak beras.tapi saya hanya menggunakan setengah cawan sahaja
bawang merah - dikisar bersama lada hitam
1 inci halia - dihiris memanjang
ayam/daging yang dihiris nipis
sedikit kelapa goreng
serai
keropok keping-jika suka.sekadar nak mevariasi dalam masakan
daun kesum
pucuk manis
bayam
garam

Cara-cara

1. Masakkan beras dengan air yang banyak sehingga menjadi bubur.
2. Masukkan ayam yang dihiris nipis,bawang yang dikisar dan halia serta serai
3. Masukkan daun kesum
5. Masukkan kelapa goreng dan daun-daun yang lain
6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

Rabu, 18 Ogos 2010

Minggu Peperiksaan

fail yang perlu dilengkapkan

isi borang dahulu untuk mengambil kertas peeriksaan.untuk serahan,borang lain pula

banyaknya kelas...ada 16 kels untuk tingkatan 3 dan 13 untuk tingkatan 4.nasib baik peperiksaan untuk pelajar SPM lepas raya nanti

Hari ni baru saya sempat menyemak kertas percubaan PMR untuk subjek BM.Itupun hanya beberapa skrip sahaja.Kesibukan bertugas di Bilik Peperiksaan menyebabkan saya tiada masa untuk menjengok kertas peperiksaan. Esok, saya bakal mendapat kertas sastera pula.Makin bertambah tugasan, namun yang ada pun belum terusik lagi.Tambahan pula sekarang bulan puasa,alahai makin banyak rehatlah jawabnya.

Satu pembaharuan untuk ISO,setiap kertas soalan dan jawapan murid mesti dicatat.Kerja-kerja perkeranian makin bertambah.Jika sebelum ini memadai hanya seorang saja yag bertugas di Bilik Peperikaan, tetapi kali ini melibatkan tiga orang.Hal ini disebabkan peperiksaan percubaan PMR dan ujian setara 2 untuk tingkatan 4 sedang berlangsung.Perubahan jadual peperiksaan yang kerap bertukar dan perubahan jadual untuk bulan puasa sedikit sebanyak memeningkan kepala banyak pihak.

Ahad, 15 Ogos 2010

Pulut Durian Vs Pengat Durian


Dah lama nak makan pulut durian tetapi selalu terbantut.Bila saja anak minta belikan durian pada hari sabtu yang lalu, nampaknya inilah peluang untuk merasa pulut durian yang dah lama mengidam.Jadi, menu untuk berbuka pada hari tu ialah pulut durian.Bila saja nak masak pulut durian, tak sampai hati pula memikirkan suami orang Selangor,manalah tekaknya boleh menerima menu pulut durian kerana pulut durian hanya dimakan oleh orang pantai timur.Jadi, terpaksalah buat pengat durian.Bila masa berbuka, makan sikit saya dah rasa muak, maklumlah kuahnya santan yang dimasak.Alahai,teringat-ingatlah pula kelazatan pulut durian tu..Cara membuatnya senang sangat.Masukkan santan yang telah dimasukkan secubit garam ke dalam pinggan,tambahkan gula secukup rasa dan masukkan pulut bersama durian.Gaulkan durian dengan pulut.Sedapnya...

Agar-agar Durian

1 Biji Durian (Isi Shaja)
1 Packet Agar-Agar Tali
1 Cawan Gula
750Ml Air
2 Sudu Teh Tepung Kastard
½ Cawan Susu Cair

Cara:
Masak agar-agar bersama air sehingga cair, masukkan gula ,Kacau sehingga larut dan mendidih.

1/2 cawan susu di kacau bersama tepung kastard dan, apabila sudah sebati masukkan ke dalam agar-agar yang sedang mendidih tadi kacau rata, kemudian masukkan isi durian.

Sejuk dan bekukan untuk hidangan.

#Belum memasaknya lagi,hanya menyimpan resipi sahaja dulu

Isnin, 9 Ogos 2010

Malu dan Lucunya


Hari ni tentang kasut buruk saya.Kasut coklat tu baru lagi, tapi tau-tau sajalah bila seorang cikgu yang pakai.Sebulan saja dah hampir rosak, maklumlah kerja cikgu bukan macam kerja kerani yang akan duduk saja di kerusi.Di dalam kelas, menjadi kesalahan kalau cikgu duduk semasa mengajar jika tidak ada apa-apa masalh kesihatan.Maka, semasa dalam kelas, memang saya jarang-jarang duduk di kerusi. Jika ada kerja yang diberikan kepada murid, saya tetapakan meronda memantau mereka.Maka, tak hairanlah kasut boleh jadi seperti itu. Alkisahnya pada pagi isnin,saya terpakai kasut ini.Ha, malunya tapi apa nak buat,nasi dah jadi bubur...

Ahad, 8 Ogos 2010

Tertunda..Tak Pasti Lagi Bila

Sepatutnya ada majlis kenduri di rumah hari ni,namun disebabkan sebab2 tertentu,tertunda lagi.Entah bila tak pasti pula.Elok juga tak jadi kenduri hari ni memandangkan dapur di bahagian belakang belum siap lagi.Situlah sebenarnya ruang kerja untuk membuat persediaan.Nampaknya lepas rayalah pula.Pening juga ni bila rakan2 di sekolah lama masih menagih untuk bertandang ke rumah,ditambah pula dengan rakan2 baru di sekolah baru,rakan2 lama masa di bangku sekolah dulu dan jiran tetangga lagi.tak lupa juga beberapa orang rakan blogger yang saya saya kenali.ramai tu nak kena jemput...apa2pun niat ikhlas nak menjamu..
Ruang dapur tu hampir siap.Singkinya memang elok sangat buatannya hingga anak yang berumur lima tahun pun pandai memujinya.Patutlah taukenya bertanya kepada saya,"tak nak tukar dapur baru ke,yang cantik sikit?"Maklumlah dapur yang ada hanyalah dapur biasa saja.Rupa-rupanya table top yang dibinanya tak sepadan dengan dapur buruk saya.Dapur dah ada,hadiah daripada Anjung Seri,cuma tidak digunakan saja.Mahal juga dapur tu.Nampaknya memang sudah masanya untuk saya gunakan dapur baru tu.Simpan lama2 pun nanti rosak juga.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sekolah Ganti...

Hari ni sekolah ganti untuk cuti Deepavali.Kebiasaannya memang murid tak ramai yang datang.Namun,sekolah ganti berjalan seperti biasa.Kelas saya hanya 3 orang saja yang datang.Pada hari Khamis, saya telah berpesan kepada murid-murid 4 H supaya datang ke sekolah kerana saya akan ulang kaji sastera.Minggu depan sudah ujian kedua.Murid-murid PMR pula akan menghadapi peperiksaan percubaan.Untuk kelas 4H,saya sudah bersedia dengan beberapa soalan,cuma tak sempat nak taip saja.Alasannya nak berjimatlah konon..Bila masuk saja ke kelas,aduhai...mengecewakan saja.Empat orang saja yang datang.3 orang pelajar lelaki tu memang tak berminat nak belajar,maka seorang sajalah yang boleh diharapkan.Sambil murid tu menyiapkan nota yang diberi,sempat lagi saya menghadap buku rancangan mengajar.Selama ni kalau masa mengajar,memang tak sempat nak menjengok buku rancangan mengajar.Selepas rehat,majlis persaraan seorang daripada guru pula diadakan.Sebenarnya,majlis persaraanlah merupakan majlis yang besar pada hari ini.


berkumpul di luar dewan untuk mengiringi Puan Zuraidah balik


sedang menikmati jamuan di Bilik Ert

Khamis, 5 Ogos 2010

Tergodanya...



Gambar pemandangan seperti ini dijual lagi di sekolah.Rambang mata juga dibuatnya kerana semuanya cantik.Harganya pun murah.RM 19 saja.Lama juga meninjau-ninjau gambar yang ada,namun tak jadi pula membelinya,maklumlah gambar seumpama itu dah ada empat yang dibingkaikan.Dua lagi belum digantungkan.Dah berdebu dah.Kalau banyak sangat,nanti jadi galeri seni pula rumah ni..Tetapi gambar-gambar seperti ini memang menggoda iman saya...Rakan-rakan yang lain pun tak ramai yang membelinya.Memanglah gambar-gambar tu dijual dengan harga yang murah,tapi kos nak membingkaikannya pula yang menjadi masalah.Paling murah harga bingkai pun seratus lebih juga.

Selasa, 3 Ogos 2010

Bila Nak Siap Ni?

Sudah empat hari kerja-kerja ubah suai dapur bahagian belakang tertangguh.Alasannya,tukang buat tu sedang buat di tempat lain.Kalau macam ni,lambat lagilah saya nak merasa suasana memasak dengan selesa di dapur basah tu..

Isnin, 2 Ogos 2010

Hijau Lumut Akhirnya


Walaupun cuti hujung minggu ini ada perkara yang terbengkalai lantaran kerana mood malas, namun hari Isnin hari ini bermula dan berakhir dengan baik.Misi untuk mencari baju raya untuk anak-anak berjaya dilunaskan.Tanpa perancangan,hijau lumut menjadi pilihan baju Melayu untuk anak-anak pada tahun ini.Alhamdulillah,akhirnya dapat juga keluar dari kepompong warna-warna yang sudah bosan selama tujuh tahun.Begitulah jadinya apabila ayahnya tidak mahu membuat baju baharu selama ini.Bayangkanlah selama tujuh tahun,terpaksalah saya mencari warna yang dapat disesuaikan dengan empat pasang baju Melayu yang ada dalam koleksi suami.Tahun ini, saya agak kebuntuan untuk memilih warna yang sesuai.Bila saja sampai di kedai, hijau lumut saja yang ternampak-nampak walaupun tak merancang pada awalnya nak membeli warna apa.Nak dijadikan cerita,baju Melayu anak yang baru dibeli seakan-akan warnanya dengan kain hijau lumut yang ada dalam simpanan saya sejak lima tahun dulu.Kain tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada rakan,tetapi saat-saat akhir tak jadi.Nak dijahit,rasa macam tak cantik pula kain tu.Kesudahannya simpan dalam almari sajalah selama lima tahun.Alahai nafsu, banyak sungguh halangannya walaupun kain tersebut bukannya murah.Sekarang,dah tak ada alasan lagi untuk menyimpan kain tersebut.Tak kisahlah kalau kain tu tak mengikut fesyen terkini, yang penting boleh disesuaikan dengan baju anak-anak.

Ruang Makanku...Apalah Jadi Nanti?

Cantik juga tapi ada bungalah pula...

Tiba-tiba idea datang nak menghias ruang makan.Sebelum ni mana ada nak menghias ruang makan sebab ruangnya memang dah tercegat buaian dan meja jepun.Tibalah masanya kedua-dua benda ni dialihkan untuk memberi ruang kepada meja makan pula berada di tempatnya.Biapun meja makan yang ada hanyalah meja kcil yang murah,namun bersyukurlah sebab ia masih boleh diguna pakai.Dinding sisi yang kosong menyebabkan kepala ni tak henti-henti berfikir untuk menceriakannya.Tak kisahlah setiap ceruk dinding ada benda yang tergantung, yang penting kita rasa menarik.Hingga tengah malam,belum juga jumpa rak gantung yang sesuai.Apa-apa pun, pencariannya ditangguhkan dulu sebab mata dah mengantuk.Esok dah kerja.

Ahad, 1 Ogos 2010

Khasiat Surah al Ikhlas-Lembutkan Hati


Baca surah ini dan apabila sampai ayat yang kedua,bacakan doa untuk melembutkan hati.Kemudian habiskan bacaan.Amalkan.Info daripada rancangan Tanyalah Ustaz/1 Ogos