Isnin, 2 Ogos 2010

Hijau Lumut Akhirnya


Walaupun cuti hujung minggu ini ada perkara yang terbengkalai lantaran kerana mood malas, namun hari Isnin hari ini bermula dan berakhir dengan baik.Misi untuk mencari baju raya untuk anak-anak berjaya dilunaskan.Tanpa perancangan,hijau lumut menjadi pilihan baju Melayu untuk anak-anak pada tahun ini.Alhamdulillah,akhirnya dapat juga keluar dari kepompong warna-warna yang sudah bosan selama tujuh tahun.Begitulah jadinya apabila ayahnya tidak mahu membuat baju baharu selama ini.Bayangkanlah selama tujuh tahun,terpaksalah saya mencari warna yang dapat disesuaikan dengan empat pasang baju Melayu yang ada dalam koleksi suami.Tahun ini, saya agak kebuntuan untuk memilih warna yang sesuai.Bila saja sampai di kedai, hijau lumut saja yang ternampak-nampak walaupun tak merancang pada awalnya nak membeli warna apa.Nak dijadikan cerita,baju Melayu anak yang baru dibeli seakan-akan warnanya dengan kain hijau lumut yang ada dalam simpanan saya sejak lima tahun dulu.Kain tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada rakan,tetapi saat-saat akhir tak jadi.Nak dijahit,rasa macam tak cantik pula kain tu.Kesudahannya simpan dalam almari sajalah selama lima tahun.Alahai nafsu, banyak sungguh halangannya walaupun kain tersebut bukannya murah.Sekarang,dah tak ada alasan lagi untuk menyimpan kain tersebut.Tak kisahlah kalau kain tu tak mengikut fesyen terkini, yang penting boleh disesuaikan dengan baju anak-anak.

Tiada ulasan: