Ahad, 11 Oktober 2015

Meja Yang Berjasa


Meja ni memang banyak sumbangannya kepada kami.Saya menjahit,makan nasi,anak buat kerja sekolah,suami 'buka ofis' pun di sini.Saya menanda kertas peperiksaan pun di sini juga kerana senang nak memantau anak-anak yang bermain di ruang menonton.Malah,barang-barang dapur yang baru dibeli pun diletakkan di sini dulu sebelum disimpan.
Tak sia-sia saya berkeras nak kabinet dapur seperti ini.Pada mulanya suami cadangkan cari kabinet yang biasa-biasa saja.Ada satu kedai kabinet dapur yang jual kabinet secara asing.Setiap kabinet ada harganya,kita hanya cantumkan saja mengikut reka bentuk yang dikehendaki saja.Harganya murah sikit tapi saya tak suka kerana tidak ada meja kecil dan ruang pameran seperti yang saya inginkan.Lagipun dah penat fikir,tiba-tiba ambil yang lain.
Sekarang masih dalam proses menghabiskan penandaan Sejarah K3.Minggu depan PT3 sudah bermula.Makanya,akan bertambah pula penandaan BM PT3.Kemudian,Sejarah K2 pula menyusul sebelum cuti sekolah.Rutin menanda kertas peperiksaan bersambung-sambung sejak dari Julai lagi yang dimulakan dengan PT3 Sejarah hingga sekarang belum habis-habis sedangkan pada masa yang sama rutin-rutin biasa :masuk kelas,menanda latihan pelajar,buat kerja-kerja atas talian pun perlu dilakukan juga.Menanda kertas di meja ni taklah stres sangat kerana pemandangan jadi luas bila duduk di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan