Khamis, 27 Februari 2014

Doa Dipermudahkan Urusan

Minggu ni agak kelam kabut kerana sepanjang hari balik lewat.Cadangnya hari ni nak balik awal kerana nak mendobi baju tapi tak kesampaian juga kerana ada Mesyuarat Bahas pula.Mesyuarat berlarutan hingga jam 4 lebih.Dahlah malam tadi elektrik terputus.Jam dua pagi anak-anak dah bising kerana kepanasan.Bila jam hampir 4 pagi baru elektrik ada.Masa tulah baru nak sambung tidur semula.Dah terlajaklah pula hingga jam 5.50.Nasib baik boleh ekpres.Jam 6.20 dah boleh bertolak.
Sebelum sampai rumah,singgah di kedai Dua Ringgit untuk beli hamper bagi perjumpaan Puteri Islam esok.Banyak juga makanan yang boleh dibeli di kedai tu untuk harga RM 20.Setiap minggu ada perjumpaan PI pada hari Jumaat,maka balik lambat juga untuk esok.Lusa bersekolah lagi untuk Mesyuarat PIBG.Esok merupakan Sabtu kali keempat berturut-turut saya berkerja pada hari Sabtu.

Isnin, 24 Februari 2014

Hiasan di Ruang Meja Kerja

Bahagian atas meja kerja masih kosong.Memang nak hias tapi tak tahu cara.Apabila bilik selalu diterjah oleh anak-anak,maka timbullah idea nak lekatkan kata-kata hikmat saja di bilik ni.Dapat juga motivasikan anak lelaki sulung yang sangat culas nak solat.Moga-moga dia rajin solat lepas ni.
gambar pula orang perempuan.nak buat macam mana dah tak jumpa yang lain...


apabila dah lekat jadual ni,cepat-cepat Ammar tulis tarikh lahir mereka tiga beradik.macamlah umminya ni lupa.baru perasan hari lahir anak-anak memang ikut susunan.Ya Allah..

Dah Rasmi Botanic Garden

Dah selamat guna pinggan baharu potmeirion botanic garden yang baru dibeli.Sangkakan kecil,rupa-rupanya memang sesuai untuk keluarga kecil.Pinggan lauk dan pinggan makan kecil molek saja tapi sesuai.Taklah ralat nak guna pinggan ni apabila harganya taklah mahal sangat berbanding Corelle.

anak suka makan ikan keli

malam tadi ini saja yang sempat dimasak.ikan keli masak asam pedas dalam mangkuk Corelle tu dibeli. 

Ahad, 23 Februari 2014

Akmal Suka Durian

Kali ni beri satu ulas.Pandai pula dia makan.Licin isinya hingga biji pun nak digigit.Biasanya hanya beri sikit-sikit.Kali ni dia tak nak bila diberi sikit-sikit.







Jumaat, 21 Februari 2014

Meja Kerja di Sekolah

Azam tahun ni tak nak letak buku dengan banyak di atas meja.Makanya, hari Rabu baru berkesempatan mengemas meja ni.Baru nampak kemas sikit tapi sistem pemfailan masih berterabur terutamanya kertas:bahan pelajar,kertas minit mesyuarat,kertas edaran mesyuarat dan risalah.Nasib baiklah surat sakit daripada pelajar dapat dimasukkan dengan kadar yang cepat ke dalam fail yang disediakan.Sebelum ini,agak berterabur juga.Dah minta sms saja,rajin pula nak tulis surat.
kertas dinding dah jadi pembalut kerana tak berapa nak lekat.demam kertas dinding masih melanda.pantang nampak kertas dinding di kedai,terus beli...



saya mengajar BM dua kelas.setiap pelajar mesti ada 5 buah buku tulis..mana nak letak kalau tak ada rak ni...

guna troli yang diletakkan di dapur.disebabkan sukar nak cari rak yang sesuai,troli ni pun jadilah..baldi yang digunakan semasa mengecat kelas tahun lepas tak tahu tempat nak simpan,letaklah dulu di bawah meja.


Portmeirion Botanic Garden Bertambah Lagi

Dah lama saya pesan pinggan ni.Kononnya nak guna duit kutu tapi dah habis sebelum barang yang dikehendaki sampai ke tangan.Penghujung bulan Januari baru sampai.Tadi baru ambil.Malam-malam mengemas kabinet untuk simpan pinggan ni kerana tak ada tempat selamat nak diletak.Pinggan ni kategori kelas kedua kerana ada sedikit kesan hitam di pinggan.Jadi,harganya sangat murah jika dibanding dengan harga yang pernah saya beli dulu.
Sikit sangat kesannya.Cuci dengan jari pun boleh hilang kesan hitam tu.Disebabkan harganya murah,memang nak guna saja pinggan ni,tak nak simpan-simpan tapi pamer dulu sebeum guna.Bila nak guna,ambil saja dari rumahnya.
Inilah cuci mata,cuci duit setelah penat berkerja dan terpaksa berkerja pada hari Sabtu  tiga kali berturut-turut.Ada dua kali sabtu lagi.Lepas Raya Cina ni terpaksa berkerja pada hari Sabtu lima kali berturut-turut.Hari Ahad mula sibuk dengan urusan rumah pula.Nasib baiklah ada hobi ni.Hilang duit,tak apa asalkan hilangkan stress.

kesan hitam kelihatan ...

mangkuk  yang kecil ni RM 220 satu set(6 keping)mangkuk ni sesuai untuk makan bubur

mangkuk yang besar tu,harganya RM 350 (6 keping).apabila pinggan makan dah kecil, mangkuk tu boleh saja digunakan untuk makan nasi.yang kecil sikit tu pinggan makan.kalau nak guna untuk makan nasi,kecil sikit...lauk tak boleh banyaklah...buat makan mee,nasi goreng sesuailah sebab tidak berlauk...pinggan makan 8 inci tu harganya RM 210.

mangkuk nasi yang besar tu RM150...mangkuk nasi baru saja dibeli kerana ada stok...



tempat yang harga murah...gambar di kotak...
@@@Nota kaki:Ukur dahulu ukuran supaya tak terbeli yang kecil...ataupun tanya orang yang ada pengalaman.Nasib baiklah pinggan ni tak mahal sangat.

Jumaat, 7 Februari 2014

Bilik Kerja

Bilik di tingkat bawah banyak fungsinya.Bukan setakat menjadi tempat solat,bilik itu juga menjadi bilik tetamu jika ada saudara bertandang,tempat transit barang dan ruang kerja untuk saya.Disebabkan bilik ini selalu menjadi tumpuan,maka kerja-kerja mengemas bilik ini mesti dilakukan dengan kerap.
Untuk catatan ini, saya ingin berkongsi tentang peranan bilik bawah  sebagai ruang kerja saya.
Semestinya kena ada pencetak kerana sudah 5 atau 6 tahun saya tidak menulis rancangan mengajar harian kerana menaip di laptop lebih mudah.Pencetak itu merupakan yang ketiga dan sangat mudah dikendalikan kerana saya boleh menggantikan dakwatnya sendiri jika dah habis.Sebelum menggunakan pencetak ini,selalu minta bantuan daripada suami jika kehabisan dakwat.Lecehnya.
Di sinilah saya berblog,berfb dan melakukan kerja-kerja sekolah seperti masukkan markah SAPS, buat APDM dan SMM.
Ruang kerja untuk anak-anak di ruang tamu.Mereka membuat kerja sekolah di meja makan kerana meja belajar untuk meeka telah disimpan di dalam bilik stor gara-gara Akmal sangat aktif memanjat.Alat tulis untuk mereka disimpan di dalam almari yang menjadi penghadang ruang tamu dan menonton.Almari dijadikan tempat menyimpan alat tulis kerana kedudukannya tinggi dan mudah dicari serta dicapai.





buku-buku untuk rujukan semasa disimpan dalam rak yang bersekali dengan meja tulis


stok alat tulis yang ada



gunakan tempat menyimpan sudu yang dibeli di Mr Diy untuk meletak alat tulis supaya mudah diambil







Khamis, 6 Februari 2014

Kemas Dapur Sebelum Kerja

Azam tahun 2014 ni nak kemas rumah sebelum pergi kerja.Alhamdulillah,boleh buat walaupun bukan hari-hari tapi ada kesempatan juga.Kerja mengemas yang selebihnya dibuat pada hari minggu.



Mesti bersihkan singki sebelum tidur,ada kalanya susah juga...







@@Suka lihat suasana dapur yang agak teruk sikit pada masa awal kami berpindah ke sini dah bertukar ceria sedikit.Nak cari idea untuk hilangkan kesan air meleleh apabila hujan turun di bahagian depan dapur pula...


@@Jangan biarkan 'kededek' dalam singki..betulkah istilah tu?Orang Besut yang lama tak balik kampung,loghat Kelantan yang dituturkan pun hampir lupa...


Jalan-jalan di Setia City Mall

Cuti 6 hari sempena Tahun Baharu Cina hanya dihabiskan di rumah saja.Alhamdulillah,banyak perkara yang dapat diselesaikan.Kesempatan cuti panjang tu diambil untuk cuci mata di Setia City Mall.Memang boleh cuci mata dan cuci duit sekali kerana pergi seorang diri saja.Bestnya membeli-belah seorang diri di Parkson,tak ada nak terikat dengan sesiapa.Tiliklah barang yang nak dibeli sepuas hati.Agak teruja melihat pinggan Corelle yang banyak bentuk tapi harganya memang mahal.Tak berbaloi beli kerana harganya mahal seperti set pinggan potmorion pula.Geram melihat pinggan mangkuk hijau.Rasa macam nak beli tapi berbaloikah?Ikutkan hati,semua nak beli.Lain kali boleh membeli-belah di sini lagi terutamanya jika nak mencari beg tangan.Banyak jenama ada,tak perlu nak ke Sogo yang memang sibuk tu.Sesuailah dengan saya yang memang tak pentingkan sangat jenama,setakat pakai beg tangan yang ada jenama sikit,kiranya dah ok.