Rabu, 21 Oktober 2015

Jerebu

Jerebu agak buruk kali ini.Sebelum ni sekolah sudah ditutup sebanyak 3 hari namun taklah keadaannya seteruk ini.Dalam rumah pun boleh bau asap dan berkabus.Masya Allah...Moga keadaan cepat baik.





Selasa, 20 Oktober 2015

Deko Dapur

Sebelum ni saya memang tak kisah pun jenis hiasan di dapur.Asal suka, memang gantungkan saja tapi sejak belakangan ni rasa macam nak hiasan yang sesuai dengan dapur pula.Mulalah cari gambar dalam GOOGLE tapi tengok sajalah hasilnya.Cantik memang cantik tapi kosong.






Maka,tercetuslah idea nak cari yang Islamik sikit.Bila pandang,taklah pandang saja.Ruang yang ada hanya terbatas buat masa sekarang.Antara gambar yang cari:








Kenalah cari yang sesuai kerana hanya dua ruang saja.Maka,inilah hasilnya.






Bingkai gambar dah lama beli di Kedai RM 2 tanpa GST dulu.Dua kali beli,dua warna.Memang dah tak sama dengan bentuk dan warna yang mula-mula dulu untuk doa di dapur.



Nota kaki:Selepas gantung bingkai ni,Adib mula tersenyum-senyum kerana dia suka minum sambil berdiri atau berjalan-jalan.

Khamis, 15 Oktober 2015

Tambah Koleksi Hijau

Aktiviti lepas sekolah,sebelum sampai di rumah merayap ke kedai yang menjual peralatan dapur.Memang banyak tapi harganya mahal sikit.Kiranya pejam matalah kerana nak sangat besen kecil yang hijau.Nak ke Eco,tak pasti pula bila kerana Sabtu ni bersekolah lagi.Kiranya hampir lengkap koleksi hijau di dapur.

Masa beli hanya terfikir nak buat agar-agar saja acuan ni tapi tiba-tiba teringat pula boleh guna untuk masak telur sambal.Masa nak pecahkan telur dalam acuan ni,saya lupa nak letak minyak.Makanya dah melekatlah pula.Memang tak cantik jadinya.Garam tak pula lupa nak taburkan atas telur tu tapi boleh lupa pasal minyak pula.

Terpaksalah letak gambar ni.Jika tak lupa letak minyak,cantik seperti inilah jadinya.

Dah dilindungi dengan sambalnya,memang tak nampak pun cacatnya tapi tak puas hati pula bila kurang menjadi.Nasib baik habis suami makan.

Isnin, 12 Oktober 2015

Pelekat Cermin

Saja nak mencuba juga.Bila ke kedai menjual peralatan kahwin,saja mencari benda ni.Mahal juga harganya,RM 10.49.Bila dah beli,tertanya-tanya juga,nak tampal di mana benda ni?Musykil juga,orang lain beli,kita pun beli juga.


Potong guna pisau lagi mudah berbanding guna gunting..

Inilah benda yang akan dideko

Mudah saja menampal pelekat tu kerana di belakang sudah ada gam..buka saja lapisan kertas di belakangnya,dah boleh tampal


Ahad, 11 Oktober 2015

Meja Yang Berjasa


Meja ni memang banyak sumbangannya kepada kami.Saya menjahit,makan nasi,anak buat kerja sekolah,suami 'buka ofis' pun di sini.Saya menanda kertas peperiksaan pun di sini juga kerana senang nak memantau anak-anak yang bermain di ruang menonton.Malah,barang-barang dapur yang baru dibeli pun diletakkan di sini dulu sebelum disimpan.
Tak sia-sia saya berkeras nak kabinet dapur seperti ini.Pada mulanya suami cadangkan cari kabinet yang biasa-biasa saja.Ada satu kedai kabinet dapur yang jual kabinet secara asing.Setiap kabinet ada harganya,kita hanya cantumkan saja mengikut reka bentuk yang dikehendaki saja.Harganya murah sikit tapi saya tak suka kerana tidak ada meja kecil dan ruang pameran seperti yang saya inginkan.Lagipun dah penat fikir,tiba-tiba ambil yang lain.
Sekarang masih dalam proses menghabiskan penandaan Sejarah K3.Minggu depan PT3 sudah bermula.Makanya,akan bertambah pula penandaan BM PT3.Kemudian,Sejarah K2 pula menyusul sebelum cuti sekolah.Rutin menanda kertas peperiksaan bersambung-sambung sejak dari Julai lagi yang dimulakan dengan PT3 Sejarah hingga sekarang belum habis-habis sedangkan pada masa yang sama rutin-rutin biasa :masuk kelas,menanda latihan pelajar,buat kerja-kerja atas talian pun perlu dilakukan juga.Menanda kertas di meja ni taklah stres sangat kerana pemandangan jadi luas bila duduk di sini.

Khamis, 8 Oktober 2015

Koleksi Hijau

Seronok bila koleksi hijau bertambah biarpun hanya beli di kedai RM 2.




Penuh kaunter top ni.Saya memang tak pandai jika ruang sempit.Jika hijau semua bekas tu,memang lawa...

Ahad, 4 Oktober 2015

Gantung Tudung


Tiba-tiba rasa penyangkut baju yang kerap dibeli belakangan ni masih tidak cukup-cukup.Bila nak menjemur baju,masih perlu mencari penyangkut baju yang kosong.Hairan betul,ke manakah penyangkut baju ni hilang?Mulalah terfikir sendiri mencari jawapannya.Kemudian,barulah teringat.Baru-baru ni saya kerap menbeli tudung yang jenis siap pakai, “instant shawl” kata orang.Sebelum tu,baru saja beli beberapa tudung De Salma.Memang akan menambah bilangan penyangkut baju.Bila diasingkan,banyak juga tudung instant ni.Patutlah penyangkut baju masih tidak mencukupi apabila tudung bawal pun kadang-kadang masih dipakai dan disangkut di penyangkut baju sahaja.
Sekarang,hanya tudung yang ada 'awning' saja digantung dengan penyangkut baju