Khamis, 5 Ogos 2010

Tergodanya...



Gambar pemandangan seperti ini dijual lagi di sekolah.Rambang mata juga dibuatnya kerana semuanya cantik.Harganya pun murah.RM 19 saja.Lama juga meninjau-ninjau gambar yang ada,namun tak jadi pula membelinya,maklumlah gambar seumpama itu dah ada empat yang dibingkaikan.Dua lagi belum digantungkan.Dah berdebu dah.Kalau banyak sangat,nanti jadi galeri seni pula rumah ni..Tetapi gambar-gambar seperti ini memang menggoda iman saya...Rakan-rakan yang lain pun tak ramai yang membelinya.Memanglah gambar-gambar tu dijual dengan harga yang murah,tapi kos nak membingkaikannya pula yang menjadi masalah.Paling murah harga bingkai pun seratus lebih juga.

2 ulasan:

  1. salam ....

    waw kalau ummi pun tergoda tengok gambar2 tu , kalau diframe kan sblm puasa ni bagus tu , buat hiasan di hari lebaran , he he he

    BalasPadam
  2. mmglah itu cadangnya tp bila mengingatkn kata2 suami,setiap dinding kena ketuk...berfikir dua kalilah pula...

    BalasPadam